|
View: 2930|Reply: 28
|
‘Ramai bilang dia jahat’ – Ini keperibadian baik Bung Moktar
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Di sebalik reputasinya sebagai seorang pemimpin politik berwatak tegas dan lantang bersuara, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin rupa-rupanya seorang pemurah, terutamanya kepada mereka yang pernah berdepan dengannya secara langsung.
Selepas berita pemergiannya awal pagi tadi, satu demi satu pengalaman peribadi orang ramai mula dikongsi di media sosial, mendedahkan watak sebenar Allahyarham yang jauh berbeza daripada persepsi umum.
Seorang petugas kesihatan yang menggunakan akaun TikTok @amirrmokoo berkongsi pengalaman ketika menjaga Allahyarham semasa menerima rawatan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Menurutnya, sepanjang berada di hospital, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu bukan sahaja tenang, malah menghabiskan banyak masa dengan mengaji al-Quran dan menunaikan solat sunat.
“Sumpah tak sangka dia selama stay dalam bilik, dia kuat mengaji al-Quran dan solat sunat. Saya pernah tegur dia dan cakap, ‘Datuk’, rupanya warak juga ya’.
“Masa tu dia gelak saja dan kata tak apa, orang luar ramai bilang dia jahat tapi berbeza sungguh apa yang saya nampak depan mata,” katanya.
Tambah petugas itu, Allahyarham turut dikenali sebagai seorang yang pemurah, malah sering membelikan makanan kepada petugas yang menjaganya sepanjang berada di hospital.
“Terima kasih Datuk selalu belanja kami makan sepanjang Datuk ‘admit’ dulu di Prince Court. Innalillah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna media sosial, Bull Shidoo mendedahkan dia pernah berjumpa Allahyarham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2021 ketika sedang berdepan kesempitan kewangan untuk membayar yuran pengajiannya.
“Aku kebetulan terserempak arwah di KLIA masa dia nak ‘fly’ balik Sabah. Masa tu aku tak cukup duit nak bayar yuran semester akhir. Aku tebalkan muka ‘approach’ dia, minta sikit duit tambah bayar yuran pengajian.
“Dia bagi on the spot (terus), siap pesan belajar baik-baik. Dia bagi nombor telefon dia. Alhamdulillah aku grad PhD (ijazah Doktor Falsafah) aku,” katanya.
Sementara itu, pengguna, Hidayu berkata, orang ramai mungkin menilai Allahyarham daripada sudut politik semata-mata, namun hakikat amal ibadah seseorang hanya diketahui oleh Allah SWT.
“Semoga arwah Datuk Seri Bung Moktar ditempatkan bersama orang-orang yang diterima amalan ibadahnya,” tulisnya.
Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ketua UMNO Sabah meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu di Sabah.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas selepas solat Jumaat hari ini.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ALLAH swt mengurniakan beliau syurga tertinggi di akhirat kelak. Al-Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa bila orgnya da x de smua cite baik keluar... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Setiap orang memang ada sisi baik. Even penjenayah pembunuh pengedar dadah perogol pun ada sisi baik yg tahu je tahu. Tapi tidak lah menafikan kejahatan kakau melibatkan kena undang2 .... 2,3 hari baru meninggal kasi chan la kat waris  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusia2 lain pun ramai je yg bersedekah membantu hidup manusia2 lain... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So, tu semua menafikan kes sakau kes mahkamah dia la?
Pft. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kerana ianya dituntut. maap ya, iols copy paste panjang lebar
Apabila selesai menunaikan solat jenazah, sering kali kita melihat masyarakat kita saling bertanya tentang keadaan si mati. Lazimnya seseorang akan bertanya, “Apa yang kamu ketahui tentang jenazah ini?” dan orang ramai akan menjawab, “Baik atau ahli kebaikan,” serta diulang-ulang sebanyak tiga kali.
Namun kadangkala timbul persoalan dalam hati kita, bolehkah kita memberikan penyaksian kebaikan terhadap jenazah yang ketika hayatnya terkenal melakukan maksiat atau kefasikan?
Dalam hal ini, Islam telah memberikan garis panduan jelas melalui sunnah Rasulullah ﷺ. Baginda amat menitikberatkan agar kita menyebut kebaikan dan menutup keaiban seseorang yang telah meninggal dunia. Baginda bersabda:
“Janganlah kamu sebutkan perihal orang yang telah mati di kalangan kamu, kecuali dengan perkara yang baik sahaja.”
