CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80740|Reply: 449

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
Post time 10-6-2011 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sakurakuri at 26-6-2012 22:56

      Suasana malam hening sekali dan entah mengapa, sebutir bintang pun tiada menemani dada langit. Cengkerik yang sering berlagu menghibur di malam hari juga seperti merajuk panjang dan membisu seribu bahasa. Sunyi dan sepi bersatu dalam jiwa yang sememangnya kosong. Gelap dan kelam menyelubungi segenap ruang.


Daun jendela itu dibuka luas-luas. Mengizinkan angin dingin mencuri masuk dan menyelinap ke segenap bilik pengantin yang indah terhias.
Terasa hembusan angin malam meraba-raba setiap inci tubuh dengan mesra, bagai satu belaian kekasih hati. Hidayah melihat ke jarinya yang masih merah itu. Menyala-nyala benar warnanya. Seakan tidakkan pudar sampai bila-bila. Seakan kekal warnanya di situ sampai Hidayah tua.

*************************************************************************************


“Silau mata Mak Ngah”, kata ibu saudaranya itu malam tadi, ketika inai di jarinya itu dibuka.


“Wahh.. menjadi benar merahnya! Suami sayang ni”, gurau Mak Su pula. Mengusik. Hidayah tersipu malu. Sayangkah Taufiq padaku nanti?


Hidayah masih ingat lagi detik-detik terakhir sebelum dia bergelar isteri orang, atau lebih tepat lagi isteri Taufiq, semalam. Semuanya memuji-muji Hidayah, bakal si pengantin baru esok. Hidayah yang berseri-seri. Hidayah yang manis. Semua orang gelak ketawa. Semua orang Hidayah tengok tersenyum girang dengan majlis pernikahan Hidayah itu. Padahal hati Hidayah sangat kecewa dengan perkahwinan ini, terluka sekali. Sedih bagai nak gila.


Apa la nasib diri bila terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah hadir dalam hidupnya. Tidak pernah sekali pun bersuara atau bertegur sapa walaupun sekampung. Bukan Hidayah tidak pernah terserempak dengan Taufik tu di kedai runcit Pak Mat, bukan Hidayah tidak pernah berselisih dengan Taufik dekat pasar malam kampung Haji Suji ini, tapi sekali pun mereka tidak pernah bertegur sapa. Dasar lelaki sombong dan perasan bagus. Pandang pun tidak, jeling apa tah lagi. Tengok-tengok, masuk meminang pula.


Sejak putus tunang dengan Ridzuan dulu, hati Hidayah betul-betul tertutup untuk menerima mana-mana lelaki lagi. Kecewanya masa itu, hanya Allah yang tahu. Lebih-lebih lagi, orang yang diharapkan untuk menjadi pelindung dan pemimpin sejati dalam rumah tangga, rupanya curang di belakang. Ah, tidak sanggup lelaki seperti itu dijadikan suami. Tidak dapat diumpamakan dengan apa sakitnya putus cinta itu. Selepas cincin pertunangan dipulangkan, Hidayah meletakkan titik noktah pada cinta. Lebih-lebih lagi lelaki itu telah sah bergelar suami orang lain.


Namun, malangnya, titik noktah itu begitu mudah dipadam oleh Haji Baharin. Sekali sental sahaja, Hidayah terpaksa membuka pintu hatinya secara paksa untuk menerima Taufiq pula, lelaki serba sempurna di mata Haji Baharin. Tambahan pula desakan keluarga yang bertali arus, dan gelaran anak dara tua yang disandang, Hidayah turutkan jua kata Haji Baharin. Walau hati berjuta kali mengatakan tidak, namun ada rasa tanggungjawab untuk menggembirakan hati orang tua.

