CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
 Author| Post time 5-7-2011 10:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 5-7-2011 22:13

“ Dayah, rambut kamu memang cantik. Panjang dan wangi...” dia berjeda. Sengaja di biarkan ruang itu untuk Hidayah. Dijelingnya Hidayah di sebelah yang diam tak berkutik itu. Memang dia lawa.
      
“ ...tapi bila kamu mahu keluar dari bilik, pakailah tudung ya. Tentu akan lebih cantik jika kecantika rambut kamu tidak  kamu dedahkan sesuka hati begini.” Dia mengelus rambut Hidayah lembut, walaupun cuma sedikit yang dapat disentuh. Tiba-tiba wanita itu bangun dan berlalu bergitu saja. dia berlari masuk ke dalam rumah. Alamak! Dia malu ke? Bukan aku tegur depan ornag ramai pun. Taufiq serba salah lagi.
      
Dia bukan suka-suka mahu menegur. Bukan dia suka-suka menegur untuk memalukan Hidayah. Bukan! dia cuma mahu Hidayah simpan rambut yang cantik itu untuknya saja. Biar cuma dia saja yang dapat menyaksikan keindahan perempuan itu. Lagipun, buka aurat tu kan dosa. Itulah yang lebih utama. Tapi sekarang, Hidayah sudah pun merajuk. Merajuk dan tidak pernah mahu diberi peluang kepadanya untuk memujuk. Hurmm...hembusan nafasnya yang keras dilepaskan. Kanak-kanak masih lagi bermain riang, dan dia sepi sendiri di bawah pokok mangga... ditinggal Hidayahku...
*******
        
Suasana hingar bingar mula kedengaran. Sejak tadi dia hanya duduk berbaring-baring di katil saja. Diperhatikan keseluruhan bilik pengantin di rumah Tuafiq ini, semuanya serba oren. Meriah betul! Idea siapalah agaknya ya?
        
Hidayah lekas-lekas bangun dari katil bila pintu biliknya terbuka dari luar. Dia duduk sambil memegang lututnya. Taufiq masuk ke bilik. Dia agak terkejut bila matanya menangkap jasad itu duduk diam di atas katil. Dia hairan. Tadi bukan ada kat dapur ke?
        
“ Penat?” Taufiq mengangkat keningnya meminta kepastian. Diperhatikan wajah yang kelihatan lesu itu. Hidayah cuma diam, tidak mahu dia menjawab apa-apa. Tadi dia rasa malu betul bila Taufiq menegurnya begitu. Sejak dari dulu, sampailah dia besar tiada siapapun yang menegurnya. Termasuklah bapak! Emak pula, cuma menegur sekali -sekala, itupun masih ada kompromi. Maknanya, kalau tak buat pun tak apa.
        
Ya, malu! Dia jahil sungguh. Enak-enak duduk melepak di bawah pokok mangga tanpa menutup kepala. Sedangkan si Ika anak buah Tuafiq yang umur 3 tahun tu pun sudah mahu bertudung, malulah jika mahu di bandingkan dengan dirinya ini.
      
“ Marah pasal abang tegur tadi ka?” Taufiq serba salah. Ya lah, nanti kalau nak nasihat pun janganlah bawah pokok mangga macam tu. Time-time mod orang tengah tak berapa elok pulak tu. Gelojoh la kamu ni Taufiq! Taufiq mengutuk dirinya sendiri. Dia diam lagi. Hai...sampai bilalah kamu nak bisu dengan abang ni Dayah.
        
“ Tak sihat ke?” Taufiq meraba –raba dahi Hidayah. Risau andainya isterinya itu tiba-tiba jatuh sakit pula. Maklumlah, baru bertukar angin. Hidayah biarkan saja. Lalu, tanpa memandang ke arah Taufiq dia bangun mahu turun ke dapur, membantu apa yang patut. Tiba-tiba, belum sempat dia melangkah keluar. Tangannya ditarik lembut.
        
