CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 224856|Reply: 3373

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 1-8-2025 10:39 PM | Show all posts |Read mode





PEGUAM yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan satu laporan polis tambahan sudah dibuat bagi memohon supaya kubur arwah pelajar tersebut digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya.


Laporan polis berkenaan dibuat pada 30 Julai oleh ibu Allahyarham, Noraidah Lamat.


Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri menerusi satu kenyataan media berkata, selaras kehendak anak guam, mereka menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara di Kota Kinabalu pada Khamis (31 Julai).


"Ia bagi memohon mereka melaksanakan kuasa di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan majistret mengadakan satu inkues bagi menentukan punca kematian si mati dengan kadar segera.


"Kami berharap Jabatan Peguam Negara akan bersetuju dengan permohonan kami bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dalam tempoh terdekat," ujar kenyataan tersebut.


Peguam turut memaklumkan laporan polis tambahan itu difailkan di Balai Polis Sipitang bagi memohon pihak polis menyiasat kes kematian Zara Qairina secara teliti.


"Beliau (Noraidah) mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara Qairina yang mana anaknya itu memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu atau membulinya.


"Antaranya ialah Kak M yang pernah mengugut Zara Qairina dengan berkata... kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni.


"Dalam laporan polis itu juga, anak guam kami menyatakan keraguannya tentang punca kematian Zara Qairina yang kononnya jatuh dari tingkat tiga bangunan.


"Wajah Zara Qairina tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi. Ini ditambah tindakan pihak sekolah yang meminta anak guam kami agar tidak membuat laporan polis," katanya.


Dalam kenyataan itu juga, peguam tersebut menafikan tuduhan yang mengaitkan anak guam mereka dengan kematian mangsa.


"Kami dengan ini juga menafikan semua tuduhan bahawa kematian Zara Qairina disebabkan ibunya. Tuduhan ini tidak benar dan adalah satu fitnah jahat kepada anak guam kami. Tidak ada 'plot twist' dalam kes ini," katanya lagi.


Pihak peguam juga berkata, anak guamnya percaya bahawa arwah tidak membunuh diri, sebaliknya wujud unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian.


"Atas dasar ini, anak guam kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya.


Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, meninggal dunia pada 17 Julai, sehari selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.


Kisah kematian pelajar tersebut tular di media sosial sehingga mencetuskan gerakan #JusticeForZara selepas timbul dakwaan mangsa maut akibat dibuli.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun pada Khamis memaklumkan, seramai 60 individu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar tersebut.




Sumber – mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
The plot thickens   
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak ni. Kalau betul ada pelajar yg terlibat, tlg la viralkan muka theyols. Geramnyaaaa! Teringin nak tgk muka sekor yg perangai mcm setan ni #justiceforzara
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 01:28 AM | Show all posts
iols harap, kita ada sistem yang boleh cegah dan hapuskan budaya buli ni..

cikgu tak cukup tangan nak handle semuanya, diorang pun manusia

sementara itu, ada pula sekolah yang pilih tutup kes buli. menjejaskan reputasi sekolah katanya.

kes buli ni tak berakhir bila habis sekolah. ada yang melarat bertahun lamanya, ada yang berakhir dengan tragedi bila mangsa balas dendam.

dulu pernah buat kerjasama dengan pihak polis. boleh buat aduan direct kepada polis, tak perlu lalu cikgu. tapi tak berkesan. budak still takut nak report.
pernah juga buat anonymous confession, melalui kotak cadangan, dan juga online, tapi ada moderator lah. pun tak jalan

stick and carrot.. rewards and punishment..
hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk mana pun mak dia..mak dia takde kat sekolah tu kul 2-3 pagi..takdenye mak dia yg menyebabkan kematian..budak2 remaja biasa la ada yg mengalami fasa tak ngam dgn mak..nnt bila dh kawin dpt anak sendiri baru mula rapat balik..plot twist le sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
BUKTI DIARI : BETULKAH INI TULISAN ZARA QAIRINA?

