CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1555|Reply: 11

"Kurang ajar", Enot bengang dituduh lesbian

[Copy link]
Post time 30-6-2025 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 1-7-2025 02:00 AM

PUTRAJAYA – Menjawab teka-teki ramai, pelakon Enot sekali lagi menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia menjalin hubungan sejenis dengan wanita bernama Zack.

Kata Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 47, dia sudah lali dengan segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Bila saya kurus orang cakap saya buat pembedahan bariatrik. Sedangnya saya jaga pemakanan saya. Kemudian, mereka fitnah pula saya ‘berkahwin’ dengan teman saya iaitu Zack. Itu paling kurang ajar.

“Saya masih tahu hukum agama. Saya kenal dengan Zack sejak 30 tahun lalu. Saya dulu sekolah convent. Kehidupan saya memang dikelilingi oleh pelbagai jenis wanita,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Mis Claire di pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Kata pelakon drama Labuna Labuni itu lagi, sekiranya benar dia menjalin hubungan lesbian, dia tidak akan berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.

“Saya buat konten dengan Zack sekadar suka-suka. Kalau ada terpegang pun, kami sama-sama perempuan. Bukan haram pun. Kau nak tengok aku pegang, berpeluk dengan jantan ke? Itu lagi haram.

“Ada yang cakap kenapa saya tak cari lelaki? Saya dah pernah kahwin sebanyak dua kali. Hanya Allah sahaja tahu apa yang saya lalui,” jelasnya.

Enot juga berharap agar masyarakat tidak menghukum Zack kerana dia percaya setiap manusia pasti akan berubah satu masa nanti.

“Kami sama-sama berniat merancang untuk pergi menunaikan ibadah umrah satu hari nanti. Kami hanya manusia biasa yang turut mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.

“Allah pandang pada pengakhiran seseorang itu bukan pada awalnya. Yang mengata lebih-lebih silap hari bulan aku ke syurga anda yang ke neraka,” ujarnya.

Terdahulu, nama Enot kembali menjadi sebutan disebabkan sering dilihat bersiaran langsung dalam media sosial bersama kawan sejenis bernama Zack.

Dia juga menyorot perhatian ramai apabila penampilannya semakin kurus. Disebabkan itu, ramai membuat andaian kononnya dia melakukan pembedahan bariatrik. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2025 06:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengkurang ajar kepada diri sendirikah?


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 11:25 AM | Show all posts
Dasat filter. Terus iras siti nurhalijah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb la org2 yg jenis,tgok gambar jatuh chenta.bergegar2 ovari,begetar tulang rusuk.

Sekali jumpa,nahhhhhhhhh

Tercampak 200 marhalah dia punya beza.ko jamak sesiap la dek sebelom snap back to reality.

"oh dunia ini,penuh kepalsuan......"

- Mak Cik Aishah -

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-6-2025 10:55 AM
Mengkurang ajar kepada diri sendirikah?

Tiada mendung hujan pun turun - Abang Zack

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2025 01:36 PM | Show all posts
ler belakang giant senawang pun boleh joget bersama.  

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 01:47 PM | Show all posts
knp eh lesbian slalu gaya gitu? body pompuan abis...rambut je pendek...langsung x macho eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2025 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makciktijah replied at 6-8-2025 01:36 AM
ler belakang giant senawang pun boleh joget bersama.

Asyik tarian yang dipersembahkan oleh Enot.

  
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x sedo diri jer… joget2 pulak… org tua joget buruk la x kesah la ko enot ke penynyi no 1 ke mmg buruk rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 11:41 PM | Show all posts
ketupatnasi replied at 6-8-2025 01:25 PM
Dasat filter. Terus iras siti nurhalijah

sampai hati dibandingkan dgn biduanita @hyie
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2025 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia diet ya..sshnya nk kawal selera makan ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:19 PM GMT+8 , Processed in 2.423609 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list