“ Sekejaplah...” Taufiq berharap. Dipandangnya wajah itu dalam-dalam. Hidayah terhenti langkahnya. Taufiq mengambil selendang warna biru dari dalam almari, lalu di letakkan ke atas kepala Hidayah, menutup rambutnya. Dibetul-betulkannya, supaya elok terletak di atas kepala isterinya. Supaya kemas dan cantik....lalu mahkotanya yang indah itu akan dilindungi. Taufiq senyum.
        
“ Cantik.” Taufiq merenungnya dalam-dalam. Mengharapkan Hidayah turut sama memandang ke arahnya. Namun hampa. Dia tetap membisu.
        
“ Tak apalah, kamu turun ke dapur ya. Dah ramai berkumpul tu,” Taufiq senyum lagi. indahnya. Hidayah berpaling dan mahu melangkah pergi. Namun tangannya masih lagi di dalam gemgaman Taufiq. Tadi suruh pergi, tapi tidak mahu lepas pula.
        
“ Sekejaplah...” Hidayah tidak jadi melangkah. Bila saja tubuhnya dihadapkan ke arah Taufiq semula, satu ciuman hangat hinggap di dahinya. Hidayah kaku. Taufiq juga terkejut dengan tindakannya yang berani itu. Alahai..dengan anak singa ni janganlah dibuat main-main. Gemgaman tangannya dilepaskan. Lalu sekali lagi untuk hari ini, Taufiq ditinggalkan sekali lagi ...sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 12:44 PM | Show all posts
hihihi...malu2 kucing pulak HIDAYAH nie...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 04:34 PM | Show all posts
best2... next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:05 PM | Show all posts
best2.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 11:06 PM | Show all posts
ku tersenyum sendiri...nak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 09:45 AM | Show all posts
sweetnya..................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2011 02:24 PM | Show all posts
dayah... malu tapi mau...
anak singa baru nak kuar kuku...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 10:58 AM | Show all posts
sambung lagi lah yerr... best citer nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 01:48 PM | Show all posts
tahniah utk cite yang best .... nanti masukkan lagi entry panjang2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 12:51 PM | Show all posts
best cite nih... sambung lgi ye......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 02:14 PM | Show all posts
alah taufik, jangan diikutkan sangat garang dayah tu... lama2 cair tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:38 AM | Show all posts
tak de n3 lagi ke. ... citer nie best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:41 PM | Show all posts
Melangkah saja kaki ke ruang dapur itu, semua mata memerhatikannya. Sampaikan bila dia duduk bersimpuh berhampiran dengan Mak Usu Taufiq itu, mata masih terpaku padanya. Ya lah, orang baru la katakan. Ish, kekok pula rasanya...tiba-tiba bertudung kepala pula, mana orang tak pelik!
       
“ Amboi Cik Nah, lawanya menantu kamu...patutlah Taufiq menolak bila nak ditalakan dengan Ustazah Ayu anak sedara aku tu, lawa bukan main lagi si Dayah ni.” Mak cik Som yang rumahnya sebelah saja dengan rumah Taufiq ni memang gamat. Mulutnya saja asyik pot pet dari tadi. Kerjanya cuma arahkan itu ini pada orang lain.
       
Hidayah cuma menjeling ala-ala manja pada Mak cik Som yang tangannya laju menyuap agar-agar ke mulut itu.        
       
Ustazah Ayu mana pulak ni? Baru hari ini dia mendengar nama yang ‘ayu’ itu. Dia diam saja dalam kelompok mak cik-mak cik yang ligat mengemas dan mengatur pinggan mangkuk itu. Dalam diam, dia masih memasang telinganya, manalah tahu kalau-kalau topik berkenaan Ustazah Ayu masih ada. Boleh juga dia mengorek rahsia peribadi Taufiq sebelum ini.
       
Amboi! Rupa-rupanya penah ada buah hati jiran sebelah rumah kamu ya Taufiq. Muka nampak suciiiiiiiiiiiiiiii aja, rupenye mengorat anak jiran sebelah rumah saja! ish, ish, ish...  
       
