CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1895|Reply: 22

‘Tiga lembaga itu senyum, dalam dashcam ada satu’ - Pemandu dakwa lori tunda tiba-tiba jadi berat

[Copy link]
Post time 7-1-2026 09:50 AM | Show all posts |Read mode





KUALA PILAH – Sepasang suami isteri terkejut apabila terlihat kelibat tiga lembaga tersenyum di tepi jalan ketika menuruni Bukit Miku di sini kira-kira 11.46 malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan dari Rantau ke Triang, Pahang turut dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) lori.

Kata Nurul Murni Azizul, 35, ketika kejadian dia menemani suami, Muhamad Asyraf Azman, 31, menghantar kereta tunda, selepas menuruni Bukit Miku dia ternampak tiga lembaga memandang sambil tersenyum ke arah mereka.

“Sebaik melalui kawasan berkenaan melepasi Kampung Orang Asli Kelapi, saya jelas nampak dua perempuan serta seorang lelaki berpakaian seluar dan baju-T memandang ke arah kami.

“Masa tu saya terus cakap jangan cakap apa-apa. Tapi suami saya tak perasan, jadi kami kemudiannya semak semula rakaman dashcam dan terkejut hanya nampak satu lembaga berpakaian serba putih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Nurul Murni, dia tidak sangka video berkenaan menjadi tular dan ada yang turut menyatakan pengalaman yang sama ternampak seperti ‘hantu’ di lokasi jalan Bukit Miku ke Inas berkenaan.




Kata Muhamad Asyraf berkata, selepas isterinya melihat lembaga itu, dia sudah tidak sedap hati apabila mendaki Bukit Miku menggunakan gear rendah sedangkan hanya menunda kereta jenis Proton Wira sahaja.

“Jadi patutnya tak berat, namun saya rasa lori berkenaan berat sekali,” katanya.

Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 01:02 PM | Show all posts
ooh penampakan gula-gula

colleague iols, dari India. dia kata rumah sewa dia, kawan-kawan pun kata pernah nampak benda ni, berdiri kat hujung lorong. dia pun penah nampak, nak bukak pintu, nampak gula-gula ni berdiri jauh kat hujung. tapi yang kelakarnya, diorang tak tau ni pocong
almaklum le, maybe hantu negara depa bentuk lain. ntah dracula ke ape. bila dia cerita, kawan iols menyumpah takut, iols gelak ja. bagitau dia, itu hantu Malaysia.

dia cerita, lampu syiling rumah diorang selalu jatuh tengah malam. lampu LED tercabut sendiri pun dah pelik. bila bunyi berderai, bukak lampu cek, elok lampu tu kat lantai. tak pecah ke apa. diorang panjat tangga, pasang balik, sambung tido
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak2 video hantu meols tengok, meols palig terkesan tengok cctv video budak kecik, macam umo 2 tahun gitu, lari2 kat tokong Siam tengah malam (bukan orang ye tembus dinding segala). Orang Thai kata tu child spirit yang jaga tokong tu, probably dipuja. Tak nampak muka, so meols sayu tengok. Kalau nampak muka hodoh ingat hado nak kesian2.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik ke bang cong ni meols pernah nampak berbaring kat tengah jalan raya dekat area Pine Resort Kundasang. Tapi meols hunsuzon kapet putih jatuh dari lori. Kawan meols pun nampak, dia dah pucat dah ketar2 drive. Syukur tadak apa2 and weols sempat la elak dia kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:46 PM | Show all posts
tah perempuan mana la nk buat prank nih


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut pulak nk play video tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2026 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-1-2026 01:44 PM
Cik ke bang cong ni meols pernah nampak berbaring kat tengah jalan raya dekat area Pine Resort Kunda ...

