CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
 Author| Post time 17-6-2011 06:59 AM | Show all posts
Isk, kenapa la aku ikut pulak ni. Tak boleh jadi ni. Kena minyak senyonyong ke apa ni...main kasar nampaknya budak Taufiq ni. Amboi, dibudak-budakkan saja si Taufiq tu ya Dayah... ya la, perangai macam budak2. Macam budak-budak ke, macam bapak budak tu Dayah..?
        Keluar saja dari bilik air, diperhatikan Taufiq kusyuk dengan buku catatannya di tangan.  Sesekali Taufiq mencatatkan sesuatu. Serius sehingga keningnya mahu bercantum. Hidayah lekas-lekas menggeladah almari, mencari telekung yang dihadiahkan oleh Taufiq semasa mereka bertunang tak sampai seminggu, tempoh hari. Alamak, mana pulak aku letak telekung tu? Hidayah menggaru-garu kepalanya. Sudahnya dia menyarungkan telekung lamanya sahaja. Selesai sahaja menyarungkan, dia duduk di birai katil. Taufiq memandang tidak berkelip. Ish, ni apa kena pulak ni...pandang-pandang orang macam nak telan. Hidayah jeling sekali. Taufiq senyum, dia geleng kepala dengan gelagat Hidayah yang tak sudah-sudah mahu tunjuk lagak.
        Tanpa membunag masa, Taufiq mengambil tempat di hadapan. Hidayah ragu-ragu untuk bangun. Hidayah pendang Taufiq yang sudah bersedia mengimamkan solat. Eh, tadi bukan dia dah solat isyak ke...aiseh, macam mana ni? Hidayah masih tercegat di birai katil. Di menggigit jari. Malu pula nak memandang Taufiq. Isk, nak cakap apa ni...
        “ La, abang ingat dah ada belakang abang tadi,” Taufiq memandang Hidayah yang diam di hujung katil itu.
        “ Kenapa ni?,” Tuafiq bertanya lagi. Hidayah cuma diam tak berkutik. Bibirnya digigit2, matanya hanya memandang lantai yang licin.
        “ Hei, kenapa ni...tiba-tiba diam ni...tadi bukan main garang macam singa abang tengok,” Hidayah diam lagi. Dahinya berkerut-kerut. Bibirnya digigit-gigit.  
        “ Dah la, kalau ada tak puas hati kita bincang lepas ni. Abang janji.” Dia cuba berlembut. Tangannya diangkat seperti membuat aku janji. Taufiq bangun. “ Lekaslah, sayang...” isk, terlepas pulak mulut aku ni. Hidayah masih begitu. Dia tak dengar kot...Taufiq garu kepala. Akhirnya, dia sendiri berdiri di atas sejadah, mememulakan langkah. Namun Hidayah diam tak berkutik.
        ‘ Isk, macam mana ni...tak kan nak bagi tau dia pulak. Malu lah...si taufiq ni memang Grad A betullah bapak!!’ hatinya yang geram berkata-kata. Kenapalah time2 macam ni jugak yang dia nak ajak solat sunatlah, solat itu lah...
        Akhirnya Taufiq mengambil tempat di sebelah Hidayah sekali lagi. Cuba memujuk lagi, manalah tahu kot-kot anak dara Hj. Baharin ni malunya bukan main. Tak pun tak pandai baca al-fatihah ke, manalah tahu.
        “ Kenapa ni Dayah, kan elok kita mulakan dengan solat sunat dulu,” Taufiq memandang Hidayah. “ Kemudian kita borak-borak, bincang-bincang, apa kamu musykil, kamu tanya. Ok? tapi kita solat dulu, ok?” Hidayah mengangkat muka, memandang Taufiq, namun matanya masih malu untuk memandang tepat ke wajah suaminya itu.
        “ Saya...” Hidayah gigit bibir lagi. Wajahnya ditundukkan. Isk, berat kamu ni. Taufiq garu kepala.
        “ Ya, saya...kemudian...?”
        “ Saya..emmm..”
        “ Ya, saya, apadia tu..”
        “Saya...mmm....” dipandangnya wajah Taufiq. Mengharapkan pengertian. Mengharapkan Taufiq faham dengan sendiri, mengaharapkan Taufiq teka sendiri. Namun itu mustahil untuk lelaki seperti Taufiq faham. Taufiq mengangkat kening. Dahinya jadi berlapis-lapis.
        “ Saya, cuti,” antara dengar dan tidak, suara halus itu menusuk ke telinga Taufiq, terus ke jantung. Hidayah tunduk malu. Ya lah, malu sangat. Siapa suruh gatal-gatal bersiap bertelekung tadi. Kan dah malu, kalau cakap dari tadi tak ada lah malu sangat.
        Taufiq menelan air liur. Sudahnya, dia pula yang kelu. Wajahnya di raupkan sekali, membuang rasa bahang di wajah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2011 07:00 AM | Show all posts
“ Ehem...ehem” dia berdehem... buat-buat betulkan kerongkong. Rasa kelat pula.  “Ooo...” itu saja yang keluar. Dia rasa mahu tersenyum. Tapi sengaja disimpannya. Bahagia pula rasa. Isk, lebih pula aku ni. Yalah, baru tu lah ayat yang paling lembut yang dia dengar dari mulut anak singa tu. Dengan malu-malu kucing, muka pun pandang lantai saja, dia berkata “ saya cuti..” aduh...menusuk kalbu. Apa? malu? Buat apa malu dia bukan malu sangat, tapi rasa kesian pula buat Hidayah rasa malu. Tengok tu tunduk je. Mesti dia malu sangat. Merahnya pipi dia...
        “ Awak solatlah dulu, saya tunggu,” bila dah malu, tiba-tiba jadi lemah lembut pula. Amboi, bakal isteri mithali gitu.  Taufiq angguk saja. Tapi berat pula mahu mengangkat punggung.
        “ Mmm..dah berapa hari ya?,” Taufiq menekup mulut. Terlepas kata. Alamat binasa la jawabnya. Baru lagi perepuan tu berlembut, dia nak buat hal pula. Aduh, gelojoh betul!  Hidayah menjeling tajam. Mahu ditelannya Taufiq hidup-hidup.
        “ Ops..sorry2...ter..ter,” dia mengulum senyum. Sengaja disimpannya senyum, bimbang Hidayah berubah menjadi singa jadian sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 08:55 AM | Show all posts
Hihi..best2.. tq Sakurakuri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply 43# alin80jb