“ Alah, Cik Som ni, sama aje...dua2 pun sama lawa...dah jodoh tak kuat dengan Taufiq.” Cik Nah, ibu Taufiq ligat menggoreng pisang di dalam kuali. Sekejap lagi, orang-orang lelaki akan datang untuk minum petang selepas penat mengemas khemah kenduri.
       
Tu yang Cik Nah sibuk mengoreng pisang. Agar-agar merah pula sudah tersusun cantik dalam piring. Tunggu dihidangkan saja.
       
Cik Nah tidak perasan pula yang empunya diri ada di situ. Kalau dia tahu, bolehlah di coverkan sikit mulut si Som yang bisa mengalahkan wartawan melodi tu. Hidayah jadi tidak senang duduk. Hatinya rasa tidak enak jugalah bila bab gosip-gosip lama ni berkisah semula di hadapannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:42 PM | Show all posts
Ee..mak cik Som ni pun satu, dah Taufiq tu tak nak kat anak sedara dia, nak buat macam mana. Amboi kamu ya Hidayah.., Hilang moodnya bila mendengar kisah lama Taufiq itu.
       
Tadi dah mula dia rasa seronok bila Taufiq melayannya begitu mesra. Sekarang mak cik Som dah racun semua bunga-bunga dalam hatinya yang baru nak bertunas tu. Pelbagai pesoalan datang dalam fikirannya.
       
“ Dayah, ni Taufiq tu dulu kalau nak tahu nyaris lagi nak jadi dengan Ustazah Ayu anak sedara mak cik Som tau,” Cik Nah yang mendengar menggelengkan kepalanya. Hai, orang tua ni, tidak habis-habis mahu menyebut hal itu, tak habis-habis terkilannya dia!
       
Hidayah senyum saja, sesekali, jarinya membaiki selendang yang menutupi kepalanya. Yela, mak cik Som, kalau dah mulut mak cik Som pun dah macam senapang keluar peluru, mana lah Taufiq tu berani nak jadi anak menantu mak cik Som! Hidayah mengejek-ngejek di dalam hati.
       
Bila tengok mak cik Som tu bagai mahu mengapi-apikan Hidayah dengan Taufiq saja, mahu saja di tenyeh-tenyeh mulut mak cik Som yang muncung tu dengan lesung batu bercili. Biar panas mulut tu!

Amboi, Hidayah, sopannya kamu ni. Ya lah, yang mak cik Som ni berani nak bergosip depan orang ni kenapa lah pula. Memang tak ada insuran betul mulut tu! Hidayah bangkit dari duduknya.  Panas hatinya dengan Mak cik Som tu.
       
“ Emak, pisang ni mahu dibelah ke?”  Hidayah sudah memegang pisau dan pisang nangka di tangannya.
       
“ Eh, nanti luka jari tu. Biar mak saja buat,” cepat-cepat dia melarang menantu perempuan tunggalnya itu. Cik Nah bukan tidak bagi menantunya itu buat kerja. Tapi bila diperhatikan jari-jari runcing hidayah tu halus bebenor risau pula kalau terluka nanti.
       
Anak orang!  Inai masih merah di jari, tapi sudah luka-luka didera ibu mertua. Apa pula kata besannya nanti. Pisau di tangan Hidayah diambilnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:44 PM | Show all posts
“ NI, kamu tengok mak buat ni. Macam ni,” Cik Nah mengajar Hidayah membelah pisang. Seperti dalam kelas memasak pula lagaknya.

Ish mak ni, kalau setakat nak belah pisang nangka ni, bukanlah payah sangat! Bukan setakat pisang nangka, buah nangka pun Hidayah dah potong tau! Rasa tidak puas hati itu cuma terluah di dalam hati sahaja. Hidayah sebal. Rasa seperti budak-budak saja.
       
Duduk di rumah ibu mertuanya ini, memang terasa seperti tuan puteri. Apa-apa pun dia tidak perlu buat. Tadi, mahu juga dia menolong memcuci periuk belanga, ibu mertuanya awal-awal sudah melarang keras.

