CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: terubok

asal kek lapis hakcipta dan warisan bangsa Melayu Sarawak

[Copy link]
Post time 17-6-2011 12:50 AM | Show all posts
suka jugak makan kek lapis ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 10:00 AM | Show all posts
bukan cerita kek lapis ajak kelakar sarawak. dkt topik lain pun ada...mcm travel pun board. ada  ...
dee556 Post at 14-6-2011 15:07


kueh tunok kedak ya nang nyaman ...rasa orennnnn....
lamak ada x makan kueh tunok kdak ya ..waktu mak  ku gik mudak mudak dolok nang nyaman....
betapa kehidupan tok hanya sementara..
hanya kenangan yang bisa ku kenang...chewahhhhhhhh wakawaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 06:31 AM | Show all posts
kek lapis sarawak memang beh!

huihuhuhhihu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 09:32 PM | Show all posts
raya sik lamak gik tok...

meleleh air liur kamek nangga kek-kek ya..

ooo..cam ya crita asal kek lapis tuk...selama tuk makan sik juak terpikir pasal ya..

kmk tok memilih sikit...suka nak ada cheese ngan cokelat jak...

mun makei butter tin kuning ya nang nyaman..tapi harga..pergh...muflis beg duit aku..

nak makei majerin biasa, ok juak..tapi nangga sapa polah lah..

mun kawan sekerja bos kmk dr semenangjung dtg sitok, mesti sidak ya mesan..

sik setakat 1/2 saiz jak...kadang2 sampei 2-3 bijik sidak order..

bos kmk selalu meli kat kuching..kedai hajjah apa tah nama kedai ya..ada sebelum raya taun lepas masuk tv.. kilangnya di sebuah kampung..

nyaman eh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:47 PM | Show all posts
aku suke btl kek lapis sarawak.the best.indon pun takleh lawan.mende wajib aku beli kalau gi sarawak.nak org sarawak jugak buat.kalau org sini buat tak gempak.tak rasa nikmat mcm gi sarawak wahaha (biasa la nikmat tu kena ada). sekali beli habis beratus duit aku~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2011 05:26 PM | Show all posts
Moleh kek lapis tok ngambik masa... sebab nak molah layer yer, kena masak sigek sigek...

Oven mak kamek kat kampung nun, 4 acuan sekali masuk... sehari, boleh molah 4 jenis kek lapis...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 01:48 PM | Show all posts
agaknya kalau yg berat 1 kg berapa Rm harga yaa....saya mmg sukee sgt kek lapis srwk ni.. kebetulan kwn & sepupu pun ada yg posting kt sarawak...selalu derang bwk balik kek lapis ni.. sedappp...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 01:49 PM | Show all posts
camana kek lapis blh jd makanan warisan melayu sarawak?bukankah kek tu sendiri makanan org putih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2011 11:47 PM | Show all posts
makanan org putih? hik hik..

sbb org putih beli  drp org melayu sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 02:56 PM | Show all posts
mana nak beli online kek lapis zurina brand?ada website?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:57 PM | Show all posts
the best kek lapis dkch bagi kmk. rah simpang 3 ya. lapis sari nama kedei nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 10:35 AM | Show all posts
BERITA:


KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

    Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.

    Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

    Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

    Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.

    “Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.

    “Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.

    Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.

    Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.


    Persatuan akui ramai batal tempahan

    KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.

    Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.

    “Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.

    Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.

    Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.

    “Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.

    “Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.

    Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.

    Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.

    Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.

    “Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.



Seperkara lagi, mentega itu paling popular dan paling banyak digunakan dalam kalangan pengusaha kerana dapat menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan. Dengan kelebihan yang sedemikian, adakah pengusaha dengan mudah akan membuang atau menggantikannya dengan jenama lain?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 12:26 AM | Show all posts
Reply 11# fieeda87

skrg ni dah ada di jual di semenanjung..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 36# rezqy


    Mmg la ada..tp x sama...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 07:56 PM | Show all posts
cney mok carik Kek Lapis perisa belacan ooo??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 09:42 PM | Show all posts
blh bagi tips x camna nk simpan kek lapis supaya tahan lama,ada bc petua srh letak kek kat tmpat beku@freezer?sy cdg nk beli 20hb10 time dtg kchg,ingat nk smpan smpai 19hb11 utk bwk blk smnnajung ct sek..x rosak ka kalau smpn utk sbln?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 05:20 PM | Show all posts
dari kecik kita dah nangar dan dah merasa kek lapis.

mun dolok2 mensia kek lapis tok timbul waktu ...
terubok Post at 6-6-2011 16:30



    Melayu Sambas dgn Melayu Sarawak sikda persamaan lalu2. Tutur kata sidak pun aku sik paham. Coba ko pegi youtube kak ya main video klip lagu Melayu Sambas. Haram ku sik paham. Nak 'sama' ya cuma sbb "Melayu" jak... dari segi tarian, budaya, muzik.. ya nang masih sama. Tapi bahasa masih jauh beza.

Mun nak madah kuih lapis nang asal sidaknya, kita sik juak dpt padah camya selagik sik dpt dibuktikan. Aku percayak idea asal molah kek lapis tok ialah org Sarawak (Kuching) pun, no doubt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 04:14 PM | Show all posts
hehe..alu molah kek kak maca entry tuk..hehe..jaman mensia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:15 AM | Show all posts
Kalo mau tau siapa pengasas Kek Lapis Sarawak dan bagaimana nama-nama Kek Lapis Sarawak  diberi nama, sila cari pengasasnya di alamat seperti di bawah.

Tuan Haji Bujang Seran / Puan Hajjah Fatimah
467, Jalan Tanjung Selatan,
93400 Kuching, Sarawak.

Terdapat bukti-bukti dalam bentuk gambar dan tulisan. Banyak penguasaha Kek Lapis di Sarawak telah belajar dan menimba ilmu daripada kedua-dua pengasas berkenaan.

Seeing is believing..

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.387393 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list