CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik ‘mandi peluh’ ke suku akhir

[Copy link]
Post time 8-1-2026 09:07 PM | Show all posts |Read mode
AARON (kanan) dan Wooi Yik terus menghidupkan peluang bagi memburu gelaran Terbuka Malaysia selepas mara ke suku akhir. - SHIDDIEQIIN ZON





Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik ‘mandi peluh’ ke suku akhir



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 8 Januari 2026, 7:07 pm




KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaiki prestasi musim lalu apabila melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pada aksi pusingan kedua sebentar tadi, bekas juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-14, 14-21, 21-14 ke atas beregu China, Chen Xu Jun-Liu Yang dalam tempoh 62 minit.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, gandingan No.2 dunia itu mempamerkan aksi cukup konsisten dalam ketiga-tiga set permainan sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton-penonton di stadium.

“Kami memang menjangkakan tentangan sengit kerana gandingan baharu biasanya akan memberikan cabaran yang hebat.

Tambahan pula, beregu-beregu dari China memang sukar untuk dikalahkan.

“Kami juga tidak memandang rendah kemampuan mereka kerana kami memberikan sepenuh fokus dalam perlawanan hari ini.

Apa yang penting adalah untuk tidak membiarkan jarak mata terlalu jauh,” kata Wooi Yik ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Menjelang suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik di kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu adalah ketika melangkah ke separuh akhir pada edisi 2022 manakala tahun lalu langkah mereka tersekat di pusingan kedua.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut melangkah ke suku akhir selepas membenam cabaran pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-9, 21-15. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/terbuka-malaysia-aaron-wooi-yik-mandi-peluh-ke-suku-akhir/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.277800 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list