Padahal, anak buah Taufiq dari yang kecik sehinggalah yang besar, semua sudah bersedia dengan berus dan sabun untuk majlis bergotong- royong itu.
       
Anak buah yang lelaki pula bersedia dengan segala baldi dan cebok untuk pengistiharaan perang air dan buih terhadap pengantin baru.

Tak dapat dia bayangkan wajah kecewa anak-anak yang ceria itu tadi bila rancangan main-main mereka dibatalkan pihak berkuasa tempatan – siapa lagi mak mertuanyalah!
       
Hai  pelik! Biasanya lepas kenduri semua pengantin kena dera. Tapi dia, semuanya dilarang.  Sudahnya, dia membawa diri ke bilik saja.       
       
Cik Nah lekas-lekas ke muka pintu dapur tu bila ada suara yang memberi salam.
       
“ Waalaikumsalam...” semua yang di dapur itu menjawab salam. Semua mata pun tertumpu ke pintu dapur Cik Nah.
       
“ LA... napenye lewat sangat sampainya? Orang dah siap berkemas kamu baru ini sampainye!” Cik Nah sudah menjemput tetamunya masuk. Dia senyum saja seraya duduk di antara mak cik-makcik  itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:45 PM | Show all posts
“ La, kamu ni Ayu, lambat benorlah...orang dah berkemas baru sampai!” Mak cik Som sudah mulakan perangai kuat membebelnya.

Bekas plastik yang dibawa Ustazah Ayu- berisi puding roti- itu di ambil, lalu dibukanya.
       
Ooo..inilah Ustazah Ayu ye...Hidayah perhatikan saja. Setiap inci fizikal Ayu ditatapnya lalu diteliti. Emm....bolehlah tahan. Amboi, macam lah kamu tu lawa sangat! Cemburulah tu...
       
“ Tadi Ayu ingat nak balik awal, tapi mesyuarat habis lewat pula. Tu yang sampai lewat ni,” mukanya manis, tak adalah nampak macam malu-malu kucing kerana datang ke majlis kenduri yang sudah lama tamat gulai kawah dan umbut kelapa juga dah lama licin ditapau jiran-jiran.
       
“  Amboi...sedapnya puding roti. Sempat juga kamu membuatnya Ayu.” Mak cik Som macam sengaja-sengaja pula bercakap kuat-kuat. Macam nak bagi tahu orang di hujung kampung yang anak sedaranya pandai buat puding roti yang macam pelangi tu pula.
       
Setakat puding roti tu, aku pun boleh buat cik Som oii...!harap saja cantik, tapi rasa.. tawar agaknya. Si Ayu tu pun mengambil beberapa piring lalu disusunkan puding rotinya itu dengan cermat. Sajalah tu, nak menunjuk!
       
“ LA, susah-susah saja...sibuk-sibuk pun ada jugabuah tangannya” Cik Nah berbasa basi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2011 10:47 PM | Show all posts
“ Tak ada susahlah Mak Nah...sekejap saja buatnya. Lagipun abang Taufiq suka makan puding macam ni, tu yang Ayu buat juga tu,” amboi...sanggupnya bersusah payahnya untuk  ‘ abang Taufiq’ ya.
       
“ Aduh,” Hidayah terjerit kecil. Kerana terlebih mengelamun, habis tanganya terpercik minyak hangat dari kuali.
       
“ YA, Allah! Ya Rabbi..” Cik Nah, ibu mertuanya sudah terkocoh-kocoh mencapai tangan menantu barunya itu. Di belek-belek jari-jari halus itu, lalu di bawa ke singki dan dijirus air.
       
Semua mata memandang saja gelagat anak beranak itu.
       
“ Macam mana boleh kena minyak ni. Tu lah, mak pesan jangan...tak tahu jangan nak buat..Kamu  ni..” Cik Nah membelek lagi.
       