Last edited by sakurakuri on 7-11-2013 10:17 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2011 06:40 PM | Show all posts
Biar hati terluka. Biar. Mungkin ini jalan terbaik untuk Hidayah melupakan kisah dukanya itu. Apa daya dia. Hitam kata bapak, hitamlah kata Hidayah, putih kata bapak, putihlah mata Hidayah.
Yang nyata, Hidayah akan jadi isteri Taufiq, Taufiq yang lima tahun lebih tua darinya itu. Hah... bujang terlajak tu nak jadi laki aku? Baik aku kawin lari dengan mamak kat pekan tu lagi bagus. Hidayah jadi geram pula pada Taufiq. Dah la bujang terlajak, gatal pula nak kawin dengan aku. Anak beranak sama aje, pantang nampak perempuan cantik, kopiah pun boleh melayang. Hati Hidayah mengutuk-ngutuk Taufiq.
        Majlis kenduri dua hati itu meriah sekali. Satu kampung datang berjamu. Kampung sebelah menyembelah turut serta. Hj. Baharin pula sibuk ke hulu hilir bagai hulu-balang istana. Hurrmm... Bapaklah yang paling gembira, senyum sampai ke telinga. Manakan tidak anak bongsunya berkahwin dengan anak tunggal rakan baiknya sejak dari sekolah pondok, Ustaz Karim Jawa, merangkap Tok Imam masjid Kampung Haji Suji. Berbesan dengan orang penting dalam kampung ini membuatkan lubang hidung Haji Baharin mengembang-ngempis tidak mengikut skala lagi saiznya.
        Taufiq pula bukan calang-calang budaknya. Menantu grad A+, taraf lima bintang kata Haji Baharin. Disahkan oleh JAKIM, diluluskan oleh SIRIM. Amboi pak, macam barang pulak si Taufiq tu, melangit pujian nampak!. Yang paling mustahak, belajar sampai ke Mesir, bukan setakat pandai mengaji Quran. Malah serba serbi pandai. Tampan begaya usah dikata.  Itu kata bapak lah, entah ya, entah tidak. Entah-entah pandai memandai-mandai saja si Taufiq tu.
        Haji Baharin awal-awal dah terpikat. Malah pandai pula dikelentongnya si Hidayah “ bapak dah chop si Taufiq tu sejak dari kecik lagi untuk kau”. Padahal bila Taufiq dah berkereta dan duit berkepuk barulah bapak chop nak buat menantu.
        Alkisahnya, maka tersebutlah kisah, kampung haji suji mencipta sejarah buat julung kalinya kenduri anak ketua kampung dengan anak tok Imam. Meriah majlisnya, riuh rendah suasananya. Ada pun begitu, tiadalah terkira berapa biji pinggan mangkuk yang pecah akibat daripada meriahnya majlis penyatuan dua hati ini. Maklumlah, orang kata kalau tak pecah pinggan, tak meriahlah majlis. Anak bongsu merangkap anak emas haji Baharin la katakan hendak bermenantukan anak tunggal Tok Imam pula. Tidak cukup dua ekor lembu tumbang. Bapak tambah lagi tiga ekor kambing. Masyaallah lah. Tujuh hari tujuh  malam kenduri anak perempuannya itu. Gembira benar orang tua tu bagai bermenantu putera kayangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 06:43 PM | Show all posts
salam....kawan2, sy orang baru. sebenarnya dah lama mengikuti forum ni, tp baru tergerak
nak sama2 meriahkannya. sebagai buah tangan, ni cerita sy yg xseberapa. otai2 sila tunjuk ajar
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:11 PM | Show all posts
best...sila2 sambung
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:31 PM | Show all posts
sile2 sambung..menarik kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:50 PM | Show all posts
smbung lagi...lagi..lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2011 08:22 PM | Show all posts
permulaan dah nampak best citer ni...
rajin2 letak n3 yek
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 09:04 PM | Show all posts
sy bukak thread ni tadi pasal tajuk nye yg best.....cerita ni punn best..neway keep it up ya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 10:09 PM | Show all posts
wahhhh cite bru..lg2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 10:21 PM | Show all posts
Gelap malam dipandang sepi. Hidayah mengeluh perlahan. Bosan. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya diangkat ke atas dan... satu, dua tiga,
“HHuuarrrggghhhhhh!!.” Hidayah menggeliat sekuat hati. Melegakan urat-urat dan otot-otot yang penat bekerja keras sepanjang hari. Melancarkan aliran darah kesegenap saraf.
        “ Uih. Seksinya.” Tiba-tiba ada suara yang menegur. Seakan terkejut  dengan aksi Hidayah tadi. Hidayah malu sendiri, tambahan pula lepas lakunya tadi pasti Taufiq melihatnya. Sementelah melihat Taufiq tersengih-sengih bagai kerang busuk. Hidayah malu. Geram.
        “Awak ni, lain kali masuk bagi salam. Ingat bagus sangat masuk bilik orang macam penyangak.” Matanya membulat menahan marah. Akibat dari rasa malu tadi, maka tercernalah riak-riak marah dalam jiwanya. Ah, sepatutnya aku beraksi sopan santun dihadapannya, dan menjadikan malu sebagai aset untuk memikat hati suami. Ciss!
        “ Mmm” dia mencebik.
        “Yang awak menggeliat kat tingkap tu ingat bagus sangat la. Macam jerangkung je saya tengok.” Taufiq membalas selamba. Hidayah diam tak terkata. Matanya tajam menjeling. Inikah menantu grad A+ pilihan bapak?.
        “Elleh...entah-entah nak mengintai. Patut main redah je.”
