CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leonarzi

Akademi Fantasia dh berkubur

[Copy link]
Post time 13-6-2011 08:25 PM | Show all posts
Aku tggu ko berkubur je kena cantas sbb bukak thread merapu
hantu_poyos Post at 13-6-2011 00:10



   motifff fefeeling suciii threaddd ko pn sm hoccay..choyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 08:26 PM | Show all posts
doesnt sound right...i thought gossip tempatan-cari forum is also melalaikan...or even worse..
hollister Post at 13-6-2011 00:27


motiffff melepak kat sini jgakk uolss
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:40 PM | Show all posts
sebab ada akedemi fantasia ramai anak2 kita x cemerlang akademik.
HannahMontana Post at 13-6-2011 20:10



   kalau af ni takde gerenti ke anak2 tuh cemerlang benor akademiknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 10:15 PM | Show all posts
Reply 18# solstice

astro ada ,tgok af, tp vote tidak sama sekali......
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 10:30 PM | Show all posts
korang tak tau lepas ni dah plan nak  buat  malaysia got's talents pulak sebab banyak negara dah bua ...
Gabot Post at 13-6-2011 18:50



    Macam mana Msia ketinggalan ni????{:1_126:}
malu ngan Thailand jahh yg populer dengan fonen yg pandai menyanyi itteww
Harap kita sempat mendahului 'Indon Got Talent'


Wanita bersuara pompuan & jantan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 10:49 PM | Show all posts
hekleh, dah anak ko yg bodoh, nk salahkan AF plak......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2011 09:03 AM | Show all posts
Reply  solstice

astro ada ,tgok af, tp vote tidak sama sekali......
amy_gee Post at 13-6-2011 22:15

Baguslah tu. Jimat kredit lagi tu.


hayrin86.blogdrive.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 09:09 AM | Show all posts
tak payah nak buang masa lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 09:19 AM | Show all posts
aku gerenti pas ni ada lagi rancangan nyanyi guna sms kat astro.. benda tu sumber pendapatan kat diaorg. mesti ada la yg baru2 punya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 09:21 AM | Show all posts
lepeh ni mesti ada lagi rancangan baru asteruk!tunggu jela.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:29 AM | Show all posts
Alahai! AF9



Program realiti popular berakhir dengan suasana hambar

KEMERIAHAN yang diharapkan nampak pada persembahan terakhir program realiti Akademi Fantasia ke-9 (AF9) hambar apabila sistem bunyi gagal berfungsi dengan baik terutama kepada penonton di rumah.
Malah ada ketika, mereka yang berada di Dataran Putrajaya, Precint 3, lokasi acara itu dijalankan juga menerima nasib yang sama.
Ada ketika suara penyanyi tidak kedengaran dan perkara itu kerap kali berlaku sehingga mengganggu mood penonton.

Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku untuk sebuah program yang sudah hampir sedekad bersiaran secara langsung. Di manakah tahap kematangan pihak produksi terutama jurutera bunyi yang bertanggungjawab mengendalikan sistem itu?

Ketika diajukan persoalan gangguan teknikal yang mencacatkan konsert itu, Penerbit Eksekutif AF9, Irwan Rauf, menjadikan masalah transmisi sebagai punca utama.

"Sebelum ini, iaitu sepanjang kami membuat latihan dan juga raptai, masalah gangguan bunyi tidak pernah terjadi. Mungkin apa yang berlaku terhadap penonton di rumah adalah masalah transmisi.
“Kami memohon maaf di atas apa yang berlaku dan saya memberi jaminan masalah ini tidak akan berlaku untuk program kami yang akan datang," katanya pada sidang media sejurus selepas acara itu berakhir.

Hadir sama, Pengurus Saluran Ria, Azlin Reza Azmi dan barisan finalis AF9 iaitu Hazama, Lena, Fina dan Azri.

Memilih tempat terbuka sebagai persembahan kemuncak AF barangkali adalah keputusan kurang tepat yang pernah dilakukan oleh pihak produksi. Selain membenarkan masalah gangguan teknikal berlaku berulang kali, ia juga tidak menggambarkan sebuah persembahan terakhir AF yang sebenar berbanding jika diadakan di sebuah lokasi tertutup.