(Hadis Riwayat an-Nasa’i, dinilai Hasan oleh Ibn Hibban dan al-Albani)
Dalam hadis lain Baginda ﷺ juga bersabda:
“Sebutkanlah kebaikan-kebaikan orang yang telah meninggal di antara kamu, dan diamkanlah keburukan-keburukan mereka.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih oleh at-Tirmizi)
Selain itu, terdapat riwayat daripada Imam al-Bukhari bahawa suatu ketika para sahabat memuji seorang jenazah di hadapan Rasulullah ﷺ, lalu Baginda berkata: “Wajiblah baginya (syurga).” Sebaliknya, apabila mereka menyebut keburukan jenazah lain, Baginda bersabda: “Wajiblah baginya (neraka).”
Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmūʿ Syarḥ al-Muhazzab (jil. 5, hlm. 118) menjelaskan secara terperinci tentang perkara ini:
Disunatkan menyebut kebaikan jenazah sebagai tanda mendoakan rahmat dan ampunan Allah buatnya. Ini merupakan salah satu bentuk syafaat daripada kalangan kaum Muslimin untuk si mati.
Dilarang sama sekali menyebut keburukan orang yang telah meninggal dunia, kecuali jika terdapat keperluan syarie seperti:
- Mengelakkan kezaliman (contohnya masalah berkaitan harta warisan).
- Memberi peringatan agar masyarakat tidak meniru perbuatan maksiatnya.
Namun, penyebutan keburukan ini harus dilakukan dengan penuh hati-hati, benar, dan tidak melampaui batas sehingga terjebak dalam perbuatan mengumpat yang dilarang agama.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang berakhlak mulia, kita hendaklah menjaga adab-adab berikut dalam menyebut kebaikan atau keburukan jenazah:
Utamakan menyebut kebaikan: Sebutlah perkara yang baik tentang jenazah sebagai doa agar Allah memberikan keampunan kepadanya.
Elakkan pujian berlebihan (ghuluw): Berikan penyaksian yang sederhana dan ikhlas, tanpa berlebih-lebihan dalam menyanjung.
Diam jika tidak mengetahui: Jika kita tidak pasti tentang keadaan seseorang semasa hayatnya, lebih baik kita diam atau sekadar mendoakannya secara umum.
Menyebut keburukan hanya dengan niat yang jelas: Jika perlu juga disebut keburukan si mati sebagai pengajaran umum, lakukan secara lembut, penuh hikmah, dan disertakan lafaz istighfar agar tidak tergolong dalam perbuatan yang mengaibkan.
Dengan menjaga adab ini, kita akan sentiasa berada di atas jalan sunnah yang benar, sekaligus memelihara maruah si mati dan mengambil iktibar untuk diri sendiri dan masyarakat seluruhnya.
Semoga dengan memahami hukum dan adab ini, kita dapat menjalani kehidupan bermasyarakat dengan penuh hikmah dan rahmah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.
tapi bab harta duit ni, iols tak berani komen ape la. iols tak tau cerita diorang ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah hari ni dan esok semua pakat2 cerita pasal kebaikan arwah. Takde salah pun.
Esok2 korang nak hencap berbakul2 silakanlah. Nak bergosip sakan. Kita ni manusia biasa. Ambil iktibar di atas apa yang berlaku atas dunia ni.
Kita tak pernah lupa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai orang lupa, dacing penimbang, isinya ialah dosa dan pahala
kalau pahala melebihi dosa, maka masuk syurga ler
kadang2 korang nampak dosa orang lain je, kebaikkannya pulak orang lain yang nampak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar eh ..rakyat kawasan sendiri yg menang byk kali xde ke dpt kebaikan arwah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 6-12-2025 01:04 AM
kerana ianya dituntut. maap ya, iols copy paste panjang lebar
Xtuntut cuma dianjurkan shj...ingt ni tuntutan agama mcm sunat muakad ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
umm.. iols copy paste dari text di atas sisDisunatkan menyebut kebaikan jenazah sebagai tanda mendoakan rahmat dan ampunan Allah buatnya.
but its up to diri masing-masing la. tiada paksaan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurul Islam Mohamed Yusoff
14 November at 07:48 ·
BUNG MOKTAR YANG ISTIMEWA
Semalam mahkamah bagi lampu hijau untuk tangguh lagi perbicaraan bela diri Bung Moktar. Alasannya?
