CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3053|Reply: 36

[Tempatan] Nyonya Wajah Berkulit Tegang Gamatkan Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 4-1-2026 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by begg at 4-1-2026 12:41 AM



KUALA LUMPUR: Kawasan Bukit Bintang di ibu negara dihiasi pemandangan penuh memukau malam ini bersempena majlis pelancaran ‘I LITE U’ yang berlangsung di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Majlis itu bersempena Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan ke Arah Kelestarian Bandar bertemakan Infrastruktur Lampu Inovasi Teknologi Eko-Mampan Ke Arah Urbanisasi (I Lite U).

Sambutan penuh warna-warni itu turut menandakan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta diserikan dengan kehadiran pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh anggun berbusana kuning.

Program peringkat kebangsaan itu diterajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencerminkan perpaduan dan aspirasi bersama Malaysia Madani.

Ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa hadir ke malam penuh gilang-gemilang seiring usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang TMM 2026.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, infrastruktur pencahayaan moden ini bukan sahaja meningkatkan nilai estetika bandar, malah memperkukuh aspek keselamatan awam, keselesaan pejalan kaki dan merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.

“Kerajaan turut menyasarkan agar model “I LITE U” diperluaskan ke bandar-bandar utama lain seperti Ipoh, George Town, Melaka dan Johor Bahru bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih mesra, selamat dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pemilihan Bukit Bintang sebagai lokasi perintis adalah tepat kerana ia merupakan nadi pelancongan, budaya dan ekonomi Kuala Lumpur.

Jelasnya, projek ini merangkumi empat komponen utama iaitu Pintu Gerbang (Gateway Lighting) sebagai mercu tanda ikonik, Arca Tahun Melawat Malaysia 2026, serta penaiktarafan lintasan pejalan kaki sedia ada dan baharu dengan pencahayaan yang lebih terang, selamat dan mesra pengguna.

“I LITE U membezakan Kuala Lumpur daripada bandar global lain melalui pencahayaan bandar yang ikonik selaras
dengan SDG11 – Sustainable Cities and Communities dengan fokus mewujudkan bandar yang selamat, inklusif dan lestari, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pejalan kaki serta mempermudah akses ke kawasan tumpuan pelancong pada waktu malam.

“Selain memperindah bandar, projek ini menggunakan teknologi pencahayaan cekap tenaga dan mesra alam sekaligus menyokong agenda bandar rendah karbon. Pelancaran I LITE U turut dimeriahkan dengan pelbagai aktivtiti menarik termasuk perarakan pakaian seragam, persembahan kebudayaan serta perarakan 16 Kontinjen Kuala Lumpur Bercahaya yang melibatkan pelbagai jabatan, agensi, dan pelajar sekolah sepanjang laluan sekitar Pavilion Kuala Lumpur,” katanya.

Pelancaran itu turut diserikan dengan kehadiran Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Keselamatan Jalan Raya dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Tan Sri Michelle Yeoh sebagai simbol sokongan tokoh global terhadap usaha Malaysia mempromosikan imej negara di pentas dunia.-UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya setakat jadi duta high end product Guerlain Orchidée Imperiale masih tak cukup. Kena tadah muka utk reno.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
No more age gracefully


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nah @dua_chzy


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-1-2026 05:00 PM
Nah @dua_chzy

Dah jadi nonya muka kucing.

Masa berlakon Crouching Tiger Hidden Dragon, masih tersangat lawa.

Masa jadik mak Henry Golding pun still ok.

Now, emh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 07:48 AM | Show all posts
Yg penting NYONYA kesayangan DAPig MCAnjing dan MICobra

Makcik UMNO PAS tunggu PRU, jika menang adalah peluang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2026 08:02 AM | Show all posts
macam haram kauuu... haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahso ni mana2 piyem pun sheols akan jadi nasi himpit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 10:41 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah x cantik dia ni bila buat muka mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 10:53 AM | Show all posts
Kalu buat kat Dataran medeka tempat lapang boleh tarik crowd kat situ. Background bangunan sultan abd samad tu cantik sangat. Sekarang hanya jadi tempat himpunan turunturun aciks b40 sewa bas demo. Sayang tempat itu dibiarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 11:16 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2026 03:34 AM
Dah jadi nonya muka kucing.

Masa berlakon Crouching Tiger Hidden Dragon, masih tersangat lawa.

baru ni masa premiere Wicked kat Spore dia kurus mcm jerangkung

ni dah letak filler satu muka kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 11:32 AM | Show all posts
Panggil dia tu free ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2026 11:32 AM
Panggil dia tu free ka?

I yakin appearance fee dia mahal..Itu belum termasuk kos hotel bertaraf 6 bintang dan penerbangan kelas pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 4-1-2026 11:50 AM
I yakin appearance fee dia mahal..Itu belum termasuk kos hotel bertaraf 6 bintang dan penerbangan  ...

Mcm ala2 dlm citer crazy rich asean...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak Melayu sekadar jadi Kuli Cina.

Tanah Rezab Melayu diambil Cina.

Undi mereka untuk Cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada renovate muka ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 4-1-2026 03:16 AM
baru ni masa premiere Wicked kat Spore dia kurus mcm jerangkung

ni dah letak filler satu muka kot ...

Rosak muka original retis2 Holiwud ni pasal filler, buccal fat removal, ozempic segala. Tengok la muka Cynthia, Ariana tu semua dah macam watak alien dalam movie.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2026 06:40 PM
Rosak muka original retis2 Holiwud ni pasal filler, buccal fat removal, ozempic segala. Tengok la  ...

Muke ex-datin DD pon dah semacam je aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-1-2026 06:40 PM
Rosak muka original retis2 Holiwud ni pasal filler, buccal fat removal, ozempic segala. Tengok la  ...

Yang muda mudi ni pulak muka template. Gigih cucuk filler nak mungilkan bibir. Padahal bibir semulajadi dah elok sangat. Kadang2 terfikir ingredient dalam filler ni mungkin boleh sebabkan kanser. SLS, paraben dlm toilettries tu pun ramai yg bising.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list