CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2009|Reply: 13

[Dunia] 5 universiti, Majlis AIDS bantu siswa dijangkiti HIV

[Copy link]
Post time 17-8-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Lima universiti awam (UA) menjalin kerjasama dengan Majlis AIDS Malaysia (MAM) untuk mengenal pasti dan membantumahasiswayang dijangkiti HIV/AIDS.
Lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Naib Presiden MAM, Dr Nurafiqah Mohd Salleh, berkata kerjasama dijalin menerusi Kelab Kesihatan Anak Muda IPTA (KAMI) itu adalah usaha terkini dilaksanakan pihaknya di negara ini, khususnya di IPT untuk mengenal pasti dan membantu mahasiswadijangkitiHIV/AIDS.
Dr Nurafiqah Mohd Salleh.

KAMI digerakkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MAM dan Kementerian Kesihatan(KKM). Ia memberi perkhidmatan seperti ujian HIV, kaunseling dan sokongan kepada pelajar berisiko atau positif HIV dengan cara lebih mesra belia dan lebih interaktif
"Kita sudah mulakan inisiatif KAMI secara perlahan-lahan sejak awal tahun ini berserta modul dibangunkan bersama mahasiswa. Ia digembleng dan datang daripada belia sendiri, dibangunkan secara bersama dengan mahasiswa.
"KAMI bukan sekadar mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi juga memberi perkhidmatan seperti melakukan ujian HIV, kaunseling dan sokongan lain. Ia bukan sekadar siri ceramah," katanya kepada BH.

Beliau menjelaskan, pelajar dalam kalangan rakan sebaya di universiti turut dilatih menerusi inisiatif berkenaan untuk membimbing dan memberi nasihat diperlukan kepada individu sasaran.
"Mereka tahu dan boleh memberi nasihat di mana untuk melakukan ujian HIV dan sebagainya. Mereka boleh bercakap terus dengan rakan mereka. Kita tidak guna cara tradisional semata-mata kerana inisiatif ini bukan sekadar ceramah, tetapi melangkaui itu," tambahnya.

KAMI digerakkan dengan kerjasama KPT, NGO, MAM dan KKM yang memberi perkhidmatan seperti ujian HIV, kaunseling dan sokongan kepada pelajar berisiko atau positif HIV lebih mesra belia serta interaktif.

Bulan lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni mendedahkan seramai 1,091 pelajar IPT di negara ini direkodkan menghidap HIV bagi tempoh 2020 hingga 2024, dengan 222 kes baharu direkodkan tahun lalu.
Lebih membimbangkan, majoriti kes membabitkan remaja usia 18 dan 19 tahun, sekali gus menunjukkan pendedahan awal terhadap aktiviti berisiko seperti seks tanpa perlindungan, perkongsian jarum dan penyalahgunaan bahan terlarang.
Tingkat langkah pencegahan
Sementara itu, Dr Nurafiqah berkata, kefahaman anak muda mengenai penularan HIV/AIDS atau kaedah pencegahan seperti 'pre-exposure prophylaxis' (PrEP) perlu ditingkatkan, namun sebagai negara Islam, pendidikan agama tetap menjadi satu langkah pencegahan.
"Jika ada anak muda terbabit dalam aktiviti seksual, mereka perlu diberikan pendidikan seksual yang menekankan langkah pencegahan seperti PrEP," katanya sambil menekankan masalah itu bukan khusus di khusus di universiti semata-mata.
Sebaliknya, Dr Nurafiqah berkata, isu itu ditonjolkan seolah-olah universiti adalah pusat penularan kerana terdapat kes dikesan melalui saringan pelajar.
"Sebenarnya, belia yang tidak melanjutkan pelajaran juga terdedah, malah tiada kaedah saringan standard untuk mereka. Universiti menjadi tumpuan kerana institusinya tersusun dan mempunyai kemudahan saringan.
"IPT tidak semestinya menjadi sarang atau lubuk penyebaran HIV/AIDS. Jangkitan HIV boleh berlaku di mana-mana, bukan hanya dalam kalangan pelajar universiti. Namun, pendekatan universiti kini lebih pragmatik dalam pencegahan," katanya.
Mengenai keperluan mewajibkan ujian HIV di IPT, beliau berkata, MAM mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa proses itu perlu dilakukan secara sukarela dan tidak sepatutnya dijadikan mandatori kepada pelajar.
UPM antara 5 UA menjalin kerjasama dengan MAM dalam usaha mengenal pasti dan membantu pelajar dijangkiti HIV/AIDS. - Foto hiasan

