CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2860|Reply: 28

Ustaz Azam Perjelas Konsep 50/50 Dalam Rumah Tangga – ‘Orang Ingat Adil, Tapi Itu Barat’

[Copy link]
Post time 29-12-2025 11:28 AM | Show all posts |Read mode





Pendakwah dan usahawan, Ustaz Azam Azhary menjelaskan konsep mengenai 50/50 dalam sesebuah rumah tangga.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azam memaklumkan hukum membahagi dua tugas seorang suami adalah berdosa jika tidak mendapat persetujuaan isteri.




Tambah Ustaz Azam, keadilan dalam rumah tangga apabila pasangan meletakkan tugas pada posisi yang sepatutnya.

"Kalau tanpa persetujuan, jadi berdosa. Dia tidak menunaikan hak dia.

Orang ingat 50/50 ini adalah adil. Adil ini bukan sama rata, itu barat.

Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang benar.

Maksudnya kalau lelaki kita bagi kopiah. Kalau perempuan kita bagi tudung.

Itu yang berlaku di barat, mereka salah faham. Mereka anggap bila wanita jadi suri rumah, mereka hamba.

"Kalau tiada wanita ini, tiadalah rumah tangga yang bahagia. Sebab mereka lah yang ada waktu untuk mendidik anak."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberi pendapat tersendiri ekoran pembahagian tanggungjawab dalam melayari bahtera rumah tangga bersama.






Sumber: TikTok @ustazceo, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 28-12-2025 08:04 PM

Dahsyat ustaz membohong.. Muslim sama muslim yang dapat spouse boleh compromise sama sendiri ok. Saja...
Issue apabila perempuan sama perempuan boleh toxic sama sendiri... Toklaki pula miskin...

Lelaki sekarang pun boleh dengki dengan perempuan..kata nya priviledge born jantan...walaupun.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 12:18 PM | Show all posts
Apa kriteria utk dpt title ustaz? Byk sgt ustaz/ustazah jadian skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msdummy.2018 at 29-12-2025 12:24 PM

Jd ustaz terangkanlah balik tngjwb suami..rsnya xder prmpn kat atas dunia ni nk tingglkan ank kat pengasuh n kuar cr rezeki. Dab explain jugaklah tngjwb selepas suami meninggal dunia terhadap balu dan anak2.sb rsnya skrg rmi lebih suka tntut hrta dr tuntut tngjwb

Sb rsnya manusia lebih gembira mengikut hal agama apabila ia mendtngkan faedah pd mereka. Contohhhh kawin 4 bila dah tau ko sah xmampu.beranak ramai2 bila ko dh tau income ko xckp
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 12:54 PM | Show all posts
Ikut persetujuan sahajalah dan dibuat based kepada keharmonian rumahtangga. Jangan bahagi spesifik, buat bersama, jika tak boleh, ianya juga kegagalan bersama. bahagi secara kasar shj ikut kesesuaian masa dan perkara lain, tp tak spesifiki sgt.

Asal sahaja pembahagian tugas dibuat spt ini kau punya tugas ini aku punya dengan spesifik sekali, tak lama lagi cerailah tu sebab ianya akan jadi punca pergaduhan, tunggu ego naik jer, tunggu rasa tak puas hati tu membesar jer, tunggu rasa tak adil jer dtg.. selalu ingat, kehidupan rumahtangga untuk bangsa manusia tak perfect, sebab manusia itu sendiri ada turun naik emosinya, fikirannya fizikalany.. jadi jika seorang tu tak peduli sgt pasal keluarga jgn kawinlah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 01:19 PM | Show all posts
uu, isu recycle ni best buat clickbait

tiap2 tahun naik, tiap2 tahun jugak netizen mengamuk

tahun depan giliran sapa lak upload  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2025 01:40 PM | Show all posts
Toleransi dlm perkahwinan dgn tanggungjawab masing-masing yg asas dijalankan dgn baik dan bukannya kena berbahagi separuh.Faham dan tahu beban yg digalas akan memudahkan urusan rumahtangga berjalan dgn baik itu shj kuncinya..
Kalau dah mula berkira maka bermula lah ketidakharmonian berlaku seterusnya krisis yg membawa kpd penentangan yg berpanjangan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda semua dah tau. Samada terlupa atau buat2 lupa. Sekarang ni nak harap sorang je keje, bole hidup, tapi hidup seadanya. Bini jangan lak nak ungkit ni x dapat, tu x dapat. Suruh suami buat 2-3 keje.Lepas tu nak duduk mengangkang je kat rumah, "isteri x wajib masak, etc bs tu semua".

