CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 2

Part 1 - Permulaan Perasaan Songsang Aku

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 6-7-2025 08:41 PM |Read mode
Hi. Nama aku Dee. Aku terpanggil untuk share kisah aku sendiri memandangkan semakin banyak posting berkaitan WLW dimuat naik secara terang-terangan di media sosial. Perkara ini mengundang komen dari pelbagai kategori manusia, yang menyokong, yang mendoakan, waima yang keliru mengapa perkara ini dinormalisasikan. Aku pun keliru. Aku sendiri setuju. Sesuatu di luar norma sepatutnya disimpan ketat dalam lingkungan kau dan pasangan kau sendiri. Buat apa nak post? Nakkan validasi? Mungkin.

Aku nak cerita kisah aku, macam mana mulanya aku keliru punya perasaan songsang, sehingga akhirnya aku kalah dengan nafsu ini dan mula terlibat dan berhubungan dengan perempuan kedua yang aku cinta. Kenapa kedua? Sebab yang pertama ajar aku erti cinta tak semestinya bersama.

Aku berasal dari keluarga yang sederhana. Sederhana dalam semua perkara. Ekonomi, pendidikan dan agama. Aku anak tunggu perempuan. Sepatutnya aku pasti terkinja-kinja mahu perhatian lelaki, tetapi tidak. Mungkin sebab aku disekolahkan di sekolah perempuan sejak umur aku 7 tahun. Sewaktu sekolah rendah, perasaan aku normal. Budak-budak. Tak ada rasa nak bercinta. Cuma rasa malu biasa kawan-kawan atau mak sedara mengusik aku dengan mana-mana lelaki. Gitu je. Sampai la aku masuk tingkatan 1. Aku kenal dengan wanita pertama yang menghuni hati aku ini. Kenapa wanita? Sebab dia, cikgu aku. Aku bagi nama cikgu Rai.

Cikgu Rai ni guru kelas aku. Dia ajar geografi. Awalnya aku tak lah suka dia. Bukan kategori cinta pandang pertama pun. Cuma cikgu Rai ni jatuh range cikgu muda dekat sekolah tu. Bila cikgu muda, kita as budak baru nak up rasa sangat dekat la kan. Boleh buat member. So aku nak kalau boleh dia pay attention kat aku je berbanding classmates lain. Bila dia marah classmate aku yang lain sebab bising, aku jadi suka. Aku nak cuba bising juga supaya dia marah aku. Dia nampak aku and marah aku. Tapi susah untuk aku, sebab aku pendiam. Dalam kelas aku tak banyak cakap. Aku cakap dengan kawan sebelah pun, aku akan diam kalau dia tiba-tiba lalu sebelah. Nervous. Entah kenapa. Setiap kali dia masuk kelas, aku happy. Aku terfikir nak buat macam-macam, tapi tulah. Aku cuma fikir je. Bila badan nak buat and gerak, aku kaku. Tak berani. Takut dia tak suka aku sebab aku student bermasalah. Sedangkan aku cuma nak attention dia. Hari demi hari, aku cuma dapat tengok dia diam-diam dan dari jauh. Aku punya diam-diam tu sampailah aku dapat nombor hp dia, aku tahu kereta dia, aku tahu nombor ic dia, aku tahu dia study uni mana dulu siap nombor matrik pun aku tahu, then everyday aku listdown apa dia pakai hari-hari from head to toe, aku tahu jadual harian dia which aku acah-acah terserempak dekat tengah jalan sedangkan aku tahu next class dia memang area situ, basically aku hampir tahu semua benda kecuali rumah dia.

Sampai satu masa, aku sedar feelings aku ni lain. Aku suka dia ke? Kenapa aku sampai macam ni sekali? Aku rasa nak  chat dia hari-hari. Kalau dia tak reply, aku sedih. Aku rasa tak keruan kalau tak jumpa dia kat sekolah. Aku sanggup datang awal sebab nak usha dia dalam bilik guru. Aku join sukan sebab nak banyak masa dan persamaan dengan dia. Aku pernah cuba follow kereta dia sebab nak tahu mana rumah dia. Banyak benda aku buat hanya untuk dia tahu aku sayang dia. Tapi sayang apa macam ni? Sayang ke cinta? Benda ni happened untuk 3 tahun ya. 3 tahun tu ada fasa happy, sedih, rebel. Happy bila dia melayan aku. Dia pernah guna word sayang (gurauan) dekat aku. Time tu hati aku berbunga-bunga tak pagah cerita la. Dia wish aku goodluck for exam night before paper. Sedih bila aku desperate bak attention dia tapi dia tak respon. Dia tu kadang kekwat, malas nak layan. Makan hati sorang je la mampu. Rebel pula masa aku form 2. Aku fedap dia tak nampak effort aku, so aku ubat perwatakan. Aku jadi budak masalah supaya dia nampak aku, and tegur perubahan aku. Tapi tak tegur pun. Nyampah.

Despites all negative feelings, aku still sayang and nak dia. Tak pernah putus asa. Sampailah form 4, aku tekad nak pindah. Aku pindah sebab aku taknak ada perasaan yang takkan terbalas ni lagi. Aku bukan tak pernah cuba ignore dia, pernah je, tapi susah. So maybe dengan cara aku angkat kaki, kenangan baru dapat menutupi kenangan lama. Tapi aku salah. Salah bila aku confess dekat dia masa aku otw nak pergi sekolah baru. Waktu itu, effort aku dilihat. Effort aku dibalas. Cuma terlewat. Saat aku dah tekad. Kenapa masa aku masih di satu sekolah dengan dia, dia tak pandang aku? Kenapa mesti waktu dah jauh? Aku confess tu bukanlah menyatakan perasaan cinta, aku cuma menyatakan kekesalan aku terhadap sikap dia, and kesemua effort aku selama tiga tahun. Sejak itu, layanannya pada aku tak sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2025 11:02 AM | Show all posts
haa sambung.. skrg ni sape awek kau?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 02:32 PM | Show all posts
Mana nyaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039006 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list