CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7756|Reply: 144

'Dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak tidak benar, fitnah' - Peguam Nubhan

[Copy link]
Post time 30-12-2025 12:21 PM | Show all posts |Read mode





Tindakan Nubhan Ahamad, 36, mengeluarkan semua barangan milik bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, dari kediaman diduduki wanita itu bersama anak-anaknya kerana penyanyi terbabit bercadang ingin menetap semula di rumah terbabit.

Perkara ini dimaklumkan peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan apabila memaklumkan tindakan dibuat bapa tunggal itu bukan kesalahan undang-undang berikutan kediaman terbabit juga adalah miliknya.

"Nubhan meminta pendapat saya untuk menduduki kembali rumah itu (yang dibeli) atas namanya. Saya menjelaskan bahawa tiada kesalahan dalam undang-undang dan hendaklah dibuat secara baik dan berhemah.

"Saya juga dimaklumkan bahawa tempoh iddah bekas isteri (Dr Afifah) sudah lama selesai atau tamat. Sehingga kini juga Nubhan masih lagi menanggung pembayaran penuh rumah itu berserta bil utiliti.

"Bagaimanapun, saya turut dimaklumkan bahawa proses pengalihan barang-barang peribadi bekas isteri dibuat Nubhan secara kemas dan teratur menggunakan khidmat syarikat angkut yang berdaftar.

"Jadi, dakwaan (Dr Afifah) bahawa barang-barang peribadi dicampak keluar adalah tidak benar dan fitnah," katanya ketika dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan perkara yang berlaku.

Menurut Mohd Redzuan, Nubhan juga menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara melanggar undang-undang yang ditemui selepas dia memasuki rumah itu dan akan dibawa dalam kes harta sepencarian.

"Apapun, saya memang dimaklumkan oleh Nubhan bahawa segala proses pengalihan barangan peribadi bekas isteri itu sudah dibuat dengan sangat baik dan cermat.

"Malah, sekiranya ada kecacatan di atas perkara itu (barangan dialihkan), Nubhan akan membayar ganti rugi.

"Nubhan juga pada bila-bila masa bersedia untuk menyedia atau menanggung kos sewaan rumah untuk anak-anaknya yang kini tinggal bersama bekas isteri sekiranya itu yang dimahukan. Manakala bagi anak-anak pula bebas untuk keluar masuk rumah itu tanpa had," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, Nubhan sedang mempertimbang untuk membuat tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menabur fitnah, membuat spekulasi jahat serta mengapi-apikan isu ini di media sosial.

Semalam, Dr Fie menerusi hantaran dimuatnaik di Threads meluahkan rasa marah dan kecewa apabila mendapati pelbagai barang termasuk barangan peribadi dikeluarkan dari rumah didiaminya.

Dr Fie yang kini bercuti di luar negara berkata, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai kejam dan dia berasa sedih diperlakukan sedemikian ketika tidak berada di rumah.

Katanya yang juga seorang doktor gigi, dia juga berasa kasihan terhadap ibu bapanya apabila melihat barangan miliknya berada di rumah keluarga tanpa notis.

Menurut ibu tunggal tiga cahaya mata ini dalam hantaran lain, tangannya juga menggigil ketika menaip kata-kata dalam hantaran dimuatnaik dan berharap pihak berkaitan dapat bersabar untuk proses perbincangan isu harta sepencarian.

Terdahulu pada 26 November lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Dr Fie mendapat hadanah atau hak penjagaan penuh tiga anak-anaknya.

Manakala pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie sahkan bercerai talak dua.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 12:52 PM | Show all posts
Dr. Fie ni nampak tak boleh move on dan tak boleh terima hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut Mohd Redzuan, Nubhan juga menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara melanggar undang-undang yang ditemui selepas dia memasuki rumah itu dan akan dibawa dalam kes harta sepencarian.

Apa maksud "perkara2 melanggar undang-undang yang ditemui" tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 01:32 PM | Show all posts
miss_perfect replied at 30-12-2025 01:20 PM
Menurut Mohd Redzuan, Nubhan juga menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara melanggar undang-undang ...

my palatao brain assume, maybe ada barang milik nubhan yang dah takde or di remove without pengetahuan dia dekat rumah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 01:33 PM | Show all posts
i wonder apa punca dorang ni bergaduh berantakan sampai bercerai and mmg nubhan taknak rujuk or apa dah. macam marah benau ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 01:33 PM | Show all posts
kawahapi replied at 30-12-2025 12:52 PM
Dr. Fie ni nampak tak boleh move on dan tak boleh terima hakikat

sometimes mcm over la dia update thread dia, mcm ada benda tak perlu pun nak update and netizen tau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo dah Abes iddah ke?
Maksudnya dah 4 Bulan la ye since lafaz
Tulis kat atas Tu Rumah Tu nama tunjal

