Kuiz ini diinspirasikan dari forumer hermione_twin
game ini mudah.....
pemain dikehendaki membina perkataan lain yang
mengandungi huruf dari perkataan yang diberi
caranya begini :
pemberi soalan akan memberikan 1 perkataan .... sebagai contoh,
PERISTIWA
perkataan yang boleh dibina dari perkataan di atas adalah
1. resit
2. perit
3. sita
4. sawit
perkataan yang tidak akan diambil kira :
1. sawat
kerana ...... bilangan huruf A yang diberikan cuma 1 huruf
syarat permainan :-
1. Minimun huruf untuk setiap perkataan yang dibina ialah 3 huruf
2. Perkataan mestilah dari Bahasa Melayu sahaja
3. Point akan dibagi utk setiap perkataan yang korang bina
4. Ejaan shortform tak akan diambil kira
5. Nama Negara dan nama orang cth cam India, Siti, Australia, Noor tak diambil kira
6. Boleh menjawab seberapa banyak perkataan tetapi hanya 1 perkataan setiap post
7. Masa diberikan untuk menjawab hanya 10 minit dari masa soalan diberikan
8. Sekiranya terdapat perkataan yg sama, point akan diberi kepada forumer yang terdahulu memberikan perkataan itu
9. Setiap jawapan tidak boleh di edit
10. Selagi pengiraan belum selesai, tidak dibenarkan memberikan perkataan baru
11. Penyertaan mesti mulai dengan posting yang menandakan "check-in"
12. Penyertaan SR dikira tidak sah, jawapan tidak dikira.
13. Tidak boleh mula permainan jika pemain kurang dari 5 orang (tak termasuk pemberi soalan)
SISTEM POINT :
PEMBUKA THREAD/UPDATER - 50 point
PEMBERI SOALAN/TUKANG KIRA - 10 point utk setiap soalan
PEMAIN - 1 point utk satu perkataan yang diterima