        “Sori sikit eh, intai-intai wa tak main tau. Kalau saya nak tak payah intai-intai, terkam je awak tu bawak ke katil.” Selepas itu, Taufiq ketawa. Ketawa kontrol supaya suaranya terkawal. Bimbang juga andai didengari oleh saudara mara.  Hidayah bertambah geram.
        Taufiq merebahkan badannya ke tilam empuk. Ahhh.. lega dapat merehatkan badan begitu. Almaklumlah, sejak dari pagi tadi perlu menjadi raja sehari, baru sekarang dapat merebahkan badan ke tilam.
        Senyuman nakal tidak putus dari bibirnya. Bagai sengaja menyakitkan hati Hidayah. Entah kenapa Hidayah merasakan senyuman itu bagai mengejek-ngejeknya. Lantas, dengan perasaan marah bercampur geram Hidayah menutup tingkap sekuat hati. Berdentum kuat.
        “ Tingkap tu dah cukup rapat dah, tak payah la awak hempas kuat-kuat. Tak ada sapa nak mengintai kita malam ni.” Taufiq gelak lagi, namun sengaja ditahan-tahan. Merah mukanya. Kopiah putih dikepalanya ditangalkan, lalu diletakkan di atas meja solek. Senyuman masih belum putus dari bibirnya. Menyerlahkan giginya yang tersusun rapi.
        Hidayah naik geram. Sikit-sikit gelak. Sikit-sikit gelak. Lantas Hidayah duduk di kerusi meja soleknya. Menyikat-nyikat rambut. Otaknya ligat berfikir. Benci pula bila memikirkan akan tidur sekatil dengan Taufiq malam ni. Lelaki grad A+ konon!. Kenapalah kasar sangat dia ni. Nak menguji akukah?.
        Taufiq sudah mengambil tempat di sebelah kanan katil. Menyediakan ruang untuknya di sebelah kiri. Geli pula bila difikirkan begitu. Apa nak buat ni? Nak keluar, semua orang telah tidur. Hendak menonton tv, ada pula anak-anak saudara yang tidur di situ. Hidayah berkira-kira tindakan yang perlu. Sesekali dijeling ke arah Taufiq yang sedang membaca buku “ Melangkah ke gerbang perkahwinan”. Buku yang diperoleh semasa kursus perkahwinan dulu. Eee...buku tu pun nak dibacanya. Hidayah jengkel. Geli. Meremang bulu romanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 09:04 AM | Show all posts
kwin paksa ke nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 09:09 AM | Show all posts
macam  tak  puas.... sambung  lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2011 03:02 PM | Show all posts
Kepalanya digaru-garu. Alamak, macam mana ni? Buatnya dia terkam aku, mana nak lari ni? Menjerit nanti, sure satu rumah gempar. Kemudian  kena gelak. Esok pagi-pagi mesti kena ejek. Aduhh...
        Hidayah mencuri pandang lagi pada Taufiq. Namun apalah malang, mata mereka bertembung pula. Taufiq tersenyum sambil mengangkat-angkat keningnya dua tiga kali.
        “Gatal! Lelaki gatal!”. Lantas sikat di tangan secara automatik tercampak ke arah Taufiq. Sengaja pula Taufiq membiarkan sikat itu mendarat di dadanya. Mengadanya...nak tayang dada lah pulak!
        “Perempuan Sombong! Orang nak berbaik, dia jual mahal.” Sikat biru muda itu diletakkan di tepinya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Hai, perempuan, perempuan.
        ‘Dah la kasar! Menyampah!’ Hidayah mengomel-ngomel perlahan. Entah apa yang dibebelkannya Taufiq tidak tahu. Kerusi meja soleknya ditarik kasar.
        Hidayah membuka pula botol krim Olay, lalu di sapukan kewajahnya. Kemudian diratakan perlahan-lahan. Diperhatikan wajahnya dicermin, dibeleknya setiap inci wajahnya tanpa menghiraukan Taufiq yang konon-kononnya kusyuk membaca buku tu. Elleh, peduli apa aku!
        ‘Sombong? Aku sombong?. Sakitnya hati aku. Nak berbaik ape kalau masuk pun dah macam penyangak. Bukan nak berlembut-lembut, romantik-romantik.’ Dia membebel-bebel lagi. Perlahan. Risau juga andai Taufiq mendengar apa yang di katanya. Amboi Hidayah, pandainya mengutuk, sedar sikit diri tu lagu mana tadi. Kasaq tau depan suami.
        “ Meh, baring kat sebelah abang sayanggg.” Tiba-tiba Taufiq bersuara. Gatal bunyinya di telinga Hidayah. Tangannya menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Buku tebal yang di bacanya tadi, diletakkan di kepala katil. Riak-riak nakal terserlah di wajah lelaki itu.
        Hidayah menjeling tajam. Benci dipandangnya Taufiq- Lelaki Gred A abah tu! senget kepalanya akibat dari memberi jelingan begitu.
        “ Marilah...” Taufiq merayu lagi. Merayu? Yekkk...kembang leher hidayah.
        Taufiq bangun dan menghampiri Hidayah. Hidayah cuak. Kaku.
        “ Meh la sayang...”
        “ Apa kena awak ni??”
        “ Alaa... nak bermesra ..tunaikan tanggungjawab abang. ” Taufiq geli hati melihat Hidayah tak keruan begitu. Timbul idea nakal untuk mengusik isterinya itu. Hidayah makin geram. Dia dengar ke apa aku bebel tadi?? Alamak. Cuak.
        “ Awak dekatlah, saya baling dengan botol ni.” Hidayah sudah besedia mahu membaling botol krim kecantikan olay yang sebesar penumbuknya itu tepat kelobang hidung Taufiq anak lelaki Ustaz Karim  Jawa ni. Dia mengacah-acah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2011 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 11-6-2011 15:14