“ Mak Nah, lekas sapu kicap ni..nanti tak la parut.” Aik, pandai-pandai saja suruh itu ini. Dilumurkan tangan Hidayah dengan kicap. Ayu sudah mengambil tugas mengoreng pisang di atas kuali itu. Makin naiklah saham si Ayu ni. Cekapnya dia...
       
“ Sakit lagi?” Cik Nah bertanya. Matanya menatap wajah menantunya itu. Dia cuma geleng kepala. Hidayah jadi malu pula. Bukan parah pun. Beberapa titik saja. Cuma dia terkejut bila terpercik minyak panas dalam keaadaan dia mengelamun itu.

Tadi, bila ibu mertuanya ralit membelah pisang lagi, dia pula yang ambil alih tugas mengacau pisang yang sedang mendidih di dalam kuali itu.
       
Hidayah diam saja. Dari jendela tingkap dapur itu, dia tiba-tiba menangkap kelibat Taufiq dalam ramai-ramai itu. Alamak, janganlah dia tiba-tiba datang sini. Malu nanti! tambah-tambah si Ayu yang ayulah sangat ni pun ada dengan puding rotinya.
       
“ Kenapa ni mak?” ee...time macam ni ada saja muka dia. Taufiq memerhatikan isterinya itu. Ibunya masih mengosok-gosok tangannya dengan kicap. Parah benarlah cederanya.
       
“ NI ha, isteri kamu ni, mak dah kata jangan, dia buat juga. Sudahnya kena minyak panas.”
       
“ La, lain kali kalau tak tahu jangan buat...tengok ni habis tangan tu.” di berkata perlahan. Namun entah kenapa, rasa seperti diherdik pula. Taufiq membelek-belek jari isterinya. Tidak dihiraukan ramainya mata memandang di dapur itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:48 PM | Show all posts
“ Sakit?” dia mula mengendur bila perasan yang kata-katanya tadi boleh mencederakan hati isterinya pula. Luka di tangan tampak berdarahkan...?
       
Malu! Tengok. Kan dah malu. Tulah, lain kali jangan asyik sangat buruk sangka pada orang. Sekarang Tuhan sudah balas sekelip mata saja. Astarghfirlahh...sebahagian hati Hidayah  berkata. Memberi amaran.
       
“ Amboi, Cik Nah, manjanya dengan menantu. Kena minyak sikit dah risau bagai.” Cik Nah diam saja. Malas mahu berbalas kata dengan SI Som ni, nanti makin panjang pula. Sudahla begitu, banyak pula yang diungkit-ungkitnya.
       
Taufiq sudah duduk di kerusi meja makan itu. Berhampiran juga dengan mak cik Som  yang mulut muncung itu. Dia cuma perhatikan saja ibunya merawat isterinya itu. Dia sudah tengok, tidaklah teruk sangat. Sedikit saja dan bukannya sakit pun.
       
Dia mencapai gelas, teh panas dituang, lalu diteguknya perlahan. Perlahan-lahan, tangannya mencapai puding roti si Ayu tadi yang diletakkan di meja itu, lalu di bawanya ke mulut.

Lepas satu, satu disuapkan ke mulutnya. Sampai habis sepiring itu di makannya. Sedap!
       
“ Nanti mintak abang Taufiq sapukan minyak gamat ya...” Cik Nah memandang menantunya itu.

Kesian...hari tu, semasa dia merisik-risik Hidayah untuk si Taufiq ni, Cik Jah ibu Hidayah ni memang berat nak melepaskan anaknya itu. Setelah putus tunang, dia lebih suka kalau Hidayah bekerja dahulu.
         
Tambah-tambah anaknya itu, katanya serba-serbi tak tahu! Sebab tu orang putuskan dulu gamaknya. Itulah yang dia janji pada Cik Jah, dia suka menantu yang serba tak tahu macam tu, senang nak di bentuk  senang nak di ajar.

Dia sudah jadi macam peguam pula, sebaris alasan Cik Jah nak menolak, berbaris-baris dia mematah hujah. Demi anaknya yang bujang terlajak itu!Alahai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:50 PM | Show all posts
Puas Cik Jah berkias-kias mahu menolak, tapi Cik Nah tak kira dia mahu juga Hidayah dijodohkan dengan anaknya.

