CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 106|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Terbuka Malaysia: Langkah Jun Hao tersekat di pusingan kedua

[Copy link]
Post time 8-1-2026 08:00 PM | Show all posts |Read mode
AKSI perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao ketika menentang pemain Indonesia, Jonatan Christie pada kedua Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON





Terbuka Malaysia: Langkah Jun Hao tersekat di pusingan kedua



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 8 Januari 2026, 3:04 pm




KUALA LUMPUR – Cabaran perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao di pentas Terbuka Malaysia 2026 berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada bintang Indonesia, Jonatan Christie di Axiata Arena, hari ini.

Jun Hao yang meletakkan harapan tinggi pada kejohanan berstatus Super 1000 itu terpaksa akur dengan kehebatan pilihan keempat kejohanan apabila tewas straight set 18-21, 11-21 dalam pertarungan selama 55 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus kempunan untuk menamatkan kemarau gelaran dalam acara perseorangan lelaki di laman sendiri selepas kali terakhir dimenangi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018.

Keputusan itu juga menjadikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain kini terikat 3-3, memadam kelebihan Jun Hao yang sebelum ini menewaskan Jonatan di Terbuka Singapura pada Mei tahun lalu.

Jun Hao mengakui kecewa gagal meneruskan kemaraan di hadapan penyokong sendiri, namun menerima hakikat bahawa kualiti permainan lawan menjadi pemisah utama.

“Saya rasa saya sudah melakukan apa yang termampu hari ini.

Namun harus diakui, Jonatan beraksi jauh lebih baik dan kualiti pukulannya juga lebih tinggi berbanding saya.

“Sudah tentu saya kecewa kerana mahu menang di sini.

Walaupun mendapat sokongan padu peminat yang banyak membantu, keputusan hari ini tidak memihak kepada saya,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/terbuka-malaysia-langkah-jun-hao-tersekat-di-pusingan-kedua/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040854 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list