|
View: 7191|Reply: 69
|
[Tempatan]
Tragedi ragbi SBP: Pelajar maut akibat koyakan otot pinggul
[Copy link]
|
|
|
Edited by Friska at 5-10-2025 03:10 PM

Fadhlina selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Muhammad Fauzan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, hari ini. - Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Tragedi ragbi SBP: Pelajar maut akibat koyakan otot pinggul
SAIFULLAH AHMADSAIFULLAH AHMAD
04 Oktober 2025 01:31pm
IPOH – Pendarahan dalaman akibat koyakan otot pinggul kanan dikenal pasti sebagai punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor) ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 11.18 pagi selepas menerima rawatan kecemasan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, keputusan itu adalah hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB terhadap mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum perlawanan dan laporan polis dibuat oleh jurulatih pasukan sekolah berkenaan.
“Pelajar berkenaan tiba-tiba rebah di hadapan khemah pasukan dan pemeriksaan awal oleh petugas perubatan mendapati mangsa disyaki mengalami sawan kerana badannya menggigil dan menjadi keras.
“Pasukan perubatan kemudiannya melakukan bantuan pernafasan kerana nadinya lemah sebelum dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Abang Zainal Abidin berkata, susulan itu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi ketika mangsa bersama pasukannya hendak memasuki padang bagi separuh masa kedua menentang Sekolah Menengah Sains Rembau.
Kejohanan berkenaan melibatkan penyertaan pasukan dari sekolah berasrama penuh seluruh negara dan berlangsung di padang STAR, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 selepas kejadian seorang murid yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Pendarahan dalaman akibat koyakan otot pinggul kanan punca kematian pelajar SMS Johor
- Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas menerima rawatan kecemasan
- Keputusan bedah siasat menunjukkan tiada tanda sakit sebelum perlawanan
- Pelajar rebah di hadapan khemah pasukan, disyaki sawan sebelum dibawa ke hospital
- Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan dibatalkan untuk tahun 2025 berikutan kejadian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau ksn friska.. kata bodoh kang marah.. tp ternyata bodoh! Org tu meninggal waktu kejohanan ragbi pun kau nak salahkan org lain.. ko pegilah blk negara kau. Aku doakan yg bodoh2 mcm ni tak dpt warganegara msia ssmpai bila2.. anak2 ko pun sure sek kjaan kat sini kan? Sbb tak mampu anto swasta pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian fazlina ni.. Lps satu .. Satu.. Satu kes tam settle tambah satu lg kes.. Kalo aku baik duk rumah jaga anak lg best.. Laki pun dah kayoo rumahh dah besoo anak anak pndai.. Duk rumah aje laa bersantai dgn datin datin pi minum zuz kopii lps joging.. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyampahnya dgn tt ni
Ngata Malaysia mcm2
Tp hadap juga terung kecut Malaysia  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah saya di mana Kakak? Hampir setiap minggu ada kejadian miris dan tragedi di sekolah atau di perguruan tinggi Malaysia.
Wajar kalau umum mempertanyakan "ada apa sesama pendidikan di Malaysia?"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga..
Iols tak paham tajuk TT.. tewas? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh la TT ni...zmn iols dulu ada je budak meninggal kat sekolah iols tp bkn sbb kena buli etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersaing bukan bermaksud serumpun. Seluruh dunia juga punya masalah ini. Tinggal siapa lebih banyak. Yang berlaku di negara lain tak pula disoal, hanya malaysia ya yang disoal olah bukan warganegaranya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Loh, emangnya saya dilarang bikin trit di forum ini? Dari sumber Malaysia yang sah? Saya tinggal di Malaysia, suami saya warga Malaysia dan anak saya warga Malaysia, punya MyKid. Wajar kalau saya ikut-ikutan diskusi isu semasa di Malaysia, karena saya juga stake holder lho.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rina.vania at 5-10-2025 12:03 PM
Seluruh topik yg ko buat mane ade yg baik. Semua yg buruk je ko cover. Dah jadi warganegara konon tapi pemikiran masih indon. Nak cari salah je keje nye. Kononnye malaysia seburuk indon. Gigih nak serumpun. Pastu bukak topik pun pakai bahase indon. Kenapela momod bagi lepas. Forum malaysia kot, bukan indon.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Friska at 5-10-2025 12:00 PM

KPM jamin perkukuh aspek keselamatan pelajar dalam aktiviti sekolah
05 Oktober 2025 11:28am
BUKIT MERTAJAM – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan memperkukuhkan aspek keselamatan pelajar dalam setiap penganjuran aktiviti sukan selepas insiden seorang pelajar meninggal dunia ketika perlawanan ragbi, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM sebelum ini telah mengingatkan ibu bapa supaya memaklumkan keadaan kesihatan anak masing-masing bagi memastikan penyertaan mereka dalam aktiviti sukan berada dalam keadaan selamat.
“Sebenarnya dalam aspek kesihatan, anak-anak ini lebih awal kita telah ingatkan dan laporan itu kita minta daripada ibu bapa untuk dimaklumkan kepada kita,” katanya ketika ditemui pada Kempen Jelajah Anti Buli 2025 di Penanti di sini, Ahad.
Fadhlina berkata, tumpuan selepas ini akan diberikan kepada keselamatan menyeluruh meliputi jenis sukan, persiapan pasukan perubatan serta langkah keselamatan sepanjang pertandingan dijalankan.
“Tumpuan kita adalah soal keselamatan keseluruhan, bergantung kepada jenis sukan itu, selain memastikan pasukan perubatan sentiasa bersiap siaga dalam setiap perlawanan.
“Kita juga memperingatkan anak-anak dan jurulatih tentang kepentingan keselamatan yang perlu sentiasa diberi perhatian,” ujarnya.
Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan serta memaklumkan bahawa pertandingan yang sedang berlangsung telah ditunda bagi memberi ruang kepada keluarga terlibat.
“Seperti yang telah diumumkan, kita batalkan dan tunda pertandingan ini bagi memberi penghormatan serta sokongan kepada keluarga.
“Insya-ALLAH, pertandingan akan disambung semula pada Januari akan datang,” katanya.
Sebelum ini, polis mengesahkan pendarahan dalaman akibat koyakan otot pinggul kanan dikenal pasti sebagai punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 11.18 pagi selepas menerima rawatan kecemasan.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes kematian seorang murid lelaki Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Senawang pada Rabu lalu.
“Kita (KPM) masih lagi menunggu siasatan polis. Jadi, setakat ini itu dahulu kerana siasatan masih lagi dijalankan.
“Kita telah memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dalam siasatan tersebut,” ujarnya.
Dalam kejadian pada Rabu, media melaporkan mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tandas lelaki sebuah sekolah kebangsaan sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta oleh guru disiplin.
Polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 1.19 tengah hari ketika mangsa sedang menerima rawatan di klinik berkenaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kes kematian murid tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan sementara menunggu hasil penuh bedah siasat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 5-10-2025 10:44 AM
Takziah kpd keluarga..
Iols tak paham tajuk TT.. tewas?
Mod Tinot7, takleh buat apa2 ke kat tt ni
Suka suki buka thread bahasa dia lg provocative
Patut kena banned tt ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mimi_mimpi at 5-10-2025 12:48 PM
Mohon banned.
Bukak topik bahasa diorang + bukak topik yang negatif sahaja, tujuan provokatif. Dah la bukan orang malaysia pun. Miris la, tewas la, apebende.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rina.vania at 5-10-2025 12:55 PM
Sokong! Momod bleh check kot sumer topik yg die bukak. Yang bagus pasal malaysia takde pun. Dasar.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|