|
View: 209|Reply: 1
|
TIPS DAN CARA BERKESAN HAPUS SEMUT DI RUMAH
[Copy link]
|
|
|
Walaupun semut kelihatan kecil, kesannya boleh menjadi serius. Antara yang sering berlaku ialah risiko lintar pintas letrik di rumah, merosakkan berbagai alatan elektrik, perabot dan pencemaran/keracunan makanan.
Berikut adalah beberapa tips dan cara berkesan untuk atasi semut di rumah, pejabat atau mana mana persekitaran kediaman yang terjejas:
a) Pastikan rumah atau kediaman sentiasa bersih. Fokus kepada beberapa kawasan kritikal seperti dapur dan kabinet, peralatan yang berpotensi terjadi pengumpulan sisa makanan, umpamanya meja makan dan lantai sekitarnya. Boleh gunakan pembersih berasaskan lemon, cuka atau sabun.
b) Tutup laluan masuk semut. Kenal pasti laluannya seperti celah dinding, celah tingkap atau rekahan lantai. Tutup laluan semut itu dengan silikon atau sealant khas.
c) Gunakan penghalau semut semula jadi dan letakkan pada laluannya. Bahan seperti serbuk kayu manis, cuka makan, serai wangi, limau nipis dan daun pudina dapat menghindar semut selain ia selamat untuk rumah yang ada kanak-kanak & haiwan peliharaan.
d) Pasang umpan semut (bait). Ini ialah kaedah paling berkesan untuk memusnahkan koloni semut dari dalam rumahnya. Gunakan umpan yang mengandungi Borax, Hydramethylnon atau Fipronil. Letakkan umpan tersebut di kawasan tersembunyi.
e) Jaga kebersihan peralatan elektrik. Bersihkan router, TV dan PC dari habuk secara berkala serta periksa soket, dan suis elektrik dari masa ke semasa.
f) Atasi kelembapan kerana semut juga suka tempat lembap. Periksa sinki dapur, bawah mesin basuh atau jika terdapat kebocoran paip dalam bilik mandi.
Jika langkah langkah yang diambil di atas masih juga tidak mampu menghindar semut atau anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai cukup masa untuk menguruskan semua itu, maka anda WAJIB cuba MAGIC SPRAY (semburan ajaib).
Pengalaman Peribadi Mesin Kangen Water Rosak Kerana Semut Halus
Saranan saya agar anda guna Magic Spray ini adalah berasaskan pengalaman peribadi sendiri setelah terpaksa menanggung kerugian agak besar bila mesin Kangen Water (berharga RM18,000) di rumah saya rosak akibat short circuit, gara gara komponen dalamannya serta lcd dimasuki semut2 halus. Selain itu beberapa plug letrik dan suis dalam 2 bilik tidur lain yang jarang dihuni ikut rosak. Kejadian inilah akhirnya menyedarkan saya untuk mencari satu solusi terbaik bagi mengatasi masalah semut yang sangat mengganggu (beberapa cara lain telah diusahakan sebelumnya, tapi gagal menghapus semut secara total dan kekal lama). Magic Spray ini buatan organik 100%, diperkenalkan oleh seorang kawan saya, seorang kontraktor pendawaian elektrik. Ternyata semburan ini benar2 ajaib dan luar biasa kerana setelah saya gunakan semburan ini pertama kali, hampir 2 tahun rumah saya terhindar dari semut.
Maka jangan pandang mudah masalah semut di rumah terutamanya semut jenis kecil tu. Boleh rugi besar gara2nya. Insyallah jika amalkan tips di atas, masalah gangguan semut boleh selesai.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|