    sama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 01:34 PM | Show all posts
sambung la lagik
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 07:42 PM | Show all posts
best2... dah lama WR ni sunyi dr citer2 best...
smbg lagi ye TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 08:22 PM | Show all posts
best2... dah lama WR ni sunyi dr citer2 best...
smbg lagi ye TT
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 10:17 AM | Show all posts
best2 sambung lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2011 09:15 PM | Show all posts
kawan-kawan, maaf lambat sikit masukkan n3 baru .harap semua puas hati dengan n3 terbaru ku ini. komen bernas amatlah dialukan.terima kasih semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2011 09:17 PM | Show all posts
Taufiq berdiri di tingkap. Menghayati panorama malam yang kelam. Langit dipandangnya lagi. Sepi. Seperti mendung, tapi bintang-bintang masih bertebaran di dada langit. Bulan pula, sekali sekala hilang ditelan awan dan kabus. Mendung menyelaputi segenap malam, namun malam masih jua indah tak terperi. Malam ini seperti dia, mendung dan suram ...namun indahnya masih menawan. Ah, misterinya malam ini, seperti si dia ku.
        Tadi, selesai saja solat, dia menerangkan serba sedikit kepada Hidayah apa yang dimahukan dalam perkahwinan ini. Tentang tanggungjawab suami, dan tanggungwab isteri. Hidayah cuma diam, entah faham entah tidak. Geleng tidak, angguk pun tidak. Cuma Hidayah kata; dia tidak sempurna, serba serbi tak tahu, ngaji pun tak khatam, agama banyak yang tak faham.
        Dia tunduk saja. Ada air mata bergenang yang ditahan supaya tidak pecah empangannya. Merah wajah itu-entah kerana malu, atau kerana menahan tangis. Kesiannya....umur macam ni masih tak khatam..Taufiq cuba sedaya upaya menerangkan, cuba sebaiknya supaya apa yang dikatanya tidak merendahkan Hidayah dan mengguris hati Hidayah pula. Walau pun garang macam anak singa, tapi bila mata bulat itu merenungnya penuh kusyuk tadi, mendengar tiap butir katanya dengan berhati-hati, tanpa bantahan, dia jatuh simpati pula.
        Namun, bila sampai saja sesi untuk dia pula bercakap, banyak pula yang perempuan ini tidak puas hati rupanya, lebih-lebih lagi berkenaan hal dia main terjah masuk meminang.         Isk, aku ingatkan dah jinak anak singa ni tadi, rupanya tengah mengasah kuku nak menerkam aku dengan soalan yang bertubi-tubi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2011 09:19 PM | Show all posts
“ Kenapa awak masuk meminang ya? Angin tak ada, ribut tak ada...tiba-tiba aja.” Perlahan, ya, perlahan hingga aku terpaksa memicingkan telinga untuk mendengarnya, namun masih keras dia berkata. Berbau marah dia bersuara, namun, aku dapat mengesan... ada sebak dihujung katanya itu.
        Alamak, ni lah yang eden lomah ni, perempuan ni garang macam mana pun, bab jadi ratu air mata memang dialah johan. Berbalik pada soalan tu, aku sedaya upaya berlaku jujur. Aku berterus terang saja, yang aku memang suka pada dia. Suka dengan maksud yang mmm...baik tu lah-nak ajak bina masjid- macam sekarang.
        “ Abang memang sukakan kamu. Dari dulu, mungkin dari kamu berhingus lagi.” Tufiq senyum dengan kata-katanya sendiri. Kelakar sungguh dia rasa. Namun Hidayah sikit pun tak respon. Tak kelakar langsunglah Taufiq!       
        “ Abang, memang dah lama nak kan kamu. Bila ada peluang, abang lekas-lekas bertindak, supaya tak melepas lagi. Jadi abang mintak maaf kalau kamu tak suka.” Wajah itu Taufiq tatap dalam-dalam. Kalau Hidayah pandang ke arahnya dan tidak tertunduk saja macam tu%2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2011 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 19-6-2011 18:37