2, 3 hari ni saya betul-betul tidak boleh brain apa yang pihak-pihak tertentu buat ni ???????????? mana pertimbangan iman kita? Mengaku islam tapi??? ????????????

Dalam sehari dua ini, tular beberapa keping gambar yang dikatakan kononnya helaian dari 'diari arwah Zara Qairina'. Ia dimuat naik oleh satu akaun TikTok misteri bernama @plottwistzara.

Update terkini: akaun ini sudah delete beberapa posting yang bercakap tentang diari Zara..

Apapun.. Saya ingin nyatakan di sini dengan jelas:

???? Saya sendiri tidak pernah lihat diari itu secara langsung.

???? Ibu arwah juga TIDAK PERNAH diberikan akses kepada 'diari' itu walaupun sudah memohon kepada pegawai penyiasat.

Maka hari ini, saya tidak membawa tuan puan percaya membuta-tuli. Saya hanya bawa tuan puan berfikir dan menilai (menggunakan akal, ilmu dan adab) berdasarkan dua bukti:

1. Gambar 'diari' yang dimuat naik ke TikTok (bukan dimiliki keluarga)

2. Tulisan asal Zara Qairina yang disimpan oleh ibu arwah sendiri, yang sempat diabadikan di kad ucapan Hari Ibu, stiker bilik dan hasil kerja tangan beliau sendiri.

Yang menyentuh hati saya.. sebelum gambar 'diari' ini tular, ibu Zara sendiri ada memuat naik gambar tulisan asal anaknya di Facebook Story, sebagai luahan rindu seorang ibu.

"Zara sayang mama"
"Rindu hati kepada ibunda"
"Kasih hangat selalu"

Dan kini.. dengan tulisan tangan asal itu.. kita sendiri boleh menilainya..

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِينَ
"Dan mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik Perancang." (Surah Ali Imran, ayat 54)

Tanpa sesiapa pun tahu, Allah izinkan bukti-bukti ini tersimpan lebih awal. Supaya hari ini, Zara masih punya saksi.. walau lisannya sudah tidak boleh bersuara.. Jasadnya kaku di pusara ????????????

Tuan puan, saya sertakan gambar 'diari' yang diupload oleh tiktok @plottwistzara dan nota sticker beserta tulisan tangan Zara pada ruangan gambar. Maaf saya tidak sempat mahu edit. Siapa rajin, boleh lah tolong edit ya ????

Gambar pada kertas putih : kononnya 'diari' Zara

Gambar warna biru, pink, hiasan pintu dan kad : tulisan asal Zara (dalam simpanan ibu)

(rujuk gambar ya)

Tulisan yang dikatakan sebagai 'diari' itu nampak terlalu matang, konsisten dan rapi.. hampir seperti tulisan remaja Tingkatan 4 atau 5, atau orang dewasa. Sedangkan tulisan asal Zara masih sangat naif dan tidak konsisten, ciri biasa seorang murid Tingkatan 1.

Contoh-contoh perbezaan yang jelas.. Jom kita sama-sama perhatikan..

===
✍️ 1. Huruf ‘a’

Tulisan diari: Bulat sempurna, seperti cetakan moden.

Tulisan Zara: Bentuk bujur lonjong atau sedikit terbuka. Kurang simetri.

✅ Ini menunjukkan perbezaan dari aspek motor halus dan gaya kendiri yang sangat ketara.

===
✍️ 2. Huruf ‘k’

Tulisan diari: Kecil, runcing dan konsisten.

Tulisan Zara: Besar sebelah, kaki cabang kadang terbuka luas.

✅ Gaya ini tidak konsisten dengan seorang penulis yang sama.

===
✍️ 3. Huruf ‘g’

Tulisan diari: Ekor pendek atau hampir tiada.

Tulisan Zara: Ekor panjang menjunam ke bawah, kadang melengkung besar.

✅ Tulisan Zara menunjukkan elemen spontaniti dan gaya kebudak-budakan.

===
✍️ 4. Huruf ‘r’

Tulisan diari: Runcing dan ringkas.

