CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 15

Bagaimana nak manfaatkan AI

[Copy link]
Post time 3-12-2025 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Dengan perkembangan teknologi hari ini, kecerdasan buatan (AI) semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian — termasuk dalam hal berkaitan agama. Ramai umat Islam kini menggunakan aplikasi berasaskan AI untuk membantu ibadah, contohnya aplikasi bacaan al-Quran yang boleh membetulkan tajwid secara automatik, aplikasi doa harian, atau penjejak waktu solat yang lebih tepat berdasarkan lokasi. Kemudahan ini memudahkan generasi muda mendekati agama dengan cara yang lebih interaktif dan mudah diakses.

Dalam masa yang sama, AI juga banyak membantu pembelajaran agama. Contohnya, pelajar boleh bertanya soalan fiqh asas, sejarah Islam, atau maksud ayat tertentu secara cepat dan teratur. Ada juga platform yang menyediakan ringkasan kitab, video kuliah, atau kelas tafsir menggunakan teknologi pembelajaran mesin. Bagi mereka yang sibuk bekerja, AI memberikan alternatif untuk belajar agama walaupun tidak sempat hadir ke kelas fizikal.

Namun begitu, masih terdapat persoalan penting: sejauh mana kita boleh bergantung kepada AI dalam urusan agama? Adakah semua jawapan boleh dipercayai? Bagaimana pula isu rujukan sahih dan autoriti ilmiah? Teknologi mungkin membantu, tetapi bimbingan guru agama tetap diperlukan.

Apa pandangan anda? Adakah AI memudahkan kita beragama, atau boleh jadi kekeliruan jika digunakan tanpa bimbingan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2025 01:28 PM | Show all posts
saya selalu guna A.I untuk persoalan agama. AI mempunyai kecenderungan untuk berfikir sendiri( buat kepala tau) dalam banyak hal.
Ia tidak terlalu bodoh dan tidak juga terlalu boleh dipercayai.

Mungkin dalam bab-bab yang bersifat keduniaan, bolehlah kerana silap dalam hal itu tidak seberapa.
Tapi dalam hal agama, sampai ayat Quran pun dia boleh reka atau dalil nya dia pakai hentam,
sudah tentu tidak boleh diharap kalau begitu.

Saya tidak tahulah kalau A.I yang free mempunyai keupayaan lemah, mungkin yang berbayar lebih baik.
tapi prinsip saya terhadap A.I ialah,
membantu, sangat membantu, tapi nak percaya seratus peratus, jangan.
Tanya arah boleh, tapi kesimpulan akhir , tak boleh.

Kadang-kadang soalan bola sepak punya keputusan pun dia pakai hentam saja.
Apalagi agama yang lebih berat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2025 01:55 PM | Show all posts
AI ni sebenarnya banyak bergantung pada kekuatan search engine, dan pemilihan jawapan yang paling relevan.  Ada beberapa perbezaan dalam pilihan jawapan paling relevan.

Pemilihan ni bergantung kepada credibility sumber jawapan, popularity, engagement dan beberapa criteria lagi.  Gaya bahasa bergantung kepada gaya bahasa pengguna.  Bagi saya, AI ni adalah kita sendiri yang ada banyak jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2025 11:03 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 3-12-2025 11:06 PM
ibnur replied at 3-12-2025 01:55 PM
AI ni sebenarnya banyak bergantung pada kekuatan search engine, dan pemilihan jawapan yang paling re ...

gaya bahasa saya setuju. dia ikut stail kita.
tapi pemikiran tu takleh la dia cuba tgk algorythm. salafi ortodokx  gaya sepatitnya ikut dalil semata.
dia kena ikut dalil saja lah.

so klau approach dia nak kreatif kreatif, mmg salah konsep.
yg lawaknya, minta tgk history dia tak bagi. tapi semua pasal kita dia dah tau dah. daripada makanan kegemaran sehinggalah penyakit. sebab sy selalu search pasal kehidupan sihat dan penyakit. dia mmg ingat semua pasal badan sy....

tentang bagaimana nak manfaatkan ai, dari sudut teknologi sepatutnya dia boleh dah selesaikan banyak teori sains.
cuma kuasa dunia mestilah sorokkan apa yg mereka dapat....huhu...
yg diberitahu pun hanyalah benda yg dah mereka dah  bosan , baru mereka bagi kita pakai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2025 05:04 PM | Show all posts
ussopp replied at 3-12-2025 11:03 PM
gaya bahasa saya setuju. dia ikut stail kita.
tapi pemikiran tu takleh la dia cuba tgk algorythm. s ...