maaf, ni tertinggal ...

“ Abang memang sukakan kamu. Dari dulu, mungkin dari kamu berhingus lagi.” Taufiq senyum dengan kata-katanya sendiri. Kelakar sungguh dia rasa. Namun Hidayah sikit pun tak respon. Tak kelakar langsunglah Taufiq!


“ Abang, memang dah lama nak kan kamu. Bila ada peluang, abang lekas-lekas bertindak, supaya tak melepas lagi. Jadi abang mintak maaf kalau kamu tak suka.” Wajah itu Taufiq tatap dalam-dalam. Kalau Hidayah pandang ke arahnya dan tidak tertunduk saja macam tu, tentu Taufiq dah merenung kedalam mata Hidayah, dalma-dalam. Biar dia tahu, yang dia dah lama ada hati pada Hidayah.


“ Macam mana kalau saya tak suka awk? Dan saya tak akan suka sampai bila-bila?”


Wow, garangnya. Tak sedar tu dia dah jadi bini aku tu. Tapi tak apa, pelan-pelan, supaya dia paham. Nampaknya dia belum matang sepenuhnya dalam hal begini.


“ Semua dah pun jadi Hidayah, kamu kena terima. Nak tak nak, abang suami kamu, dan kamu kena hormat dan sayang sepenuh hati.”


“ Kalau saya tak sayang?”


“ Cubalah, kita akan hidup bersama sampai bila-bila Hidayah. Cubalah.”


“ Kalau saya tak mahu? Macammana?”


“ Kamu kena cuba. Ianya wajib pada kamu.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2011 09:21 PM | Show all posts
“ Kalau saya berkeras tak nak,” matanya menjeling. Dia ni memang mengada-ngada.
        “ Abang akan buat kamu nak, dan kamu akan mahu. Dengan rela dan sendirinya kamu         nak dan mahu, tanpa dipaksa oleh siapa-siapa.”
        “ Huh.” Dia mendegus. Bibirnya seakan mencebir.  Berlagak dan angkuh sekali. Eksyen kamu ya. Wajahnya dihalakan ke lain. Bukan lagi mengadapku.
        “ Cubalah. Abang akan usahakan, sampai kamu mahu dan sayang abang, malah lebih dari sayang. Kita mula dari A sampai Z,” Perlahan saja aku bisikkan ke telinganya. Jari-jarinya yang merah itu, aku ambil dan  bawa ke bibirku. Bila saja jari-jari itu aku tarik dan mahu menciumnya sekali lagi,  dia memejamkan matanya.-menunggu aku mengucup jarinya lagi. Aku suka dia begitu. Khayal.
        Mungkin lama menunggu, kucupanku masih belum sampai ke jari-jarinya, dia membuka matanya. Saat itulah aku mengucup jarinya yang manis itu. Dia tersentak dan matanya yang indah itu, membulat –tambah menarik. Belum sempat aku ke adegan seterusnya, dia menarik kasar  tangannya. Ah, matanya mula garang semula. Wajahnya dimasamkan. Hai...cepatnya dia berubah angin. Namun aku tahu, dia terharu tadi, mungkin dia rasa bahagia, sengaja disembunyikan. Langkah pertama sudah selesai.
        Hai perempuan, kita tengok lama mana kamu mampu jadi anak singa jadian tu! tadi baru sikit, dah cair habis. Taufiq mengulum senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 02:59 PM | Show all posts
best...sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 04:34 PM | Show all posts
next.....................
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 09:38 PM | Show all posts
sambung lg yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2011 11:08 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:24 PM | Show all posts
best.... sempoi
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 04:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by zek73 at 20-6-2011 16:23

menunggu   n3....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:58 PM | Show all posts
bila lagi sambungannyer......
lambatnyer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.058687 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list