Tulisan Zara: Bulat, kadang seperti huruf besar ‘R’.

✅ Gaya ini memberi isyarat bahawa kedua-dua tulisan berasal dari personaliti yang berbeza.

===
✍️ 5. Huruf ‘s’

Tulisan diari: Kemas dan seimbang seperti bentuk buku teks.

Tulisan Zara: Tidak simetri, kadang besar sebelah, menyerupai angka 8.

✅ Variasi ini konsisten dengan tulisan pelajar sekolah rendah atau menengah rendah.

===
✍️ 6. Huruf ‘m’ dan ‘n’

Tulisan diari: Stabil, ukuran sekata, seperti ditulis oleh remaja matang atau dewasa.

Tulisan Zara: Tidak konsisten, kadang besar kecil, naik turun tidak rata.

✅ Menunjukkan perbezaan tahap kawalan motor halus dan kematangan tulisan.

===
✍️ 7. Huruf ‘d’ dan ‘h’

Tulisan diari: Bulatan penuh, tiang tinggi dan sekata.

Tulisan Zara: Bulatan kecil, kadang terbuka, tiang tidak tetap.

✅ Elemen ketidakseimbangan menunjukkan perbezaan penulis.

===
✍️ 8. Huruf ‘y’

Tulisan diari: Ekor pendek dan menaik.

Tulisan Zara: Ekor panjang dan jatuh ke bawah.

✅ Ini antara ciri yang sangat jelas perbezaan.

===
???? Ciri Teknikal Tambahan:

Jarak antara huruf:
- Diari: Sekata dan rapi.
- Zara: Tidak tetap, kadang rapat, kadang renggang.

Arah condong tulisan:
- Diari: Konsisten tegak.
- Zara: Kadang senget ke kanan atau ke kiri.

Tekanan tulisan:
- Diari: Stabil dan seragam.
- Zara: Kadang tebal, kadang nipis, menunjukkan perubahan emosi semasa menulis.

Hasil pemerhatian tulisan daripada dua sumber ini.. Dapat saya simpulkan..

✅ Tulisan tangan dalam gambar 'diari' adalah stabil, matang dan konsisten. Sesuai dengan penulis yang berlatih atau lebih dewasa.

✅ Tulisan tangan asal Zara adalah naif, tidak simetri dan tidak stabil. Konsisten dengan tahap umur, perkembangan motor halus dan emosi seorang pelajar Tingkatan 1.

[apapun, Pakar Analisis Dokumen dan Tulisan Tangan (Forensic Document Examiner) yang diiktiraf diperlukan untuk menjalankan siasatan profesional]

Sesiapa sahaja yang..
- bagi idea buat 'diari'
- bersekongkol cipta ayat 'diari'
- bersekongkol tulis 'diari'
- siapa sahaja yang tahu dan ada kaitan dengan kewujudan 'diari' ini

Saya mahu ajak kamu untuk BERFIKIR. Jika betul mahu menuntut keadilan, maka jangan kaburkan kebenaran dengan kepalsuan..

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu, padahal kamu mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 42)

Kepada sesiapa yang menyebarkan gambar 'diari' ini dan menjadikannya hujah untuk menuduh ibu arwah sebagai punca penderitaan Zara.. tanyalah pada diri..

Adakah kita betul-betul pasti itu tulisan Zara?

Apakah kita sanggup mempertaruhkan dosa memfitnah seorang ibu dan anak yang sudah tiada, hanya kerana mahu pertahankan naratif yang belum tentu betul?

Takutlah kepada Allah ????????????
Saya berdoa, semoga pihak-pihak ini BERHENTI cipta cerita palsu ???? saya sendiri tidak sanggup melihat satu-persatu kezaliman dilondehkan.. Saya tidak sanggup..

Ingat.. Kamu bukan berlawan dengan keluarga Zara. Kamu sedang berlawan dengan hukum Allah ???? orang dizalimi ni, dapat bantuan Allah.. Tiada hijab ????

