CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 874|Reply: 0

Hashim Hamzah angkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya

[Copy link]
Post time 3-12-2025 09:48 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Hamzah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu di Istana Kehakiman di sini, hari ini.


Hashim, 64, mengangkat sumpah bagi jawatan itu menggantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersara pada 14 November lalu.


Dalam majlis hari ini, beliau mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Hakim Besar Malaya Dan Hakim Mahkamah Persekutuan.


Sejurua selepas majlis mengangkat sumpah, Hashim ketika ditemui berkata jawatan yang digalasnya kini bukanlah sekadar pangkat semata-mata, ia merupakan satu amanah dengan tanggungjawab besar.


“Saya mendapati terdapat beberapa kelewatan dalam penyelesaian kes, sehinggakan ada tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 2027 dan 2028. Keadaan ini, pada pandangan saya, adalah terlalu panjang dan boleh menjejaskan integriti proses kehakiman,” katanya.


Menurut Hashim, beliau juga sedang meneliti cadangan untuk menambah bilangan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) di beberapa lokasi yang terletak di bandar-bandar utama.


Sementara itu, pada majlis sama empat lagi hakim Mahkamah Rayuan turut mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Jakim Mahkamah Persekutuan.


Mereka ialah Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.




Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 05:31 PM GMT+8 , Processed in 1.417295 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list