CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 6

Penunggang Superbike Didakwa Menunjukkan Isyarat Lucah Kepada Seorang Pemandu Lori

[Copy link]
Post time 31-7-2025 11:17 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pemandu lori di lebuh raya mengundang kecaman netizen selepas aksinya tular di media sosial.


Menerusi satu hantaran di Facebook milik Mohd. Fadli Mat Zain, penunggang berkenaan dilihat menunggang dengan kelajuan perlahan di lorong kanan sebelum pemandu lori yang berada di belakangnya membunyikan hon.


Namun, tindakan itu dibalas dengan reaksi tidak wajar apabila penunggang motosikal terbabit menoleh ke belakang dan menunjukkan isyarat jari tengah.


“Rider (penunggang motosikal) tak sayang nyawa. Pemandu lori sudah bagi signal (isyarat), tapi dia tetap tunjuk samseng jalan raya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam sikap berbahaya dan kurang sopan penunggang terbabit.


“Tindakan yang tidak bijak walau apa pun alasannya kerana merisikokan nyawanya,” tulis seorang pengguna.


“Sudahlah berada di lorong kanan, bawa perlahan pula… lepas itu tunjuk samseng lagi,” kata Saili Gudin.


“Bila ego menguasai diri, beginilah jadinya. Dia menyusahkan pengguna jalan raya lain. Bila berlaku kemalangan, baru nak dolak-dalik salahkan siapa,” ujar Nelly Emily.





Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2025 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi driver lori memang kurang ajar pun kat jalan.
Rasa diri besar sangat ke?
aku banyak kali kena dengan driver² lori bangsat ni.
Duk lane tengah pun kena high beam suruh laju. Dah kau tu lori besar, nak laju² kejar trip mamposkan nyawa sendiri ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2025 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg rider ni kuangajoooo...rasa nk lenyek je lumat2 mcm acik por yang kuat sentap hati terobek2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 04:37 PM | Show all posts
Sapa yg start dulu meolls pun tataw dan tak perlu tau.. ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang padan kena hon ..takde sivik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2025 08:00 PM | Show all posts
Kena tengok dari dua2 pihak.

Kadang tu memang driver lori pun samseng. Yang rider pun sama perangai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2025 11:28 AM | Show all posts
tgk video ni, bila lori dah ke kiri pun dia still dok depan, macam ada yg tak puas hati antara dua pihak ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 2224 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 10033 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 7420 Replies : 2
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049018 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list