CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1078|Reply: 5

Kanser tahap 1, pemeriksaan kesihatan berkala selamatkan Zara Zya

[Copy link]
Post time 18-8-2025 01:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-8-2025 05:08 AM

Tiada siapa sangka, pemeriksaan MRI untuk sakit pinggang boleh menjadi detik yang menyelamatkan nyawa.

Itulah yang dilalui oleh pelakon popular, Zara Zya apabila tanpa diduga, beliau disahkan menghidap kanser tahap satu.

Sakit Badan Berpanjangan
Zara mendedahkan semuanya bermula tahun lalu apabila beliau mengalami sakit badan berpanjangan akibat masalah arthritis.

Saya selalu sakit badan, susah berdiri lama, tak boleh baring lama-lama.
Jadi saya buat MRI untuk lihat apa masalah sebenarnya.

Menurut HMetro, apa yang ditemui doktor mengejutkan – bukan saja arthritis, tetapi juga fibroid dan sista (cyst) di bahagian ovari.

Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa sista itu adalah kanser tahap satu.

Tanpa MRI tu, saya mungkin tak tahu pun.
Saya sangat terkejut.
Tapi Alhamdulillah, ia masih di peringkat awal.

Tanpa berlengah, Zara segera menjalani tiga pembedahan utama dalam tempoh sebulan – membuang cyst di ovari, serta prosedur lain di bahagian buah pinggang dan leher.

Kini, selepas setahun bebas kanser, Zara lebih menjaga diri daripada pemakanan, gaya hidup sehinggalah ke rutin fisioterapi.

Memang sedih bila tahu saya ada kanser, tapi saya pilih untuk kuat dan kekal positif.

Zara juga berkongsi bahawa beliau mengambil masa hampir lapan bulan berehat sebelum kembali ke set penggambaran.

Saya mulakan semula dengan drama Dia Imamku, sebab babaknya tidak terlalu banyak.
Sekarang saya sudah kembali aktif, dan sedang membintangi Bukan Pilihan Hati untuk slot Akasia.

Tambahnya lagi, sokongan orang sekeliling sangat membantu dalam fasa pemulihan ini.

Syukur juga saya ada pemandu. Kalau tidak, memang saya menangis setiap hari nak ke lokasi kerana badan masih belum kuat sepenuhnya.

Kisah Zara Zya bukan hanya menyentuh hati, tetapi juga menjadi peringatan penting tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.


Doktor Pasang Zikir Lepas Nampak X-Ray Zara Zya, Disangka Pakai Susuk!
Kadang-kadang, sesuatu yang nampak biasa – seperti sakit pinggang – boleh jadi petanda kepada sesuatu yang jauh lebih besar dan bagi Zara, ia bukan penamat, tapi permulaan baharu.

Murai.MY



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2025 08:05 AM | Show all posts
sheols rajin meniaga. selalu tengok dia buat live gunting2 popia tuh... jenis tak malu pun nak buat apa janji duit masyukkk...

btw semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Iols.hari tu buat ultrasound ada cyst kecik di.oangkal rahim..
Iols belum berkesempatan nak buat pap smear ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia ni . Semoga kembali pulih ZZ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 09:56 AM | Show all posts
bila nk she nk kawin teringin tgk dia bahagia bsama lelaki yg tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 10:04 AM | Show all posts
stay strong zara..saya pun bekas pesakit cancer payudara stage 1...anggap je macam sakit biasa...jgn skip treatment yang di saran kan oleh dr..insyaAllah lepas tu sehat macam biasa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051285 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list