Org kata cik cong ni boleh berguling2 dgn laju ye, dan boleh muncul hilang sekelip mata.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 03:15 PM | Show all posts
pernah juga ada pengalaman macam ni, tapi lama dah
ikut arwah papa pegi kedai dekat pekan time hujan so macam dah gelap dalam pukul 630 petang kot
nampak la dia diri tepi jalan, situ zaman tu tempat buang sampah and kiri kanan kelapa sawit,, tak ada rumah orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau video2 ni akak malas nak percaya
Tapi akak suka baca pengalaman forumers

Tengss chuolsss kongsi cerita
Cerita lah lagi pengalaman chuolsss

Kalau pengalaman forumers.... akak percaya je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 03:46 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 7-1-2026 01:49 PM
Takut pulak nk play video tu

takde ape pun
die drive sblh laluan kiri, cik putih berdiri seberang jalan

berdiri keras je

tp mcm kepala tu teleng sikit ke kanan hala ke jalan raya

ini mata iol la

tak tau la mata org lain nmpk sama ke tak



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-1-2026 01:44 PM
Cik ke bang cong ni meols pernah nampak berbaring kat tengah jalan raya dekat area Pine Resort Kunda ...

Laa sana pun ada cik cong ye. Ingatkan balan2 je. Kat kota belud byk org nmpk bola2 api
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by contessa38 at 7-1-2026 04:40 PM
penmerah replied at 7-1-2026 03:17 PM
Kalau video2 ni akak malas nak percaya
Tapi akak suka baca pengalaman forumers



Sama la suka baca pengalaman org. Pernah terjebak kat thread dulu baca pengalaman mistik org lain. Drp cerita org jgk la tau yg cik cong bunyinya mcm kucing bercekau. Op tu siap share audio clip kat thread. Then byk la komen mengesahkan yg bunyi tu dtg dr cik cong
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:01 PM | Show all posts
Aku penah nmpk
tp die bergolek dalam semak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata cikcong muka itam buruk mata merah

Sapelah yang tak bernasib baik tu bertentang mata dgn cikcong
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
contessa38 replied at 7-1-2026 04:37 PM
Sama la suka baca pengalaman org. Pernah terjebak kat thread dulu baca pengalaman mistik org lain. ...

Iye ke sis?
Pastu ramai juga org kata bunyi musang dan cikpon seakan2 sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-1-2026 01:44 PM
Cik ke bang cong ni meols pernah nampak berbaring kat tengah jalan raya dekat area Pine Resort Kunda ...

Jahatnya cikcong berguling tengah jalan
Nak suruh org terbabas lah tu

Kang org langgar dia... putus dua badan cikcong tu baru padan muka dok lagi tengah jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 7-1-2026 05:21 PM
Orang kata cikcong muka itam buruk mata merah

Sapelah yang tak bernasib baik tu bertentang mata dgn ...

Mata merah eh? Arwah ayah iols penah lau bukit miku tu pukul 2 pagi short cut nk pegi kuala pilah. Dia nmpk sepsg mata merah tgh perati dia. Dia naik motor yach. Ajer keje gila ayah aku tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
contessa38 replied at 7-1-2026 08:35 AM
Laa sana pun ada cik cong ye. Ingatkan balan2 je. Kat kota belud byk org nmpk bola2 api

Tempat meols pun ada. Meols pernah nampak bola2 api tu tapi warna biru. Dia lalu atas rumah meols so cahaya dia masuk bilik. Warna macam warna biru api gas masak tu. Lawo. Orang kata kalau biru dia dah kenyang, merah tu dia lapar. Pehtu masa tu kazen meols yang dok sebelah rumah, ex kelig meols yang lebih kurang 200m jarak rumah dia dari rumah meols, pun nampak. Lepas heboh ada B kuasa 2 tinggal situ, dia hilang sendiri. Biasanya camtu, meka akan pindah bila dah ketahuan walaupun tak tau orangnya sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 7-1-2026 05:52 AM
Org kata cik cong ni boleh berguling2 dgn laju ye, dan boleh muncul hilang sekelip mata.

Mungkin. Masa meols nampak tu dia kejung ja baring atas jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 7-1-2026 09:21 AM
Orang kata cikcong muka itam buruk mata merah

Sapelah yang tak bernasib baik tu bertentang mata dgn ...

Kat Insta, Threads, hado video2 cik cong. Tak tau la buruk camna sebab tak jelas tapi mata memang merah, muka pun hitam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.269888 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list