thanks kepada pembaca. ini kisah isteri degil dan mengade2 tp suaminya penyabar...untuk watak suami boleh bayangkan mukanya macam mmmm....sami yusof kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 03:41 PM | Show all posts
untung dapat suami cm ni..

nice story
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 06:46 PM | Show all posts
sila2 smbung,,,jgn malu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 01:14 PM | Show all posts
menarik.....
next n3 please
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 02:05 PM | Show all posts
Disahkan oleh JAKIM, diluluskan oleh SIRIM - khelas gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2011 07:16 PM | Show all posts
Taufiq makin mendekat. Hidayah makin tak keruan. Apa kena la orang tua ni. Tangan yang tadi gagah nak membaling botol itu tiba-tiba lemahla pula bila tiba-tiba pergelangan tangannya disambar oleh Taufiq. Tangan taufiq mula memegang tangan hidayah. Rontaan tanpa suara itu nyata tidak berhasil. Hidayah mendengus geram. mahu dijerit pasti seluruh rumah akan dengar. Bahkan, seluruh kampung ni boleh dengar. Alamak...
        “Lepaslah!” Taufiq senyum.
        Nakal. Hidayah naik ngeri melihatkan kelakuan Taufiq yang tiba-tiba berubah gatal dan bahaya itu. Tadi semasa majlis bukan main alim ulamak lagi dia, pijak semut pun tak mati, sekarang ni dah macam ular dalam semak dah Hidayah tengok.
        “ Baik awak lepaskan”
        “ Kalau tak nak?”
        “ Awak jangan ingat saya ...saya jerit nanti” Meledak tawa taufiq. Jengkel. Sinis.
        Dan entah kenapa, dia rasa tercabar pula bila mulut yang cantik itu mengungkapkan kata-kata begitu. Salah ke dia mengusik? Salah kah?
        “ Nak menjerit konon...jeritlah kuat2, biar semua orang kampung dengar. Mahu sebulan tebal muka kamu yang cantik ni,” wajahnya di rapatkan sedikit ke wajah Hidayah. Bau wangi dari krim muka Hidayah itu menggoda nalurinya. Dilepaskan jua tangan wanita itu, tidak sanggup untuk dia melihat wanita itu marah-marah begitu di malam pengantin baru mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 01:06 PM | Show all posts
kan dah sangkut taufiq ni

ske2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.076399 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list