|
|
Hi, sebenarnya dah lama nak share prob ni. Tapi rasa mcm xvalid ja perasaan ni. Tapi makin biar makin menjadi2. Yelah mcm kelakar makcik vs anak sedara.
Ok, umur i nearly 40. Anak sedara i sekolah rendah, tahap satu. walaupun baru setahun jagung tapi bukan biasa2 perangai dia. Dia the only daughter.
Ni i cerita dulu ye perangai dia mcm mana.
Mula2 dia ada perangai yang suka jeles. Masa umur dia baru 4 tahun and i baru ada anak sorang. Banyak perangai dia yang buat i terganggu. Masa tu i pantang rumah mak i, i tegur pasal dia jgn bising2 main basikal dekat tempat i rehat. Anak i tido, lepas i tegur dia sorok selipar i. Susah i bergerak pergi toilet. Masa tu xtahu lagi dia yang sorok. Tapi setiap kali lepas i tegur atau ada benda yang buat dia jeles dekat anak i mest ada ja barang i yg hilang.biasa la newborn org dtg tgk bagi hadiah bagi attention.Masa tu agak terganggu ye, sebab perangai dia suka sorok barang i tu. Tapi yelah dia budak sgt so i malas nak panjangkan issue ni. Dia kantoi sorokkan minyak angin anak i. I ingt dia akan takot tapi tak, dia buat lagi. i pun tak ada la bgtahu kakak i, yelah budak lagi. Tapi tu la silap i, dia selalu ye sorok puting anak i sampai anak i nak tido pun susah. tau2 ada bawah katil bilik mak dia, tau2 dlm selimut bilik mak dia. Kakak i ni ada ja rumah sendiri tapi selalu sgt dduk rumah mak i and kitorang adik beradik mmg ada bilik sendiri kat rumah parents.
Second, dia ada perangai yang apa dia nak, dia kena dpt.
Anak i dpt toys my friend bagi. So dia mintak i nak toys anak i. I kata i xboleh bagi yg tu sebab kawan i bagi, and i ada cakap nanti i akan belikan dia toys yg lebih kurang sama. Tapi esok nya mainan anak i hilang. Banyak kali jugak toys anak i hilang tapi i xnak syak dia yg amek. I pun xamek pusing sgt la sebab toys je kan. Tapi tu silap i jugak.
Masa i duduk sementara rumah parents i sebab rumah i buat renovation, masa tu la makin menjadi2 perangai dia.
Masa tu jugak kakak i lebih kerap stay rumah parents i.
3, dia suka sabotaj anak i. Dia suka ja main dgn anak i, tapi selalu berakhir sebab anak i nagis. I xfikir apa pun cuma ada sekali tu, masa anak i mula pandai jalan, dia sengaja hulur kaki dia then bagi anak i jatuh. Dia xperasan i ada situ. Anak i jatuh and hampir kena bucu bendul. Masa tu i marah dia. Mak dia xada rumah parents i masa tu. So i marah dia and i warning, tapi i xada pun bgtau kakak i pasal hal tu. Tu silap i. Tapi lepas tu kalau main ngan anak i mmg i duduk tepi diorang. Selama ni i pantau dari jauh. Mcm2 lagi cara dia sabotaj anak i, yang i sendiri rasa mcm xmasuk akal budak 5 tahun boleh fikir macam tu.
I selama ni i rasa i silap, sebab tak bgtau kakak i apa yg anak dia dah buat. Tapi sebenarnya bukan silap i. Kakak i jenis enabler.
Mainan2 anak i selama ni hilang, ada ja dekat rumah diorang. I tau sebab abang dia sendiri bgtau i. Dia cakap dekat mak dia yang i bagi mainan tu, tapi abang dia sendiri cakap kat kakak i yang mainan tu i mmg dok cari sebab hilang. Guess what kakak i percaya anak perempuan dia ye without double connfirm dgn i, and abg dia tu kakak i kata dengki ngan adik dia sebab tu cari salah adik dia.
Dia pergi rumah cousin dia, sleep over sana. And dia suka satu bag yang cousin dia punya. Diorang sebaya. Dia mintak cousin dia bag tu, so cousin dia tanya la mak dia kan, tapi auntie dia tak bagi sebab tu hadiah dari orang. Tapi auntie dia cakap akan bawak dia pergi beli bag next time. Tau2 bag tu hilang, bag tu ada dekat rumah kakak i.