Kalau suami hanya mampu provide tu je, terima seadanya, klu nak lebih minta izin utk keluar kerja. Klu suami bg syarat, (e.g Tlg perbelanjaan rumah, etc) terima je. Klu x terima, jangan keluar bekerja. Terima je apa ada. Kalau dua2 keluar bekerja BARU la kerja rumah tu bahagi sama2. Ni tak, da la mengangkang kat rumah je, laki balik keje disuruhnya uruskan anak, suruh laki order makan grab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki sekarang tanak kahwin kalau calon isteri taknak 50-50
Dan tanak buat loan utk suami
Awas ya misi- misi
Nak kahwin mesti bersedia tuk wat kan loan utk suami kalau tak hi2bye2 laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
yg dok gaduh benda2 ni gen Z yg lom kawen.. budak hijau lagi..acik2 forum senyum sinis jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 04:52 PM | Show all posts
Ramai beno ustaz jadian ye.. meolls hanya percayakan Ustaz Kazim Elias sahajorkkk.. ekekek

Chuolls nak kecam ..kecam le.. ada meolls pedulik?? Tak kan... ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:29 PM | Show all posts
Isu utama masalah rumahtangga adalah berkenaan ekonomi.Kena betulkan masalah gaji di Malaysia yg rendah. Zaman dahulu kalau si suami sahaja bekerja dah cukup untuk tanggung keluarga. Zaman sekarang laki bini bekerja pun belum tentu cukup untuk tanggung anak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 10:34 AM | Show all posts
Janganlah bagi perempuan bekerja kalau macam tu, baru lah adil.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Setat jehar kata haram sorang somi suruh istrinya bayar iti ini, u bayar tu...i bayar ni...gitu, semua belanja rumah wajib keatas istri...istri plak kena redha dgn rezeki yg somi beri, klu xnak, xyah kawen...sbb tu kena taaruf betul2 sblum kawen, kena tanya bakal istri adakah mahu jd surirumah or kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 12:37 PM | Show all posts
kursus kawen skrg belajar apa...?

yang dulu2 x stress kan sgt kan tanggungjawab suami ni..
yg bnyk nya... ckp...isteri kena ikut ckp suami...wajib thoooattt...

sy bukan ustazah...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 31-12-2025 12:37 PM
kursus kawen skrg belajar apa...?

yang dulu2 x stress kan sgt kan tanggungjawab suami ni..

I bet mostly kursus kawen skang lebih fokus pada usik2 hal malam pertama saja la
Syllabus utama hanya terpampang di projector
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 01:38 PM | Show all posts
Duta lover replied at 31-12-2025 01:24 PM
I bet mostly kursus kawen skang lebih fokus pada usik2 hal malam pertama saja la
Syllabus utama h ...


iols attend kursus kawen online tahun 2023 dpd company swasata mas ujung2 PKP nk abis.   ustaz jemputan dari MAWIP. ada jugak jemput staff dari KKM bg topik psl kesihatan. lps dgr ceramah diaorang ni mmg rasa tak nak nikah haha sbb besar t/jwb especially utk lelaki la.
takde pulak diaorang citer psl mlm pertama ke apa ke. semua psl issue ijab qabul & t/jwb suami isteri je
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 31-12-2025 01:38 PM
iols attend kursus kawen online tahun 2023 dpd company swasata mas ujung2 PKP nk abis.   ustaz je ...

Syllabus utama nye mmg bagus tapi penceramahnye lain2. Kalau dpt yg elok . alhamdulillah.
Kalau dpt jenis nak melawak je..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 02:09 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 29-12-2025 02:39 PM
Benda semua dah tau. Samada terlupa atau buat2 lupa. Sekarang ni nak harap sorang je keje, bole hidu ...

suami pun, kalau ko mampu provide RM50 je, carikla bini yang boleh terima RM50 korg tu. ni pegi carik perempuan yg dah biasa dapat RM500, pastu expect perempuan tu nak terima si lelaki tu yg mampu RM50 je. sekarang ni wanita makin maju, makin berpendidikan tinggi, pendapatan pun tinggi, tapi lelaki masih di takuk lama. instead of stepping up untuk sama naik dgn wanita, lelaki nak suruh wanita terima je lelaki yang bertaraf lagi rendah tu. kalau mcm tu sampai bila2 pun masyarakat pun takkan naik maju.  Lelaki pulak ego tinggi, lahir2 je terus dicanang khalifah la, ketua rumah tangga la, nak jadi ketua, tapi kelayakan, karisma tu takde. nak jadi ketua sebab nak menyuruh je bukannya betul2 nak memimpin pun.  tak paham apa tanggungjawab seorang ketua, yang dia faham, oh aku lelaki jadi perempuan kena hormat aku. respect must be earned not given.  dah tak dapat jadi ketua, tak dihormati, merempan pulak cakap perempuan zaman skrang ni semua teruk, mata duitan. pastu bandingkan pulak dgn zaman makayah yang dulu hidup susah tu. sbb makayah hidup susah la diorg nak anak2 diorg berjaya, belajar tinggi, dapat kerja yg bagus, supaya tak lalu zaman susah mcm diorg dulu. tapi ni tak. tak paham aku lelaki yang romanticizing proverty ni.  dah tau miskin, nak tanggung diri sendiri pun tak mampu, tapi gigih nak kawen. sebab nak tumpang kesenangan bini ke? pastu tuduh perempuan mata duitan pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 02:16 PM | Show all posts
Duta lover replied at 31-12-2025 01:40 PM
Syllabus utama nye mmg bagus tapi penceramahnye lain2. Kalau dpt yg elok . alhamdulillah.
Kalau dp ...



ye rezeki iols dpt penceramah yg bagus. tapi tu la kan zaman media social ni semua benda nak up. semua benda nak jd issue/ nak didebatkan.

kalau semua benda nak jd issue, elokla takyah kawen. takyah pening2 nk pikir 50-50 ke, provider ke, green flag ke, red flag ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.338364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list