Mungkin satu hari nanti usop bina Salafi AI... .  Sebab AI yang ada sekarang dibina kafirun yang bukan salafi.  Metodoloji salafi tak dimasukan dalam program.  Tapi kalau chatgpt saya dah boleh prompt untuk pendapat salafi atau ikut spesifik mazhab spesifik.  Yang penting sebenarmya untuk dapatkan hasil mengikut spesifik kita ialah prompt yang lengkap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 07:21 PM | Show all posts
Salam TT

Bayangkan kumpulan data sejak yg pertama (Bernes-Lee, HTML, CERN, NeXT, '90s)
- yg boleh AI akses hanya tip of the iceberg (≈3% je).


sejauh mana kita boleh bergantung kepada AI dalam urusan agama?

Bergantung kepada keperluan yang bergantungan e.g. isu/hal permukaan ok sbb kebanyakannya ijma'.


Adakah semua jawapan boleh dipercayai?


Tiada dalam rukun keimanan utk percaya kpd kecerdasan buatan.
- sekadar alat komunikasi

Bagaimana pula isu rujukan sahih dan autoriti ilmiah?


Hanya yg terpilih e.g. Google's first page algo
- Kalo yg mendap takkan naik² (mcm Cari jugak la)


Apa pandangan anda? Adakah AI memudahkan kita beragama, atau boleh jadi kekeliruan jika digunakan tanpa bimbingan?


Pro/kon: Huru-hara

P/s: Ilmuan yg anggap 'disiplin ilmu'nya sbg mahasuci dicantas AI bak algojho.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2025 12:05 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 5-12-2025 07:21 PM
Salam TT

Bayangkan kumpulan data sejak yg pertama (Bernes-Lee, HTML, CERN, NeXT, '90s)

Kita sebenarnya tidak sedar bahawa terdapat search engine third party yang kerjanya hanya search dan simpan data, termasuk buat indexing.  Contohnya wikitext yang kerja baca wikipedia dan simpan data.  Chatbot, AI atau portal carian hanya perlu collaborate dengan third party ini.  FB pun ada search engine sendiri yang kerja baca public post dan buat index.  Tiktok pun dah mula ada engine sendiri.  Sebab itu kadang bila kita google, cepat je jawapan sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 07:03 AM | Show all posts
ibnur replied at 6-12-2025 12:05 PM
Kita sebenarnya tidak sedar bahawa terdapat search engine third party yang kerjanya hanya search d ...

Rasanya banyak manfaat:- utk selesaikan maths/stats/iterations drpd model sedia ada/baru
- antarabahasa; elemen komunikasi mcm perisikan maklumat sulit/encrypted

- forecasting; projection trend mendatang semua bidang
- simulation ikut parameter yg diri pengguna inginkan (hawa nafs)

Zahirnya computing power (otak), batinnya executable program (gerak elektron) - hardware/software
- cuma takdak jiwa/soul, takdak akal.

Kita sebenarnya tidak sedar bahawa terdapat search engine third party yang kerjanya hanya search dan simpan data, termasuk buat indexing.  Contohnya wikitext yang kerja baca wikipedia dan simpan data.  Chatbot, AI atau portal carian hanya perlu collaborate dengan third party ini.  FB pun ada search engine sendiri yang kerja baca public post dan buat index.  Tiktok pun dah mula ada engine sendiri.  Sebab itu kadang bila kita google, cepat je jawapan sampai.


Browsing guna mana² search engine tu kira classical computing, yg lagi complex guna quantum (rare).