Memancar2 kelembapan pipah
Patutnya Dalam 4 Bulan Tu pipah dah kemas Kain baju cabut Dari rumah Tu

Iye... Memang pipah anak beranak berhak ke atas rumah, tapi kes harta sepencarian pun Masih on going

Lagi pulak pipah lemban kawen dgn tunjal perangai hansuang, takde maknanya
Apa pipah ingat tunjal ni berhati perut kah nak kasik pipah tinggal free situ lama2

Lemban sungguh la pipah ni, Lepas Tu memekak pulak

Si tunjal ni of course dah tahu hansuang
Bersedia sewakan rumah lain utk bekas isteri Dan anak2 konon
Patutnya Lepas cerai aritu Ko dah carikkan rumah sewa utk ex Dan anak siap2
4 Bulan kot... Banyak masa utk carikkan rumah sewa, iyelah ex Ko Tu lemban ... Ko lah yg kene buat untuk nyahkan dia Dari rumah Ko Tu

In short.... Akak Masih padankan muka si pipah lemban nih ye
Dah kene cerai Masih hadap dok rumah nama tunjal padahal dah tahu sehansuang mana perangai tunjal

Pipah lemban x tunjal hansuang = sesuai lah korang berdua
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun bagi la warning dulu.mintak keluar sekian2 tarikh.berani buat time org tu tkde kt rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pipah ni masa kahwin lagi dah nampak si noob ni tak sayang dia. Patut pipah dah berjaga2 dan minta rumah, tanah  atas nama bersama ke apa. Ini memang la si noob nak halau sebab memang dah takde apa2 ikatan. Boleh la si noob nak buat konten tepi kolam dengan kawan2 sekampung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadinya nak nampak terpaling baik...aku bukan main campak barang2  aku hired house mover yg berdaftar tauuwww.gepreekkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:20 PM | Show all posts
penmerah replied at 30-12-2025 01:36 PM
Oooo dah Abes iddah ke?
Maksudnya dah 4 Bulan la ye since lafaz
Tulis kat atas Tu Rumah Tu nama tunj ...

Dia ingat Nubhan akan pujuk dan rujuk dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya jantan ni... Nampak sgt perangai pentingkan diri tu. Kot ya pun bg le notis awal bkn masa org tu takde rumah baru berani buat. Kalau betul bg dikata konon nak tlg bayar rumah sewa cari la awal2 sblm brg diarg diangkut keluar. Nampak nawww nipunye
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan masalah campak barang. Bodow jugak lawyer ni. Masalahnya ko keluarkan barang masa dia takde. Ko sentuh barang orang tanpa mintak kebenaran. Lantak la ko nak pakai mover ke haper. Bodow much loyer mover semua sama bodow. Boleh report polis noks invasion of privacy gitu. Entah spender dia pun ko pegang pun boleh report invasion of privacy
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak bapak pipah takde kat rumah pastu barang hilang cemana? Eh bangangnya laki camni. Kalau jadi laki aku aku pulak yang menunjal ni kang
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Carik jelah rumah sewa Pipah oi. Lantakla si jantan tu biar dia mereput nyanyi dengan orang kampung katik dia tu. Pastu biar lawyer aje yang handle semua. Ko aman2 aje jaga badan kot2 dapat laki baru
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kikilalapooh replied at 30-12-2025 01:33 PM
i wonder apa punca dorang ni bergaduh berantakan sampai bercerai and mmg nubhan taknak rujuk or apa  ...

Sbb ada batu api nokssss

Iols rasa brg nubis yg hilang ke apa tu tah2 dialihkan pihak ketiga tu .tp dia nak bg nmpk mcm ex yg buat..so bercekau la 2 ekoq tu

Ingt ya acik porem..jgn terlampau baik sampai angkut parashit dlm rumah kita ..yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
So kita ni pompuan2 kena berharta ada rumah ada assets sendiri... walaupun laki kita provider.
Bkn apa.. Bila jadi benda2 gini idokler kita berharap reta laki semata. Nak hadap bab2 sepencarian pun lama dan byk urusan yadda yadda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw lama gak lah kan masa yg diberi since habis iddah tak move on ke tempat lain.
Pastu ex laki patut cari lah kan rumah lain utk anak2 jugak kan?
Entahlaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu rumah ex husband
Mmg la ex wife kena keluar

Ex wife ni ego melangit
Baru dentist
Belum lagi doctor
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah entah ex husband dah inform banyak kali nk masuk balik rumah
Lagipun edah dah habis kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059758 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list