CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1507|Reply: 24

Rindu sentuhan kulit, isteri sedih suami pilih tidur dengan anak perempuan... Sanggup letak dua katil ‘queen’ dalam bilik kelamin

[Copy link]
Post time 23-10-2025 03:34 PM | Show all posts |Read mode





GOLONGAN wanita pasti akan rasa terpinggir apabila pasangan yang disayangi lebih mengutamakan orang lain di kala diri sendiri memerlukan belaian dan perhatian.


Melalui situasi tersebut, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan netizen selepas perbincangan bersama suaminya tidak mendatangkan hasil.


Bagaimanapun, dia mendedahkan individu yang dikatakan 'merampas' suaminya adalah anak perempuan mereka yang baru berusia enam tahun.


"Macam mana nak pisahkan tempat tidur anak umur enam tahun dengan ayahnya?


"uas dah cakap dengan suami, tapi sama je. Satu bilik, tidur tiga beranak dengan dua katil (saiz) queen," luahnya di Thread.


Menurut wanita ini, situasi tersebut berlarutan sejak sekian lama sehingga dia merindui kemesraan suaminya semasa tidur.







"Dah lama sangat saya tidur asing macam ni, sedih tak dapat sentuhan kulit daripada suami.


"Kadang-kadang, apabila rasa penat, kita nak genggam tangan (suami) tapi suami lebih pilih tidur dengan anak berbanding saya.


"Anak saya mengamuk kalau tidur bertiga (sekatil) dan dia mesti (tidur) tengah-tengah," tambahnya berkongsi hal yang berlaku dalam keluarganya.


Dia yang buntu dengan situasi dialami pernah terfikir untuk memindahkan sebuah katil keluar dari bilik demi memberi ruang kepada suami dan anak.


Tambahan pula, kaedah silent treatment yang dilakukan tidak membuahkan hasil.


Bahkan, suaminya turut mendiamkan diri sehingga menjangkau tempoh berbulan-bulan lamanya.


"Dah penat sangat berbincang hal ini, jadi boleh tak saya nak tunjuk perangai... saya diam tapi saya buat.


"Saya banyak silent treatment, suami yang didik saya jadi macam ni sebab dia jenis pendiam.


"Kalau bergaduh, makan masa berbulan nak bercakap sampailah baik sendiri... itupun pasal anak je," luahnya sayu.


Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib dialami.


Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan sekiranya dia membiarkan sahaja anak perempuannya tidur bersama suami sehingga dewasa.


"elik kalau suami pilih tidur dengan anak berbanding isteri, anak perempuan pula tu. Awak sepatutnya marah sebab usia anak pun enam tahun.


"Saya biasakan anak tidur di bilik lain dan apabila semua dah tidur, barulah saya masuk ke bilik sendiri.


"Cuba hiaskan bilik anak macam yang dia nak kemudian temankan dia tidur dan awak keluar pelan-pelan," demikian reaksi netizen.


Sumber : – mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless pon ada.
Nak sembur lahar pon ada. Kita tunggu acik porem lain komen dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 05:12 PM | Show all posts
Tak cukup info untuk buat penilaian ilmiah. Ada gambar atau gambarajah ka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 23-10-2025 06:57 PM

Bak kata opah hostelmet haku jaman belajor obersi dulu:

"If he's not getting it from you, he's getting it from somewhere else."
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Musuh wanita adalah wanita
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi pi rogol laki dan beranak no 2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulit ko berdaki dan menggerutu kot kak
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohhhhhhhhhhhhh

Kau makan apa sampai bodoh macam ni?!
Makan taik ke?!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2025 08:30 AM | Show all posts
adui anak dah besar kena duk bilik lain la
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 10:00 AM | Show all posts
laki kalau ada anak perempuan memang excited dia lain sikit....sayang lebih..

discuss laa elok2, anak dh tido ajak la laki g gomol kt bilik lain...tu pun nak kena ajar ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 10:26 AM | Show all posts
anak umo 1 tahun patut tambahkan lg sorg buat peneman,
kalau dia sorg2 mana maunye tido sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 24-10-2025 10:26 AM
anak umo 1 tahun patut tambahkan lg sorg buat peneman,
kalau dia sorg2 mana maunye tido sendirian.

Sbg anak yg beza setaun je dgn adik..xmau la..hahahha..serius la..aku nyampah masa kecik dulu ..dh la konsep famili aku yg tua semua salah..adik jah betul..cam siot je..haha..pastu umur baru setaun nk kena paham mcm2 konsep..adik buat salah semua salah aku..haa bengang yach
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sejenis bini pasif, suma benda tok laki kena mulakan dulu, hubungan badan mcm sentuh papan plywood gamaknya xde perasaan sbb tu laki xde mood. Ape ke hei anak 6 tahun tdo 1 katil klau 6 bln lain la
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 10:44 AM | Show all posts
mudah je nk pisahkan
suruh somi kawin lain

nanti dpt madu baru , dia leh jaga anak ko plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 11:17 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 24-10-2025 10:33 AM
Sbg anak yg beza setaun je dgn adik..xmau la..hahahha..serius la..aku nyampah masa kecik dulu ..dh ...

konsep yg tua salah tu nk bg yg tua tu bertgwb hahahaha, sbb yg tua ada veto dari adik2 hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 11:57 AM | Show all posts
Rindu sentuhan kulit tapi masalahnya laki ko tu ada lagi ka kulit tu, bukan dah buang ka?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2025 01:46 PM | Show all posts
Cerai jelah. Hidup ini jangan stress dan pendam rasa sampai sakit cepat mati. Cakap terus terang pada suami. Cakap kat anak ko dah besar, kalau tak duduk bilik sendiri mak luku kepala ko. Allah dah kurniakan mulut untuk bercakap tapi ada manusia ni jenis tak guna akal fikiran untuk menggunakannya. Lepas tu menyalak di media sosial. Ini kan negara demokrasi berparlimen. Ko senyap ko menderita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 24-10-2025 04:23 PM

Kang tak jaga anak kau pulak yang Merempan.

Lelaki dapat anak pertama memang la macam tu tak kesah lah anak girl kat anak boy ka

Memang dia akan utamakan anak dia dari engkau

Patut kau kena psiko dapatkan lagi 1 anak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 24-10-2025 04:29 PM
nisako replied at 24-10-2025 08:30 AM
adui anak dah besar kena duk bilik lain la


Masa aku kecik dulu, pi gatai tido dengan kakak abang aku (lain mak)

Terus kena halau dari masuk bilik parents, kena tutup, pintu, menangis macam hilang parents .

Tapi sejak tu dah hilang bonding rapat dgn bapak aku weyh. Aku rasa mak aku paling happy sebab masa kecil bapak aku tu suka ikut permintaan aku.

So since that time mak aku jadi berkuasa lepas asing bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat nak tanya kat medsos...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061805 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list