|
HAMPIR dua dekad bertapak dalam industri tanah air, nama pelakon Sherry Ibrahim sudah mesra di hati khalayak dan pemuja bakatnya.
Meniti tahun-tahun dengan ceritera tersendiri, Sherry juga tidak pernah lekang daripada radar dunia hiburan.
Meski tidak kerap muncul di skrin utama, dia masih punyai dan pesona tersendiri.
Ramah dalam santun, pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim itu menjawab setiap soalan dengan kelembutan yang menyentuh rasa, biarpun ada kalanya mengusik sisi peribadinya.
Ketika bertentang mata dengannya, penulis memilih untuk tidak mengungkit kisah basi yang sudah terkambus waktu, sebaliknya fokus hanya pada dirinya yang kini kelihatan semakin berseri-seri.
Melihatkan raut wajah ceria, senyuman tak lekang dari bibir dan aura positif menyelubungi dirinya, timbul persoalan adakah kebahagiaan terpancar itu datang daripada seorang istimewa yang sedang bertakhta di hati?
Hanya tersenyum, pelakon berusia 42 tahun itu menegaskan tidak semestinya kebahagiaan seorang wanita itu lahir daripada cinta lelaki semata-mata.
“Tak semestinya kebahagiaan tu datang daripada cinta sahaja. Banyak perkara lain yang buat saya tenang dan bahagia.
Alhamdulillah, saya gembira.
Dua tahun lalu, saya pernah berada di titik terendah. Tapi sekarang banyak perkara sudah selesai dan Allah mudahkan.
“Saya pun dah naik berat badan sikit. Itu tandanya saya okey dan stabil,” katanya kepada HibGlam.
Bagi bekas pramugari itu, kehidupan wanita solo itu itu harus sentiasa gembira dan bahagia atas kaki sendiri.
“Tipulah kalau saya cakap tak ada lelaki yang cuba mendekati. Tapi saya sangat berhati-hati, perlu selektif. Dengan kegagalan lalu, memang saya trauma, mahu percaya orang pun susah.
Saya jenis mudah mesra dengan orang tetapi sukar untuk didekati. Lelaki nak mengurat pun, saya tak bagi muka. Tak kisah siapa pun.
“Saya pula bukan jenis menggedik, hidup mengajar saya untuk lebih waspada,” luahnya jujur.
HIBGLAM
|