Bila Taufiq sudah berkenan, dia akan usahakan, walaupun kena buat jambatan emas dan perak ke kamung Cik Jah! Walaupun Cik Nah minta tujuh dulang hati nyamuk dan hati kuman, dia tetap mahu juga.
         
Bila Hj. Baharin dan suaminya masuk campur, dah tak ada alasan lagi ibu dan anak itu menolak pinangannya. Lalu, dia membuat janji pada Cik Jah akan jaga menantunya itu baik-baik bak menatang minyak yang penuh. Ajar dia serba serbi biar jadi perempuan sejati. Dia dah janji!
       
Hidayah mengerling ke arah Taufiq. Nampak selera benar dia makan puding roti si Ayu tu. Maklumlah, puding roti bekas buah hati dia dulu-dulu. Padahal, bininya dok tercongok saja di depannya.
       
“ Ha, Fiq, makan lebih sikit. Ni Ayu memang buat untuk kamu.” Mak cik Som tu berdrama lagi. Sajalah tu nak menyakitkan hati Hidayah.
       
“ La, Ayu ke yang buat ?” La...Ayu ke yang buat? Patutla ‘Abang Taufiq’ rasa sedap sampai tak perasan kiri kanan. Hidayah menyampuk di dalam hati.
       
“ YA, la...dia tak lupa kegemaran kamu. Tu yang dia bergegas juga balik sini nak gi kenduri kamu!”  Mak cik Som sudah bangun dan duduk di sebelah Taufiq.
       
Hidayah rasa mahu saja menolak mak cik Som supaya jatuh dari kerusi tu. bergolek-golek macam nangka busuk sampai bawah meja ni. Amboi...garangnya kamu dayah.. ya lah, mulai hari ini aku istiharkan mak cik Som sebagai orang yang patut di jauhi dan dielakkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 10:52 PM | Show all posts
Baru Taufiq perasan yang Ayu sedang ligat mengoreng pisang di dapur. Kalau dia tahu, sampai sudah pun dia tak nak makan puding roti Ayu tu.  

Mesti ada yang kecik hati ni...dia makan tak pandang kiri- kanan pula tu. Serba -salah rasanya. Tapi....semuanya sudah selamat pun mendarat di dalam perutnya itu. Alhamdulillah...
       
“ Dah, gi masuk bilik...” Cik Nah berkata seakan berbisik pada menantunya. Sambil memberikan isyarat mata kepada Taufiq supaya bawa isterinya itu ke bilik.

Tentu menantunya itu panas hati sangat. Bukan dia tidak nampak niat Cik Som yang nak buat skrip drama swasta tu.  
       
Taufiq menarik tangan Hidayah supaya mengikutnya ke bilik. Hidayah menurut saja. Ya lah, dia rasa macam nak nangis saja bila di ‘marahi’ begitu tadi di hadapan jiran-jiran lebih-lebih lagi Ayu tu.
       
Tambah sakit hati, si Ayu tu pandai pula nak tunjuk hebat menyudahkan kerja-kerja ibu mertuanya yang terbengkalai tadi. Dia bukannya budak lagi...dia bukannya tidak tahu menggoreng pisang. Semua dia pernah buat, cuma tadi dia asyik mengelamun saja...itu yang dia cuai.
       
Mak cik Som tu pula sengaja mahu mengungkit kisah dulu-dulu pula... bencinya. Kenapa mahu diceritakan segala hal begitu?
       
Dia menurut saja bila Taufiq memimpinnya ke bilik tadi. Bila Taufiq memegang tanganya tadi, sengaja dia eratkan lagi gemgaman tangan itu. Biar mata mak cik Som nampak, biar sampai terjojol mata orang tua tu tengok kemesraan Taufiq pada Dayah.
       
Dan biar, ‘dia’ tu nampak, dan tahu yang ‘ abang Taufiq’ ni dah jadi laki orang! Amboi...dendamnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065558 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list