CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

Suspek bunuh Charlie Kirk dibenarkan berpakaian biasa semasa perbicaraan

[Copy link]
Post time 29-10-2025 10:37 AM | Show all posts |Read mode


LOS ANGELES: Seorang hakim di Utah semalam memutuskan bahawa suspek berusia 22 tahun dalam kes pembunuhan aktivis konservatif Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk, dibenarkan memakai pakaian biasa semasa perbicaraan, dan bukan pakaian penjara, atas kebimbangan bahawa penampilannya boleh mempengaruhi juri.

Tyler Robinson telah didakwa menembak mati Kirk, sekutu rapat Presiden AS Donald Trump, semasa satu acara awam di kampus universiti Utah pada 10 September.
Jika disabitkan, dia berdepan hukuman mati.

Peguam Robinson berhujah bahawa penampilan dalam pakaian penjara sepanjang kes berprofil tinggi itu boleh mempengaruhi juri yang mungkin melihat gambarnya dalam media.

“Hak Mr. Robinson untuk dianggap tidak bersalah melebihi kesulitan kecil membenarkan pakaian biasa, dan dia harus berpakaian seperti seseorang yang dianggap tidak bersalah,” kata hakim yang mengendalikan kes, Tony Graf.

Namun, memandangkan keseriusan tuduhan terhadap Robinson, hakim menolak permintaan agar dia dibenarkan hadir ke mahkamah tanpa gari. Dia akan digari semasa prosiding, tetapi media tidak dibenarkan menyiarkan gambar atau video dia dalam keadaan bergari, kata Graf.

Kelmarin, Robinson menghadiri sesi pendengaran melalui sidang video dari sel penjaranya.

Robinson dituduh melepaskan satu das tembakan dari atas bumbung, mengenai leher Kirk yang berusia 31 tahun sehingga maut di hadapan ribuan orang, satu insiden yang telah memburukkan lagi perpecahan politik di negara yang sudah pun terpolarisasi.

Tuduhan paling serius terhadap Robinson ialah pembunuhan terancang, selain tuduhan menghalang keadilan dan mempengaruhi saksi, dipercayai kerana mengarahkan rakan serumahnya agar berdiam diri.

Kirk, seorang bapa kepada dua anak, menggunakan platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube untuk menyebarkan pandangan konservatif, termasuk kritikan keras terhadap gerakan hak transjantina.

Menurut dokumen mahkamah, Robinson menghantar mesej kepada rakan serumahnya — yang dilaporkan seorang transjantina — selepas insiden tembakan, menyatakan bahawa dia sudah “cukup dengan kebencian (Kirk)”.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049424 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list