"Salah satu sebabnya ialah kita mahu individu terbabit dapatkan rawatan dengan rela hati, bukan paksaan kerana jika dipaksa, mereka mungkin mengelak menjalani ujian. Walaupun secara sukarela, IPT perlu sediakan platform memudahkan pelajar melakukan saringan, contohnya di Klinik Kesihatan Pelajar yang ada di setiap universiti.
"Program ujian HIV perlu dibuat supaya pelajar boleh hadir secara sukarela tanpa rasa segan atau takut. Apa perlu ditekankan ialah aspek kerahsiaan keputusan ujian. Data pengurusan keputusan positif perlu diurus dengan betul. Kita perlu ada jaminan jika pelajar didapati positif, tidak dibuang universiti," katanya.
Belia mendedahkan terdapat kes pelajar mengalami tekanan emosi kerana diberhentikan akibat status HIV mereka, sekali gus menunjukkan ada jurang dasar di universiti yang perlu dikemas kini supaya pelajar positif HIV tidak disisihkan.
"Ada pelajar yang diberhentikan enggan meneruskan pengajian di universiti itu, ramai tarik balik aduan mereka dibuang kerana tidak mahu meneruskan proses berkenaan. Selain itu, apabila ingin bawa kes ke peringkat lebih tinggi, seluruh sistem akan tahu status pelajar, jadi membuatkan mereka trauma dan akhirnya tarik balik laporan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2025 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk podcast yousof.. Sedangkan dia belajar di maahad tahfiz. Lelaki dgn lelaki pun tak selamat. Moralnya anak lelaki ni baik jgn hantar asrama. Bila dah masuk university tak pe la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2025 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui ka diberhentikan sbb status hiv?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2025 05:05 PM | Show all posts
Kepercayaan bahawa penyakit ini balasan tuhan itu antara yang perlu diperbetulkan dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2025 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 17-8-2025 05:32 PM

Mohon pakai tudung ironless yg instant punya pakai siap masa itu emas
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 17-8-2025 05:31 PM
Mohon pakai tudung ironless yg instant punya pakai siap masa itu emas

Iolss pun sakit mata tengok tudung tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor dah panggil media taknak dia bersiap elok sikit eh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sex education masih taboo ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2025 08:35 AM | Show all posts
tudung khonyok lg penting dr isu thread

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling doktor tudung pun tak bergosok
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 04:35 PM | Show all posts
Sekarang ini manusia semakin hampir menang dalam memerangi virus ini. Halangan terakhir ialah stigma akibat paranoia hasil dari misinformation.

Dengan drug yang boleh menurunkan viral loading penghidap ke paras yang tidak dapat dikesan dan tidak menjangkiti, rangkaian akan dengan sendirinya terhenti.

Yang perlu ialah mangsa come forward and get treated. Mereka bukan ancaman kesihatan kepada sesiapa dan boleh terus function dalam masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rmi org pk aids ni sng berjangkit mcm covid. Termasuk la aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2025 12:00 PM | Show all posts
ninja boy replied at 17-8-2025 05:31 PM
Mohon pakai tudung ironless yg instant punya pakai siap masa itu emas

puas dok pikir apa kna mngena dgn isu ni.. terpksa tgok balik gmbr kt atas .. aduiiii tersengih2 dbuatnya, doc bz tu isu yg dbincngkan lg penting drp iron tudung. ksian ank muda skg bnyk dah rosak moral, jauhi la ank2 kita drp pnykit ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat program pesta sex ala bungalow kelantan ler tu, condom free ky free siap bilik lg chuolls, panggil semue yg kendu2 bkumpul kat satu event, cliche sgt!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.088825 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list