Selalu pakai quranic arabic corpus, senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2025 10:11 AM | Show all posts
@Dzulqarnain @ibnur

menurut kalian,
1) Ke mana teknologi ni akan pergi?

2)Teknologi a.i yang dirahsiakan sudah sampai level apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2025 01:58 PM | Show all posts
ussopp replied at 9-12-2025 10:11 AM
@Dzulqarnain @ibnur

menurut kalian,

Teknologi AI yang dirahsiakan tu macamana?  Boleh kongsikan pendapat di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 06:00 AM | Show all posts
ussopp replied at 9-12-2025 10:11 AM
@Dzulqarnain @ibnur

menurut kalian,
1) Ke mana teknologi ni akan pergi?


Target dia AGI; general ni tahap manusiawi, cuma takdak agensi (freewill) - setakat goal-oriented tuan dia



2)Teknologi a.i yang dirahsiakan sudah sampai level apa?


Last skali dengar² autonomous agentic-AI utk pemain industry i.e. supply-chain je kot.




P/s: Sejak dua menjak ni, semua dah meluas. Tiada lagi rahsia. Cuma tahu atau tak je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 11:29 PM | Show all posts
ibnur replied at 10-12-2025 01:58 PM
Teknologi AI yang dirahsiakan tu macamana?  Boleh kongsikan pendapat di sini?

Maksud sy,
sudah tentu apa-apa teknologi yang kita dapat sekarang sudah pun diorang guna lama test run , spy, atau pun classified atau kategori sulit dulu....dah takda apa apa barula kita dapat guna....

so terfikir, yg tgh level classified skrg bagaimanalah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 11:31 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 12-12-2025 11:33 PM
Dzulqarnain replied at 12-12-2025 06:00 AM
Target dia AGI; general ni tahap manusiawi, cuma takdak agensi (freewill) - setakat goal-oriente ...

ooooooo.....freewill ni pulak sesuatu yang tidak dapat didetect.....

ai boleh je nampak mcm ada freewill padahal execution program sahaja.

kita juga secara falsafahnya ada free will atau tidak kabur dr sudut pemikiran....

kita hanya percaya bahawa Allah menetapkan takdir dan kita berusaha....tanpa memperincikannya kerana ia sukar didigest...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2025 01:03 PM | Show all posts
Ini satu contoh fake news yang lambat di detect oleh A.I. atau langsung tak dibuat apa-apa oleh A.I. dan terpaksa ada human intervention  >>> Damaged done.

Ini lapuran GROK dari platform X (dulu twitter).


Baik, ini satu contoh fake news yang merebak di Malaysia pada tahun 2025, ramai orang awam percaya dan kongsi di media sosial (terutama TikTok dan platform lain), tapi kemudian dibuktikan 100% palsu oleh pihak berkuasa dan fact-checker rasmi.

Contoh Fake News: "Seorang lelaki mendakwa dirinya pakar patologi yang terlibat dalam siasatan kematian remaja terkenal, dan dedah 'fakta rahsia' tentang punca kematian"

Pada awal 2025 (sekitar Ogos-September), merebak video dan post viral di TikTok di mana seorang individu mendakwa dia adalah pakar patologi yang secara langsung terlibat dalam autopsi dan siasatan kematian seorang remaja Malaysia yang tinggi profilnya (kes kematian yang sensitif dan banyak dibincang).

Dakwaan itu termasuk "fakta rahsia" yang sensasional tentang punca kematian, yang boleh mempengaruhi persepsi awam, politik, dan emosi keluarga mangsa.

Video itu dikongsi ribuan kali, menyebabkan spekulasi liar, kemarahan online, dan tekanan kepada pihak berkuasa.

Ia digunakan oleh sesetengah pihak untuk naratif politik atau konspirasi.

Fakta sebenar (yang membetulkannya):

Pihak berkuasa (termasuk Kementerian Komunikasi dan polis) mengesahkan lelaki itu bukan pakar patologi sebenar dan tiada kaitan dengan siasatan rasmi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sendiri sebut kes ini sebagai contoh fake news, dan TikTok dipanggil untuk bertanggungjawab kerana lambat tangani kandungan palsu.
MCMC dan polis mengambil tindakan, dan kes itu menjadi salah satu sebab kerajaan panggil pengurusan TikTok untuk mesyuarat pada September 2025.