Dengan persembahan segelintir bekas peserta AF yang boleh diibaratkan seperti melepaskan batok di tangga, sudah cukup untuk menjadikan acara selingan itu hambar pada pengamatan mata penonton. Cuma persembahan Stacy dan Mila saja yang mampu menyuntik warna kemeriahan dalam acara itu.

Turut dipersoalkan dalam sidang media itu adalah tindakan Azri memijak piano ketika menyampaikan lagu Ku Tak Bisa yang dipopularkan oleh kumpulan Slank. Walaupun bagi sesetengah pihak, itu hanyalah perkara remeh namun bagi pemuzik, perbuatan itu adalah satu penghinaan buat mereka.

Malah, juri undangan malam itu, Datuk Ramli MS turut menegur tindakan peserta berusia 23 tahun itu. Dan sekali lagi apabila perkara itu dibangkitkan, Irwan mengambil langkah memohon maaf seandainya perkara itu menyentuh sensitiviti pemuzik dan apa yang dilakukan itu hanyalah sebagai konsep sebuah persembahan semata-mata.

Persembahan pelajar dan juga kesemua lagu terbaru yang dinyanyikan oleh finalis AF9 memang sedap didengar dan tidak mustahil mampu mendaki carta populariti jika berterusan diputarkan di corong radio.

Dan hakikat yang harus diterima adalah rata-rata yang datang malam itu kebanyakannya hanya mahu menyaksikan kumpulan Search beraksi.

Penantian yang berbaloi

LIMA tahun lalu, dia pernah dinafikan haknya apabila gagal melayakkan diri untuk bergelar pelajar AF4 kerana terkandas sewaktu konsert prelude. Selepas itu, Hazama Mohd Azmi atau Hazama lebih selesa meneruskan kerjaya seninya di luar sekali gus mengumpul pengalaman.

Walaupun aktif dalam gelanggang seni terutama apabila sering diundang menjayakan persembahan bersama kumpulan Meet Uncle Hussain, namun jauh di sudut hatinya, dia tidak menaruh harapan untuk menjadi penghuni sangkar emas AF satu hari nanti.

Ternyata, doanya dijawab Tuhan apabila dia diserap masuk pada minggu keempat bagi menggantikan dua peserta yang disingkirkan menerusi Ops Gugur. Selepas itu, Hazama tidak menoleh ke belakang sehinggalah namanya dinobatkan sebagai juara terbaru AF dan berdiri sebaris dengan Vince, Zahid, Mawi, Faizal,Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.

Dengan memperoleh undian sebanyak 45 peratus, peserta berusia 27 tahun ini jauh meninggalkan pencabarnya iaitu Lenaber Haidir atau lena iaitu 28 peratus, Nur Syafinaz Jebat atau Fina (15%) dan Mohamad Azri Abdullah atau Azri (12%).

"Saya sedar apabila saya masuk ke dalam AF, ramai yang berkata, ala budak ini lagi. Saya masuk AF sebenarnya kerana mahu belajar. Selepas menyertai AF, perkara pertama yang saya pelajari adalah, cara nyanyian yang betul,” kata Hazama yang membawa hadiah wang tunai RM200,000, trofi sumbangan Astro, hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root serta sebuah kamera.

Hazama berkata dia mahu memanfaatkan wang kemenangan itu dengan sebaik mungkin.

"Saya akan laburkan ke dalam ASB, beli jam tangan baru dan untuk belanja perkahwinan,” katanya telus. Hazama adalah pemenang pertama yang tidak diberikan kereta sebagai hadiah kemenangan.

Mengulas perkara itu, Azlin mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.

"Lebih baik jika kami berikan wang sebagai ganjaran kerana dengan wang itu mereka boleh beli apa yang mereka ingini," kata Azlin sambil memberitahu jumlah SMS yang diterima untuk musim ini adalah sebanyak 3.74 juta dan meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun lalu.

