CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 701|Reply: 0

[Terengganu] Dua malim gunung terima Anugerah Bakti Komuniti JBPM

[Copy link]
Post time 28-7-2025 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Dua malim gunung terima Anugerah Bakti Komuniti JBPM

Oleh Nazdy Harun - Julai 28, 2025 @ 11:44am





Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad menyampaikan Anugerah Bakti Komuniti kepada Norhayati Hamzah pada majlis Penutup Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai. - Foto GHAZALI KORI



MARANG: "Sebaik dimaklumkan seorang wanita mengalami dehidrasi, saya bersama sembilan lagi rakan malim gunung terus ke air terjun Latar Langsir, Hulu Dungun, yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan," kata Nor Hayati Hamzah.

Nor Hayati, 40, yang juga ibu kepada tiga anak dari Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun itu berkata, dalam kejadian pada 28 April lalu membabitkan mangsa berusia 38 tahun dari Selangor.

Beliau berkata, dia dan rakannya memulakan perjalanan kira-kira jam 10 pagi dan perlu menempuh jarak sejauh 8.5 kilometer sebelum tiba di lokasi pada jam 3 petang.

Katanya, mangsa yang dalam keletihan selepas itu dibawa keluar dengan menggunakan helikopter unit udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Kami naik ke puncak gunung untuk memberi bantuan awal sebaik dimaklumkan mangsa mengalami masalah dehidrasi selain menentukan kedudukan bagi pasukan penyelamat datang menghulurkan bantuan seterusnya.

"Selesai mangsa dibawa keluar menggunakan helikopter, kami mengambil tugas membawa turun rakan lelaki mangsa yang bersamanya ketika kejadian," katanya yang menerima Anugerah Bakti Komuniti pada Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Dewan Auditorium Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini, semalam.

Beliau berkata, ia bukan kejadian pertama yang dilaluinya malah pada 2017 juga dia melalui detik sama apabila pendaki mengalami lecur seluruh badan akibat gas memasak memenuhi ruang khemah selepas mangsa tertekan picu tin gas berkenaan tanpa disedari.

Katanya, api kemudian menyambar sebaik mangsa menghidupkan pemetik api untuk memasak dan keseluruhan badan mangsa melecur akibat kejadian itu.

"Dalam kejadian itu unit helikopter JBPM juga digunakan untuk membawa turun mangsa dan dibawa ke hospital manakala dia bersama rakan-rakan terlebih dulu menempuh perjalanan kira-kira lima jam untuk ke lokasi menyelamat," katanya yang juga mengusahakan peniaga kedai makan..

Sementara itu, Mohd Khairi Mohd Aziah, 32, seorang jurukimpal dari Kampung Binjai, Kemaman berkata, dia ternampak kepulan asap dan api dari dalam sebuah rumah pada jam 12.45 tengah hari 19 Jun lalu ketika dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sekolah.

"Tanpa berlengah, saya memecahkan pintu rumah berkenaan dan membawa keluar seorang kanak-kanak yang sedang menangis di ruang tamu, manakala seorang warga emas berada di dalam sebuah bilik.

"Walaupun nyawa menjadi taruhan namun keadaan genting memaksa saya untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelamatkan dua mangsa kebakaran berkenaan.

"Alhamdulillah, kedua-dua mangsa dapat diselamatkan dan kejadian menyelamatkan dua mangsa kebakaran merupakan pengalaman pertama buat saya," katanya yang menerima Anugerah Jiwa Penyelamat.

Menurutnya, dia tidak menyangka pertolongan ikhlas yang dihulurkan mendapat perhatian daripada JBPM.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1425547/dua-malim-gunung-terima-anugerah-bakti-komuniti-jbpm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036763 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list