Portal rasmi seperti Sebenarnya.my dan laporan media (Reuters, Bernama) mengesahkan ia hoax sepenuhnya.

Kesan: Ia menunjukkan betapa cepat fake news boleh merebak di platform video pendek, walaupun tiada bukti, dan memaksa kerajaan tingkatkan pengawasan terhadap media sosial.

Walaupun dah dibetulkan, masih ada yang percaya atau kongsi semula tanpa konteks. Ini contoh klasik bagaimana fake news boleh ganggu siasatan rasmi dan emosi awam.
Kalau awak nak contoh lain dari 2025 – seperti fake accounts atas nama Yang di-Pertuan Agong atau hoax berkaitan pilihan raya Sabah – beritahu je, saya boleh kongsi yang lain berdasarkan fakta! Atau kalau ada berita spesifik awak ragu, hantar detail untuk saya bantu semak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2025 03:54 AM | Show all posts
ussopp replied at 12-12-2025 11:29 PM
Maksud sy,
sudah tentu apa-apa teknologi yang kita dapat sekarang sudah pun diorang guna lama test ...
Maksud sy,
sudah tentu apa-apa teknologi yang kita dapat sekarang sudah pun diorang guna lama test run , spy, atau pun classified atau kategori sulit dulu....dah takda apa apa barula kita dapat guna....

so terfikir, yg tgh level classified skrg bagaimanalah...


AI yg terbaik ialah yg paling ramai pengguna, sbb dia kena collect sebanyak data manusiawi utk beri respon manusiawi.
e.g. chatgpt, gemini, google, maps, waze, etc.

Yg jenis classified utk spy or encrypted, biasa ikut misi/objektif dan skala dia lebih tertumpu mengecil tak semacam yg kat atas tu - beza algo tapi guna enjin² sedia ada mcm kt atas. Cth: Kerajaan Amireka selalu kacau korporat² yg kat atas tu utk share/jual/beli enjin/data masing² guna duit cukai rakyat dia e.g. Amazon/Walmart Vs. Senate - tuntutan/pampasan.

Test run?
- FYI konsumer semua adalah lapangan test²


ooooooo.....freewill ni pulak sesuatu yang tidak dapat didetect.....

ai boleh je nampak mcm ada freewill padahal execution program sahaja.

kita juga secara falsafahnya ada free will atau tidak kabur dr sudut pemikiran....

kita hanya percaya bahawa Allah menetapkan takdir dan kita berusaha....tanpa memperincikannya kerana ia sukar didigest...


Sejak sains moden berserah kpd empiricism, metafizik dia tolak jadi falsafah - sbb tiada bukti empirical
Yg lagi pelik, dia kaitkan pulak metafizik dgn fizik dlm psikologi (Freud physicalism neuroscience) kononnya, penyakit jiwa boleh dirawat dgn ubat fizikal (kalam penjual obat kuat)
- jadi bila AI ada data psikoanalisis, dia proses pesakit jiwa spt pesakit mental dgn anggapan otak adalah minda vice versa. Walhal kalu ikut kalami (theologi) minda/akal adalah fakulti jantung/hati/dalam dada (dualism) - tiada perkaitan fizik dgn metafizik.

Makanya, AI akan terbitkan satu lagi entiti baru selain qarin sedia ada (jin/malaikat).

Kalu biasa² tu kufur atau syukur, yg ketiganya...???

'Ain vs takdir.

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2025 04:00 AM | Show all posts
ibnur replied at 14-12-2025 01:03 PM
Ini satu contoh fake news yang lambat di detect oleh A.I. atau langsung tak dibuat apa-apa oleh A.I. ...
Ini satu contoh fake news yang lambat di detect oleh A.I. atau langsung tak dibuat apa-apa oleh A.I. dan terpaksa ada human intervention  >>> Damaged done.


MCMC tak mampu tangani, jari-jemari rakyat lagi laju.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070039 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list