Komen finalis lain

Lena: Saya tidak kecewa walaupun tewas pada Hazama kerana saya sedar ini semua adalah rezeki yang ditentukan Tuhan. Saya bersyukur dengan kemenangan ini kerana bukan mudah untuk mencapai kedudukan tempat kedua. Sepanjang berada di AF, saya sempat mencipta dua buah lagu dan mungkin saya akan menyanyikan lagu itu selepas ini

Fina: Berada di tempat ketiga sudah cukup membanggakan kerana apa yang lebih penting, tujuan saya menyertai pertandingan ini adalah menunjukkan bakat dan mahu mengangkat nama kumpulan kami adik beradik iaitu Sassu supaya lebih dikenali lagi.

Azri: Kehadiran Hazama sebenarnya saya anggap lebih kepada sebagai satu amaran kerana sebelum ini kami tidak serius. Justeru, apabila dia muncul, kami kena lebih peka dan lebih berusaha untuk mendapatkan apa yang kami inginkan.


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:34 AM | Show all posts
klaka nengok konsert dia ritu mawi nyanyi 3,4 baris je.. pastu plup da abehh- mmg klaka la.. da xworld da.. aku nengok pon sebb kebetulan aku ada kat putrajaya- xde smpai abeh de nk nengok-
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:54 AM | Show all posts
i think this is the worst final concert evaaaaaaaa... lokasi terbuka adalah sgt2 salah... kurang pekikan penonton... tiada gema.... persembahan bekas peserta mcm kt funfair... finalis boleh gagah la coz bertanding... gangguan sistem teknikal.... penonton yg ala2 suam kuku... hmmmm.... AF9 team = epic failed... sorryyyy
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:58 AM | Show all posts
klaka nengok konsert dia ritu mawi nyanyi 3,4 baris je.. pastu plup da abehh- mmg klaka la.. da xwor ...
epalgebuu Post at 14-6-2011 10:34

mmg semua nyanyi secoit jer...
masa permulaan lagu tu aku rasa muzik die mcm tape rosak
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 11:03 AM | Show all posts
Yeay.....x sanggup dah aku tgk AF last ni...dah xde bakat2 baru yg best mcm AF2 lama...dah x relevan dah cite ni..wat la cite membgnkan minda ckit..kt negara asing tu selalu wat cite2 mcm "junior masterchef" ke...baru la berkualiti ckit anak2 muda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 18# solstice


    ada!aku...
wlaupon rumah aku de astro, tapi sekelumit perasaan pon tak pernah aku tengok AF ni...
even mak pak, adik bradik aku pon tak tengok...
baik ulangan ke, diari ke ape ke, memang tak pornah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 12:02 PM | Show all posts
"Saya sedar apabila saya masuk ke dalam AF, ramai yang berkata, ala budak ini lagi. Saya masuk AF sebenarnya kerana mahu belajar....devilito Post at 14-6-2011 10:29


Macam lah kat dalam sangkar emas AF jahhh boleh belajar
Kat luar lagi berlambak

"Saya akan laburkan ke dalam ASB, beli jam tangan baru....
devilito Post at 14-6-2011 10:29


Mufti Selangor telah memfatwakan ASB & ASN sebagai haram:cf:
Jam tangan tu nak ganti jam tangan emas yg Hattan x suka tu ke?
Betul ke Hazama pakai jam tangan emas uolssss

Hazama adalah pemenang pertama yang tidak diberikan kereta sebagai hadiah kemenangan....
devilito Post at 14-6-2011 10:29


Tak dapat keta? Kesian...:cry:
ASTROK memang dah x cukup bajet utk AF9 ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 12:04 PM | Show all posts
Mungkin aku patut masuk Malaysia book of record  kerana 1 sen pon duit aku x pernah masuk kantung af ...
solstice Post at 13-6-2011 01:14


Wuahahahaha....x leh wat rekod mcm solstice sbb pernah skali mengundi Nubhan....
Yg lain x pernah lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:24 PM | Show all posts
Reply 54# dino


    tau xpeh da la tempat xstrategik langsung- ada ke ngadap mahkamah- wat la terus ngadap dataran tuh- naseb la aku xfanatik dgn hiburan doniawi yg nan hadoo camni,, nyanyi serope dlm jamban- harap ifek audio je klu x kelaut la jugek
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 02:07 PM | Show all posts
xde ke jadah nk minat af mcm nk gile..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.409476 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list