CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4982|Reply: 4

Cermin kereta pecah gara-gara orang potong rumput? Pemuda kongsi cara tuntut ganti rugi, boleh selesai tak sampai 24 jam

[Copy link]
Post time 19-11-2025 09:50 AM | Show all posts |Read mode





PASTI ada dalam kalangan kita yang pernah mengalami insiden cermin kereta pecah gara-gara orang yang memotong rumput di tepi jalan.


Dalam kebanyakan kes, ramai pemilik kereta terpaksa menanggung kos baik pulih kerana tidak tahu cara yang betul untuk menuntut ganti rugi.


Di Threads, seorang individu dikenali sebagai Fikryzaa berkongsi langkah-langkah untuk menuntut ganti rugi daripada kontraktor terlibat.


"Kalau cermin kereta pecah kerana terkena batu semasa kontraktor tengah potong rumput, ini langkah patut buat supaya duit sendiri tak hangus.


"Baru je kena semalam. Dalam empat jam settle minta ganti rugi," tulisnya.


Langkah-langkah


1. Jangan panik. Berhenti di tempat selamat dan pastikan keadaan sekitar okey sebelum ambil tindakan seterusnya.


2. Turun kereta dan terus pergi beritahu pekerja yang sedang memotong rumput. Minta dengan baik nombor telefon majikan atau penyelia mereka untuk urusan seterusnya.


3. Hubungi penyelia mereka dan minta ganti rugi cermin daripada panel kedai mereka jika mereka kontraktor. Bagi yang jenis persendirian 'salam takziah' (tiada harapan). Pastikan anda minta mereka uruskan terus, kalau boleh jangan bayar sendiri.


4. Kalau cermin ada tinted, minta mereka ganti juga. Biasanya mereka akan cuba bagi tinted biasa atau yang paling murah. Minta sampai dapat tinted yang sama spesifikasi asal.


Komen netizen


Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama menuntut ganti rugi cermin kereta yang pecah.


"Ya saya pernah kena. Dalam 30 minit tunggu pengurus dia datang. Selepas 30 minit hantar tuntutan ganti rugi, terus pergi kedai yang mereka tetapkan dan terus tukar cermin baharu.


"ernah kena. Tukang potong rumput suruh hubungi bos dia. Bos dia minta model kereta, dia order cermin. Lepas tu dia datang rumah pasang sendiri. Bos dia memang pandai pasang cermin kereta.


"ernah kena juga. Dapat nombor kontraktor, dia suruh buat laporan polis dulu. Lepas tu minta kita pergi ke bengkel panel mereka," kongsi beberapa netizen.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
info berguna
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 12:53 PM | Show all posts
Aku kena kat umah. 2 kali pecah.
Kontraktor potong rumput under Alam Flora.

Ambik gambar keadaan kereta, ambik sekali keliling kereta tempat dia mesin rumput tu. Bukti.
Carik mandur dia, tunjuk atau bawak dia pi tengok keadaan kereta.
Amik no phone dan mintak gantirugi. Beri tempoh seminggu.

Masih takde tindakan (bayar duit).
Aku call mandur, cakap kalau tak masuk duit aku akan buat repot ke Alam Flora.
Esoknya duit masuk.

Kontraktor kerja-kerja pembersihan macam ni memang ada amik insuran untuk cover kos kerosakan harta.

Tetapi, jika mandur (atau worker bangla) kau carik tak jumpa sewaktu kejadian (mungkin dah berlalu setengah hari), 1st pegi buat repot polis dan seterusnya buat aduan melalui email ke pihak yang berkaitan.
(macam kes aku, aduan ke Alam Flora)
Jangan lupa gambar tempat kejadian kena ada watermark waktu dan tarikh supaya mudah pihak berkaitan kesan kontraktor mana yang buat kerja pada waktu tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 06:02 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-11-2025 12:53 PM
Aku kena kat umah. 2 kali pecah.
Kontraktor potong rumput under Alam Flora.


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia negara sempit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.343516 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list