CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3340|Reply: 32

'Mungkin sudah tiba masanya mengundur diri' - Dr Akmal luah kekecewaan

[Copy link]
Post time 7-1-2026 01:10 PM | Show all posts |Read mode




Melaka: "Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri," kata Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi kenyataan di laman media sosialnya, hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas beliau dikatakan menerima banyak kritikan dan tekanan ekoran usahanya untuk mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN) menerusi gabungan UMNO dan PAS, selain desakan supaya partinya keluar daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau sudah melakukan usaha serta menyampaikan hasrat sehabis baik tetapi dipandang sepi oleh pihak lain.

"Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik, mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri. Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini.

"Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah waktunya akan sampai jua," katanya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara tepat jawatan yang akan ditinggalkan beliau kerana selain Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal turut menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dan Ketua UMNO Bahagian Jasin.

Pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Sabtu lalu, Dr Muhamad Akmal membuat gesaan supaya UMNO keluar Kerajaan Perpaduan dan bekerjasama dengan PAS di blok pembangkang, dengan mendakwa berlaku pelanggaran berulang 'garis merah' membabitkan isu 3R iaitu berkaitan kaum, agama dan raja.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata, parti itu kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Wujud spekulasi kemungkinan suara akar umbi yang dibawa dalam konvensyen berkenaan tidak didengari oleh pucuk kepemimpinan parti menyebabkan Dr Muhamad Akmal kecewa.

Usaha menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan gagal kerana beliau kini berada di China atas urusan keluarga.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 01:14 PM | Show all posts
ok blah ler lu..

buat kecoh jer x sudah2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:37 PM | Show all posts
lembik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:47 PM | Show all posts
ade ke yg nk pujuk pun


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 02:16 PM | Show all posts
Kemal ni kata nak kuar Gov Perpaduan sbb DAP


so..

selama ni motif sebenar Kemal wat kecoh sbb DAP

bukan sebab nak perjuangkan melayu & Islam

cth : isu KK Mart & Jalur Gemilang

yg bodo nya

ramai plak mudah terpengaruh ngan Kemal ni

yer ler

dah tua pon bodo ler katakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 02:18 PM | Show all posts
Kemal jer sorang yg kecewa

yg lain x kecewa pong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2026 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Berambus la. Parti Yg ambil dia ni bakal melingkup. Sejenis rakyat Yg over Dan beremosi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 04:58 PM | Show all posts
'...demi agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah waktunya akan sampai jua...'

kalau 'bangsa=melayu' waktunya dah berlalu lah nyah ko lahir lambat sangat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi mampos terus pon xpe.

Dap tu cuma alasan je..dia meroyan teruk smpai suruh umngok kluar kjaan  sbb berhala pujaan xleh keluar pjara kajang dok rumah.tu je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Awtar Singh pesan supaya jgn give up
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat lah apa2 pon akmal

Asal kan tak maliwat je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp nak gabung sgt dgn Pas tu?
Puas kena kafir bagai tibaah nak bergabung meletup?
Umno tu moderate Islam pehtu nak jadi extremis plak ker?

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:45 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-1-2026 06:48 PM

buat lah apa2 pon Kemal

jgn plak lepas resign ni

join porum cari macam macai2 lain yg makan dedak tu

dedak plak dari duit sakau politikus

nnt ratib Bijan 24 jam jer



ps seb baek si Kemal ni x mereng n koyak rabak dan meroyan sbb Bijan tak dapat tahanan umah







Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:58 PM | Show all posts
Tolonglah kerajaan jgn runtuh sekrang...

bodoh gila, politik ni boleh hancurkan banyak bendalah... nilai duit baru beberpa tahun perlahan-lahan naik, prestasi pun antara yg terbaik diasia... sebarang perubahan politik drastik spt runtuhnya kerajaan akan sebabkan duit turun semula, ekonomi jadi tak menentu, pelabur pening kepaa, kita negara dan rakyat yang susah..

kemonlah tunggu sampai pilihanraya, masa kempen korang bercakarlah puas-puas




Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni anwarinas sembang bikin bimbang jeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar jer la gemuk. Ko jadi goal keeper je. Ko mungkin x leh g jauh gaya nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 06:28 AM | Show all posts
plywood: Tolonglah kerajaan jgn runtuh sekrang... bodoh gila, politik ni boleh hancurkan banyak bendalah... nilai duit baru beberpa tahun perlahan-lahan naik,  ...


kan.. malaysia airlines yg dulu bertaun2 rugi pown dah untung skrg.. skrg bukak jer sosial media insta, utube, tiktok mesti ada good news pasal malaysia walauponw ada jugak berita2 yg negative menyelit tp in general memang berita yg positive lebih mendominasi... c gemok ni x abes2 meratib pasal nk perjuangkan bangsa dan negara, hey orang melayu/islam kalo susah xdernya inzal nak dtg jumpa ko lah... ko sape?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 07:08 AM | Show all posts
Kenapa nak keluar UMNO? Kekal je. Kalau nak jatuhkan PH pun tunggulah kerajaan perpaduan habis tempoh masa PRU nanti kempen habis-habisan. Penat rakyat tak habis2 dengan kerajaan tak stabil macam dulu. Apa2 nak jatuhkan kerajaan tunggu PRU. BN pun dah maklumkan akan kekal dgn kerajaan perpaduan hingga habis tempoh. Biar rakyat tentukan semula masa PRU.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 08:53 AM | Show all posts
Situasi akan ubah lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 09:21 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 8-1-2026 09:22 AM

sekarang ni banyak pelabur sedang menarik keluar pelaburan mereka dari China

pelabur ni sedang relocate

jika Mesia nak tarik pelaburan ni..

suasana politik Mesia perlu stabil

3 PM dalam tempoh May 2018 hingga November 2022 bukan lah sesuatu yg meyakinkan pelabur

tambahan plak amalan sebelum ni ada syarat kalo nak labur kat Mesia

kena bagi saham kat Muntri ni dan Soltan tu

situasi sekarang

politik stabil

sakau n resuah dibanteras

ini yg penting

--

orang spt Kemal yg cuba kucar kacirkan kestabilan politik Mesia perlu dibendung
walaun x paham kah?

atau pun

dah tua tp bodoh  



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053977 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list