Nabi SAW bersabda:
"Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi, kerana tiada hijab antara dia dan Allah." (HR Bukhari & Muslim)

Dan jangan lupa firman Allah:
"Sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Kami jadikan kuasa itu kepada warisnya..."
(Surah Al-Isra’ ayat 33)

Maka berhati-hatilah.
Jika bukan kami..
Allah sendiri akan membela ????

Biarlah siasatan berlaku seperti biasa tanpa campur tangan cybertrooper..
Tidak perlu pakai cybertrooper. Ketara sangat ni.. Tolong.. Jangan 'handle' kematian arwah Zara dengan cara politik ????
Saya doa sangat-sangat pihak ini Allah berikan hidayah.. TAKUTLAH PADA ALLAH ????

Saya tahu..
Ini bukan dakwah yang mudah..
Ia menyakitkan..
Saya diugut. Difitnah. Dituduh yang bukan-bukan. Dikecam

Apa pun risikonya, saya doa hanya satu:
Semoga Allah redha.
Saya hidup atau mati selepas ini.. Semoga Allah redha ????

Kerana saya tahu, saya sedang berdepan sesuatu yang sangat sukar.
Dan hanya Allah tempat saya bergantung sepenuhnya.
Hanya Allah boleh tolong saya.

Berani kerana Allah,
Marhamah Rosli
01/08/2025

#JusticeForZara
#ZaraQairina
#AnalisisTulisanTangan
#TakutlahKepadaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2025 10:46 AM | Show all posts
Nak 'touch' sampai berdarah? sounds like nak kena 'fingering' rupanya bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 10:47 AM | Show all posts
"Wajah Zara Qairina tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."

Maksudnya ada orang angkat bawa turun dan tinggalkan di bawah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-8-2025 10:46 AM
Nak 'touch' sampai berdarah? sounds like nak kena 'fingering' rupanya bukan.

Kan ada mitos konon2 if dara pecah nnt ada darah kan..iols ghase itu la yg budak2 bulu pubis br nk tumbuh ni fikir kut..haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 10:57 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 2-8-2025 10:52 AM
Kan ada mitos konon2 if dara pecah nnt ada darah kan..iols ghase itu la yg budak2 bulu pubis br nk ...

Memang itu yang hendak disampaikan ka? Hmmm.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 11:33 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 2-8-2025 01:42 AM
BUKTI DIARI : BETULKAH INI TULISAN ZARA QAIRINA?

2, 3 hari ni saya betul-betul tidak boleh brain ap ...

aiols dah tgk yg ada kat fb tu, tah pape tulisan lgsung tak sama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 09:38 AM | Show all posts
gambar saspek xda langsung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 09:53 AM | Show all posts
AlyaAsylo replied at 4-8-2025 09:38 AM
gambar saspek xda langsung ke?

without gambar susahla netijen nk siasat siapa family budak2 ni..btl ke vip vvip sedara mara pengetua..bla bla. cuba ada gambar, sekejap je netijen selesaikan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya....
Harap dpt le diselesaikan
Risau kes senyap sunyi je nnt
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah kena tolak jatuh ker??
Sekolah , Asrama dh wajib ada cctv setiap angle.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
AlyaAsylo replied at 4-8-2025 09:38 AM
gambar saspek xda langsung ke?

ada kat tele ES
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2025 01:18 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-8-2025 10:47 AM
"Wajah Zara Qairina tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait kecede ...

terfikir perkara yg sama. Family syak arwah tak jatuh ke sbnrnya , tp diletakkan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 02:01 PM | Show all posts

eihh dah ada ES ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 02:02 PM | Show all posts
borrow replied at 4-8-2025 01:18 PM
terfikir perkara yg sama. Family syak arwah tak jatuh ke sbnrnya , tp diletakkan?

mana tah td aiols nampak org komen, arwah kema putar dalm mesin basuh kat dobi plak dah. dobi plak btl2 dekat dgn tempat dia dijumpai...aihh mcm2 la budak2 ni. telan ice ke budak2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 02:35 PM | Show all posts
harap betul2 terbela lah nasib arwah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 1.637686 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list