I tau cerita ni sebab abg dia sendiri cerita dekat i, auntie dia msg kakak i tanya nampak tak bag tu. I xtak tau apa diorang deal mcm mana tapi abg dia kena label dengki dengan adik sebab abg dia kata adik dia curi bag tu.
Since i duduk rumah mak i so i la tukang kemas. Stress ye sapu2 plastic keropok dgn gula2 bersepah2 dekat hall. Buka sekali dua setiap kali i sapu itu lah kejadianya. Mcm i cakap tadi masa i dduk rumah mak i kakak i kerap balik jugak. Walaupun anak dia sekolah dia tetap stay jugak. Ada sekali tu masa tgh tegok tv, dia makan keropok lepas makan terus biar ja plastic keropok tak buang. I of course la tegur suruh dia buang. Lepas tu dia mengadu dekat kakak i yang dia xsuka i, dia xsuka i duduk rumah parents i. Sebab i suka marah2 dia, andddddddd kakak i mengiyakan apa perasaan anak dia ye….. kakak i cakap dia pun tak suka i ada rumah parents i dia pun rimas. Umur dia baru 6 tahun masa tu. I tau ni pun sebab abg dia cerita dekat i. Kakak i tu mmg pemalas, dia suka duduk rumah parents i sebab dia xpayah susah jaga anak dia, dia xpayah masak. Baju2 dia pun bapak i tolong sattle. So kemas rumah mmg takkan kakak i buat. So bila dia dduk rumah mak i sebelum ni tak ada org nak bising2, rumah bapak i kemas2, makanan mak i masak, baju2 dia kadang bapak i sidaikan, baju2 kering mak i tolong lipatkan. So tu sebab kakak i xsuka i ada rumab mak i. Owh kakak i xberkerja. Tapi xjugak suri rumah sebab xda langsung buat kerja rumah.
Tapi lepas i stay sana temporary dia xdpt rasa kebahagiaan tu sebab i xbagi parents i buat kerja. And of curse baju2 dia xada org urus. Pernah ja i tolong tapi naik lemak pulak. So i cuma kesahkan hal mak ayah i, bab dia lantak la urus sendiri.
Disebabkan sikap enabler kakak i tu anak dia makin menjadi2, dgn mulut lancang nya. Dia tak suka kita dia sabotaj. Dia still suka sorok barang dia still dgn perangai2 dia yang attention seekers, dia sanggup buat apa ja demi attention. I mmg xtegur sebab kakak i tu xsuka org tegur anak perempuan dia. Bapak i pernah marah anak perempuan dia sebab kacau abg dia tgh tidur, lepas tu dia nagis dia cakap mak dia bapak i marah dia tanpa sebab. Terus ye kakak i marah bapak i depan anak dia tu.
Dia lagi satu suka provoke org, esp abg2 dia. Dia akan kacau abg dia sampai abg dia balas balik. And kakak i 100% akan backup dia. Kakak i selalu guna ayat.” Korang ni ngan adik sendiri pun mcm ni, kalau dgn org lain kemain sayang, adik sendiri taknak pulak syg” tak kisah la apa sekali pun kejadian tetap kakak i backup dia. Walaupun anak perempuan dia yang start pergaduhan kakak i tetap suruh abg2 mengalah.
Org keliling mmg takkan tegur dah termasuk bapak i. Tapi bila bapak i malas peduli anak perempuan dia kakak i cakap bapak i pilih kasih pulak. Mak i ja berani sound anak perempuan dia tu, sebab kakak i xberani marah mak i mcm dia marah bapak i.
Sekarang i layan ja drama diorang, menanti karma mcm mana. Tapi tu la, i jadi rimas nak balik rumah mak i sebab diorang ada sana. Sekarang dah mcm stay permenent rumah mak i dah. Dah mcm rumah diorang dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh geram pulak aku baca budak tak budak..kalu iols dh kena cubit ketam budak tu kecik2 dah busuk hati jgn biarkan nti besar lagi jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-11-2025 10:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
rospinki replied at 26-11-2025 10:27 AM
eh geram pulak aku baca budak tak budak..kalu iols dh kena cubit ketam budak tu kecik2 dah busuk hat ...
