CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 1

‘Overdose’, hanya berseluar dalam, rapper popular Lil Nas X ditahan polis

[Copy link]
Post time 22-8-2025 03:09 PM | Show all posts |Read mode





DISYAKI di bawah pengaruh dadah, penyanyi rap Amerika Syarikat, Lil Nas X ditahan selepas didakwa menyerang polis ketika merayau dengan hanya berseluar dalam putih di Studio City, Los Angeles.


Berdasarkan laporan media, saksi melihat Lil Nas X atau nama sebenarnya Montero Lamar Hill itu, 26, seperti kebingungan ketika berkeliaran di sekitar Ventura Blvd tengah malam tadi.


Seorang jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengesahkan menerima panggilan orang awam namun enggan mendedahkan identiti suspek yang ditahan beberapa jam selepas itu.





“Pagi tadi, sekitar pukul 5 pagi, pegawai memberi maklum balas kepada satu panggilan di blok 11000 Ventura Blvd mengenai seorang lelaki separuh bogel merayau di jalan raya.


“Setibanya di sana, suspek meluru ke arah pegawai dan ditahan. Dia dibawa ke hospital kerana kemungkinan terlebih dos dan ditahan di bawah kesalahan serangan ke atas pegawai polis,” katanya.


Menurut saksi, Lil Nas X yang turut mengenakan but koboi dilihat menyanyi sambil mengingatkan orang ramai mengenai sebuah parti.


“Hey, jangan lambat ke pesta malam ini,” katanya sambil berjalan di lokasi yang sentiasa padat itu.


Difahamkan, penyanyi lagu Industry Baby itu kini ditahan di lokap selepas beberapa jam diberikan rawatan akibat terlebih dos dadah.


Begitupun, wakil kepada penyanyi terbabit belum memberikan sebarang maklum balas berhubung insiden yang tular itu.


Terdahulu, selebriti kelahiran Atlanta itu mula dikenali selepas pelancaran single rap country Old Town Road yang diterbitkan 2018.


Empat bulan lalu penerima dua Anugerah Grammy itu pernah dimasukkan hospital akibat Bell’s Palsy iaitu kelumpuhan pada otot wajahnya.   






Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2025 09:25 AM | Show all posts
hollywood dgn dad*h berpisah tedaaa..
lagi pun sheol ni prangai pun tak semenggah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062226 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list