Sebab Pilihan Raya Negeri Sabah.
Biasalah… Bung bukan orang biasa.
Dia Pengerusi BN Sabah, calon Ketua Menteri pula tu.
BN menang, Bung senang… eh silap
BN menang, Bung jadi Ketua Menteri.
Macam tu lah skrip dia.
Yang peliknya, perbicaraan bini dia pun sekali ditangguh, walaupun kes lain-lain. Mungkin sebab bini pun nak turun berkempen sama.
Pilihan raya punya pasal, dua-dua dapat cuti. Agak-agak rakyat marhaen dapat tak cuti?
Kronologi kes Bung dan bini dia macam ni;
3 Mei 2019 – Bung didakwa terima suapan RM2.8 juta. Zizie didakwa sebab bersubahat.
4 Julai 2019 – Pendakwa nak pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
9 Ogos 2019 – Mahkamah Tinggi reject permohonan tu.
2 Jan 2020 – Perbicaraan bermula.
17 Mac 2020 – Covid datang, kes pun direhatkan.
2 Sept 2022 – Mahkamah arah mereka bela diri (kes prima facie terbukti).
7 Sept 2023 – Mereka dilepas & dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.
18 Nov 2024 – Mahkamah Rayuan reverse balik, arah bela diri semula.
18 Ogos 2025 – Tangguh sebab peguam tak sihat.
13 Nov 2025 – Tangguh lagi sebab PRN Sabah; tarikh baru 12–14 Jan 2026.
Nampak tak, tangguh lepas tangguh. Agak agak rakyat marhaen boleh ke tangguh macam ni? Istimewa sungguh Bung Moktar dan isteri dia.
Dulu masa pembangkang PH nyanyi lagu,
“Hoi hoi hoi ya hoi! siapa sokong penyamun!”
Sekarang bila dah peluk BN:
“Hoi hoi hoi ya hoi! PH sokong penyamun!”
Mungkin walanon akan berhujah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dimahkamah.
Dah abistu apa kejadahnya korang desak DS Najib letak jawatan masa mula-mula timbul isu 1MDB.
Kena kat kawan korang sekarang, tiba-tiba keluar hujah “tunggu proses mahkamah”.
Kes Bung dan isteri dia bukan awal perbicaraan tetapi telah dibuktikan ada prima facie oleh pendakwaan dan diarah bela diri. Maksudnya mahkamah rasa ada sebab yang kuat untuk mereka didakawa dimahkamah.
Macam tu punya kes pun boleh tangguh ker? Owh lupa, 47 kes dulu pun ada prima facie, boleh DNAA. hehehe
Rakyat Sabah, Tindakan PH-BN meletakkan Bung Moktar bertanding dan mengetuai jentera BN adalah satu pengh1naan kepada kamurang.
Tindakan PH-BN benarkan Bung Moktar secara terbuka claim akan jadi Ketua Menteri kalau BN menang adalah satu pengh1naan kepada kamurang.
Sepatutnya PH-BN rehatkan Bung sehingga kes dia selesai. Bukan kes dia direhatkan sehingga Bung jadi Ketua Menteri.
Rakyat Sabah benc1 perasuah. Rakyat Sabah akan tolak PH-BN dalam PRU Du Sabah akan datang. Kasi Bagus Sabah.
Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nfir at 6-12-2025 06:03 PM
Kau ni kenapa bangsat?!
Kau ada agama ke kau atheist?! Kau ada Tuhan atau kau tak percaya Tuhan?!
Kenapa kau buat main isu agama Islam bangsat?!
Mendoakan mayat (jenazah) adalah amalan penting dalam solat jenazah, dengan doa utama seperti "Allahumma-ghfir lahuma, warhamhu, wa ‘aafihi, wa’fu ‘anhu" (Ya Allah, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, dan maafkanlah dia) serta memohon kebaikan tempat tinggal dan perlindungan dari seksa kubur dan neraka, seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW. Doa ini dibaca pada takbir ketiga solat jenazah, memohon keampunan, rahmat, kesejahteraan, dan tempat yang lebih baik bagi jenazah, mengikut sunnah.
Mana ada Allah suruh memaki mayat! Mana ada Allah suruh menghina mayat!
