CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

Jemaah terjun dari tingkat atas Masjidil Haram

[Copy link]
Post time 31-12-2025 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-12-2025 06:49 PM



RIYADH – Seorang lelaki cedera selepas terjun dari tingkat atas Masjidil Haram di kota suci Mekah kemarin dalam kejadian yang mendorong tindak balas segera daripada anggota  keselamatan, kata pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Keselamatan Khas Masjidil Haram, anggota-anggota keselamatan  bertindak selepas individu tersebut bergerak ke arah birai tingkat atas Masjid al-Haram.

Semasa campur tangan itu, seorang anggota keselamatan cedera ketika cuba menghalang lelaki itu daripada terhempas ke lantai semasa  jatuh.

Pihak berkuasa mengesahkan kedua-dua lelaki dan anggota pasukan keselamatan terbabit cedera dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan kejadian itu.

Menurut akhbar Khaleej Times, Imam Besar Masjidil Haram,  Abdur Rahman As Sudais kemudian bercakap tentang kejadian tersebut.

Beliau meminta para jemaah supaya menghormati kesucian Masjidil Haram, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memberi tumpuan kepada mengerjakan ibadah.

Menurutnya, melindungi nyawa adalah teras ajaran Islam.

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan,” katanya yang memetik ayat kitab suci al-Quran. – AGENSI


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049430 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list