Tertekan report tadi kat reply ni.
I sekarang ada perasaan yang mcm geram tak terlepas. Sebab budak tau, kalau mak dia tak tahu lain cerita jugak.
Ada satu kejadian mainan anak i hilang. Baru beli siang mlm dah hilang. Masa tu i bebel2 sambil ngamok2, satu rumah mak i, i dah cari termasuk toilet. Lepas tu i keluar g makan. Balik tu alih2 ada dekat tempat yg 5 kali i dah cari. Lepas dah jumpa tu boleh ye kakak i kata, tu jumpa mana.tu la tadi xcarik betul2
Terus i cakap jumpa kat tempat yang 5 kali dah cari, tadi tak ada balik makan magic ada. Ni mesti kerja setan ni kalau manusia tak macam tu.
Sekali anak dia kata, oooo jumpa kat situ ek. Terus ek i masuk bilik hempas pintu. Nampak sgt mmg diorang yang letak, and i syak kakak i pun komplot.
Kakak i cuba brainwash i yg i punya silap sebab tadi tak cari betul2, sebelum ni dia cuba brainwash i yang puting anak i hilang sebab anak i suka sepah.
Sebab tu i menanti karma diorang. Geram yang tak terlepas |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-11-2025 11:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
rospinki replied at 26-11-2025 10:27 AM
eh geram pulak aku baca budak tak budak..kalu iols dh kena cubit ketam budak tu kecik2 dah busuk hat ...
Sakit hati yang sangat, tambah mak dia pulak jenis enabler. Xkisah la nak manjakan anak perempuan tunggal tapi menyusahkan org. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg takde noti reply ke apa2 dh cari ni ..bila bukak tred balik baru nmpk ada replies.
lain mcm eh perangai anak sdra u tu, kecik2 dah ada perangai toxic, org kata belajar dari makpak sb masa kecikla paling senang nk ajar atau pengaruh atitude melalui org keliling. itu takpe biar mak dia ajar sdri. utk melindungi hak kita supaya perangai jahat dia tu tak effect kehidupan kita u kena buat sesuatu. tgk gaya kena letak cctv sorok dari pengetahuan diorg jadi lagi u tunjukan bukti cctv. lepas tu barang2 kemas jgn bagi mudah dia buat sesuatu masud iols simpan dlm bekas yg berkunci cukup masa keluarla dari tempat tu. maknye pon sama2 perangai susah nt asik makan hati. iols pon tak suka org usik2 brg kita lagi kalu tu budak mng kena ajar biar dia nmpk kita garang so tidakla dia berani amik kesempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anak sedara TT ni nnti masa besar mesti lagi menyakitkan hati. kecik lagi ni masih senang nak ubah dan lentur. nnti dah besar dah keras memang boleh datangkan masalah kemudian hari... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-11-2025 12:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kikuri replied at 26-11-2025 12:14 PM
anak sedara TT ni nnti masa besar mesti lagi menyakitkan hati. kecik lagi ni masih senang nak ubah d ...
Itu lah. Baru sekolah rendah. Ada jugak sebelum ni pernah tegur. Slow talk pun pernah. Tapi kakak i xsuka org tegur anak dia yang sorang tu. Bapak i pun boleh kena marah dgn kakak depan anak sedara i tu. Boleh bayangkan x besar kepala mcm mana. Bila bapak i marahkan perangai anak dia yang melampau kakak i emosi dia marah balik.
Dia sentiasa menangkan anak dia yang sorang tu. Org lain semua salah. I balik rumah parents i pun xboleh lama stress dgn diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau i, dia pangkas kaki anak i, i pangkas balik kaki dia..
bila dia jatuh nangis mengadu, i balas balik tak mengaku sambil flip hair..
pastu palau kow kow..
contoh beli jajan untuk semua but non for her..
kalau your sister or she marah/minta, cakap tak kuasa nak beli untuk budak jahat..
again flip hair..
and jauhkan anak u dari dia..
barang anak semua simpan main dalam bilik je..
never ever bagi dia masuk or dekat dengan u..
budak macam ni memang kena ajar dengan perangai dia sendiri..
baru dia tau dia treat orang buruk, orang treat dia double buruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
like demonic kid sangat ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-11-2025 04:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dysania@72 replied at 26-11-2025 04:13 PM
like demonic kid sangat ye....