Kau nak aku report dekat MCMC ke? Biar tutup terus Forum Cari ni!
Macam dajal, macam setan, macam iblis perangai sekor-sekor!
Buat main ajaran agama Islam!
Semoga Tuhan turunkan kau laknat dari dunia hingga Akhirat!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Rakyat Sabah benc1 perasuah."
Macam mana nak kata rakyat Sabah benci perasuah?
Berapa ramai pemimpin Sabah yang Albert Tei sebut dalam video tapi akhirnya pemimpin tu menang PRN?
Berapa lama Albert Tei sudah dedahkan skandal rasuah Sabah?
Kenapa Hajiji buat bodoh? Kenapa PMX buat bodoh? Kenapa SPRM buat bodoh?
Setelah Albert Tei dedahkan pasal rasuah SAM ... baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan.
Alih-alih rakyat Sabah angkat pemimpin rasuah menang waktu PRN.
Ini yang dikatakan rakyat Sabah benci perasuah?
Apa yang jelas, rakyat Sabah adalah pengundi yang BODOH.
Setelah secara jelas pemimpin dikaitkan dengan skandal rasuah, masih pilih pemimpin tersebut.
Masih pilih Hajiji. Masih pilih GRS.
+ + +
Tentang pilih pemimpin rasuah satu hal.
Tentang bentuk kerajaan satu hal.
Waktu berkempen ye, ye bertempik, "Sabah kita jaga! Rumah kita, kita jaga!"
Alih-alih hadap juga dengan parti Malaya.
Alih-alih hadap juga dengan PKR. Dah la PKR menang 1 kerusi saja. Tapi siap ada Menteri lagi dari PKR.
If I am not mistaken, dari UMNO pun ada 1 Menteri.
Orang BODOH, kena tipu!
+ + +
Dan yang paling bodoh, orang Sabah dalam Forum Cari ni pergi maki Bung.
Apa yang dapat dengan maki mayat?
Kau pergi la maki pemimpin GRS rasuah yang menang PRN baru-baru ni!
Kau pergi la maki Hajiji yang letak calon rasuah sampai menang PRN baru-baru ni!
Kau pergi la maki Hajiji yang bekerjasama dengan PKR walau orang Sabah tolak parti Malaya!
Nampak tak betapa bodoh orang Sabah ni?!
+ + +
Pengundi Cina Sabah juga yang bijak.
Mereka tolak semua calon DAP.
Mungkin ada kaitan dengan isu rasuah.
Albert Tei dedahkan skandal rasuah Sabah. PMX buat bodoh. DAP pun bodoh.
Lalu pengundi Cina Sabah hukum DAP.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nfir replied at 6-12-2025 06:01 PM
Kau ni kenapa bangsat?!
Kau ada agama ke kau atheist?! Kau ada Tuhan atau kau tak percaya Tuhan?! ...
Lahhhh aku tulis benda betul yang ko beriya jadi ustajah jadian sambil bangsat2 org ni dh kenapa? Laki ko ke yang mati nyah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 6-12-2025 05:21 PM
umm.. iols copy paste dari text di atas sis
but its up to diri masing-masing la. tiada paksaan
Sunat? Bagi la dalil yang reliable...takat ayat org tulis alahai...lemah betul
timing ank dia tulis 1.46 pun berderet salah jadi 1.56 pulak padahal terang2 xde no 5 dlm info posting ank dia... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anak? kau cakap pasal apeni?? mungkin sis salah reply orang.
aku tak penah cakap apa2 pun pasal anak, tak tau apa pun. what're you talking about??
and kenapa sis attack aku sebab post pasal agama?
either you're non-muslim, or you ingat iols penyokong arwah? because im not.
i post it in general, pasal jenazah dalam Islam.
and kalau you beragama Islam, bawak2 la bertaubat, ingat Allah banyak2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 7-12-2025 01:59 PM
anak? kau cakap pasal apeni?? mungkin sis salah reply orang.
aku tak penah cakap apa2 pun pasal a ...
Ko yg reply ckp psl sunat
Konon ckp psl benda baik si mati buat itu sunat..so aku tulis reply suruh bg dalil
Takat petik2 copy paste ayat org tulis
Anak arwah tulis 1.46 am passed away..asal jadi 1.56 am?
Sbb perangai copy paste org cm ko la nyah...janji blh copy paste ye dak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|