I xtahu apa yang buat dia berperangai mcm tu. Apa dia nak semua dapat. Dlm famly dia Attention mmg banyak ke dia. The only daughter. I sgt geram and terganggu dgn perangai dia. At the same time i xnak esok besar dia jadi worst. My mom ada nasihatkan kakak i jgn terlalu memanjakan, tapi tu lah katanya anak umur sampai 7 tahun elok dilayan mcm raja. Susah ye nak cakap bila kakak i mcm tu.
Sibs dia yang lain ada la sorang abg dia yang besar kepala jugak. Tapi still perangai budak remaja yang boleh handle. Abg2 dia yang lain ok ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-11-2025 06:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-11-2025 02:51 PM
kalau i, dia pangkas kaki anak i, i pangkas balik kaki dia..
bila dia jatuh nangis mengadu, i balas ...
Masa tu i mampu tepuk kaki dia ja. I dok fikir apa tau masa tu, dia budak lagi. Pernah ja i palau dia, tapi lagi annoying ye. Dia buat2 tanya soalan bodo la.
Pernah ja dia nak ikut i keluar i xnak bawak dia ngadu kat kakak i kata i jahat. Hahahahaha. Dia punya gossip kat mak dia mcm org besar. Apa2 jadi kan kejap ja dia sampaikan kat mak dia.
Sekejap ja i dduk rumah mak i, itu pun sengkak otak i ye.
Dia pernah ja curi2 masuk bilik i nak tgk mainan baru i beli. Pastu husb i sound dia. Lepas tu dia balik rumah sendiri kejap. Tapi tu la bukan jenis takot lepas tu dia buat mcm tak ada apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana annoying pun, just ignore je..
buat macam dia tak wujud at all..
dia buat-buat tanya soalan, jeling je sambil flip hair..
lock pintu bilik so dia tak boleh masuk langsung untuk kacau barang u..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 27-11-2025 07:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-11-2025 10:06 AM
macam mana annoying pun, just ignore je..
buat macam dia tak wujud at all..
dia buat-buat tanya so ...
Itu lah. Rumah dah siap so tak duduk rumah my mom dah.
Kadang kan i fikir mcm i ni over react ke? Tapi apa dia buat tu annoying ye.
Bila fikir balik, dia budak lagi. Tapi fikir lagi budak perangai mcm tu mcm xpatut jugak.
Mcm2 ye i fikir. I sampai pernah tido then mimpi perangai annoying dia tu ye. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai 7 thn patut dilayan spt raja.. abis kakak you tu dah beranak pinak pun still fefeeling minta dirajakan ya.. rumah bapak kemaskan.. baju mak lipatkan.. kesian mak bapak you. kecik2 kena jaga you n your sibling.. dah tua pun masih kena jaga anaknya (your kakak). kalau i dgn kakak i tu pun i palau.. gerammm...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-1-2026 08:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
anilzasor3323 replied at 29-12-2025 11:24 AM
sampai 7 thn patut dilayan spt raja.. abis kakak you tu dah beranak pinak pun still fefeeling mint ...
Ye i kesian parents i. So i akan tolong kerja2 parents i. Kalau ikutkan kalau takat parents i punya makan pakai apa sgt la kan. Xterbeban pun kalau i buat.
Tapi sebab dah tolong parents i makna kata tolong dia sekali la. I tolong kemas2 rumah mmg mmg sgt bersepah. Kalau ikutkan xda anak beranak dia rumah xkan sesepah mcm tu. Sakit hati ye lepas kemas2 mop segala bagai kejap ja sepah balik. Makan bersepah minum bersepah.
I kesian kan parents i. Tapi mcm tah padan hadap la manja kan sgt kan. So sekarang i malas dah tolong2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
patut la mak dia yg toksik sebenarnya,teruk sgt perangainya tu,laki dia buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by copy_paste at 22-1-2026 03:52 PM
kalau dah mak dia perangai mcm tu mmg patut anaknya pun mcm tu,tuka tajuk la bukan anak sedara toxic tapi "kakak toxic"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|