CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39019|Reply: 333

Antara Datuk Yusof Haslam dan Salih Yaakob...

  [Copy link]
Post time 28-5-2011 06:25 AM | Show all posts |Read mode
Satu suami mithali...satu suami miang keladi.
  Dunia Yusof Haslam di rumah

MENTERNAK angsa dan itik bukan sekadar hobi Yusof Haslam tetapi memberi ketenangan buat pengarah dan penerbit filem itu.

BAGAIMANAPUN, pelakon, pengarah dan penerbit filem berusia 57 tahun ini menyifatkan dunia sebenarnya adalah di rumahnya, Darul Haslam yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Menurut penerbit syarikat produksi, Skop Production ini, jika tiada urusan dia lebih suka berada di rumahnya yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah padang badminton dan kebun buah-buahan.
"Dalam hidup saya sekarang ini, rumah adalah keutamaan saya yang mana tiga per empat daripada masa saya dihabiskan di rumah. Selepas itu barulah saya akan berada di pejabat dan restoran milik saya.
"Saya pula tiada masalah untuk berulang-alik dari rumah ke pejabat kerana jaraknya lebih kurang 10 minit berkereta. Apabila di rumah jiwa saya lebih tenteram kerana banyak perkara boleh dilakukan.
"Apa gunanya tapak rumah saya yang seluas kira-kira satu hektar itu saya penuhi dengan pelbagai kemudahan kalau ia tidak digunakan?" soalnya sewaktu S3 berkunjung ke kediamannya itu baru-baru ini.
Bapa kepada empat anak dan datuk kepada tiga cucu ini menggunakan keluasan tanah yang ada di sekeliling rumahnya itu untuk berkebun buah-buahan dan menternak ayamkampung, angsa dan itik bagi mengisi masa lapangnya.
"Buat masa ini saya menternak lebih kurang 50 ekor ayam kampung. Dulu saya ada membela beberapa ekor kambing tetapi saya tidak tahan baunya yang sampai masuk ke dalam rumah. Jiran-jiran pun ada yang merungut.
"Kalau tidak sibuk biasanya saya akan turun ke kebun dua kali seminggu. Mula-mula rasa penat juga kerana kalau diikutkan ketinggian lereng di sekeliling rumah saya ini hampir tujuh tingkat rumah tingginya.
"Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak terasa penat. Selain itu, saya juga membina gelanggang badminton di bahagian bawah rumah. Saya memang suka bermain badminton.
"Kalau tidak ada orang untuk diajak bermain badminton saya akan ajak tukang kebun atau pengawal rumah bermain bersama saya," kata Yusof sambil tersenyum memandang isteri tercinta, Datin Fatimah Ismail.
Yusof sekeluarga tidak setakat bertuah kerana mempunyai kawasan persekitaran rumah yang luas tetapi turut menggunakan tanam-tanaman dan haiwan ternakan untuk keperluannya sekeluarga.
"Biasanya sebulan sekali kami sekeluarga akan menyembelih dan makan sendiri ayam-ayam kampung yang kami pelihara itu. Begitu juga dengan buah-buahan dan tanaman lain juga kami gunakan sepenuhnya.
"Walaupun saya boleh mendapatkan semua itu di pasar tetapi kepuasan memakan tanaman sendiri lain rasanya. Kalau ada lebih biasanya saya sedekahkan kepada sesiapa yang datang ke rumah," jelasnya.
Selain menghabiskan masanya di kebun, Yusof juga gemar menggunakan kawasan persekitaran rumahnya yang sunyi dan menghijau untuk berehat serta mencari ilham seperti menulis skrip filem serta drama terbitannya.
Beliau kini sedang membina sebuah rumah kecil di lereng bukit rumahnya untuk kegunaaan beriadah sambil mencari ilham menulis skrip pada waktu yang terluang.
"Saya juga mahu gunakan rumah itu sebagai penginapan kalau ada saudara mara yang datang untuk bermalam di sini. Saya merancang membina sebuah lagi rumah di kawasan ini.
"Ia khusus untuk anak-anak dan menantu saya. Kalau boleh saya tidak mahu berpisah dengan mereka terutama tiga orang cucu saya. Apabila dekat senanglah saya berjumpa dengan mereka setiap hari," jelasnya.

Credit to utusanonline.com.my

Datuk Usop Selam ni kalau ada anak yg sakit mesti hidup tak keruan, tiada senyum tiada tawa tiada gembira.  Tak pernah dengar dia skandal-mandal dari muda sampai ke tua.  Salah satu manusia yg tahu bersyukur akan nikmat yg Allah berikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 08:20 AM | Show all posts
Datuk YH ni dah puas enjoy time muda2.....bila dia kawen jer dia dah stop enjoy2 tu seme....lagi pon wife dia skrg anak org kaya....compare dgn mamat giler nak nikah 4 anak Tan Sri tak jadi tu.....dpt student budak muda pon tak apa asal dara n daging mentah lagi leh penuhi selera napsu sek dia....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 08:25 AM | Show all posts
aku takde la nak defend mamat hat kawen ramai tu..

tp at least dia buat benda tu secara betul.. biarlah dia dengan hidup dia.. dah allah tulis dah jodoh dia ada bini 4 org.. apa hak kita nak komen pasai tu..

jodoh pertemuan ditangan tuhan.. awat kita ni tuhan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 08:26 AM | Show all posts
salih yakop..tua tak sedar diri.. sok2 aku takot mati pucuk jeh..gigih nak perform memalam ngan 4 bini..plus bini muda tuh kene perfomance lebey skit..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 08:27 AM | Show all posts
asai kawen 4 jah masok bab agama.....typikal sunggoh no...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 08:31 AM | Show all posts
bgs yusof haslam ni...berkebun berternak dpt menyihatkan badan..dpt mkan hasil lg..pandai dia isi mase lapang..yg sorng lg isi masa lapang dgn ngadap isteri2 jela..nk wat benda lain dah xde mase...dgn anak2 lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2011 08:47 AM | Show all posts
kawasan rumah besar bagus la bercucuk tanam jimat sket duitnya plus leh la kuarkan peluh2x untuk kesihatan..

yang sorang lagi semoga bahagia... ramai lelaki di luar sane menjadikan dia sebagai idola
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:00 AM | Show all posts
biar la SY kahwin4, dah die mampu, dalam agama islam itu tak salah, selagimana mampu.... biasanya orang kita ni ikut adat ciptaan manusia... bukannya nak ikiut hukum sangat !!!! :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 09:03 AM | Show all posts
korang x usah nak mengata SY  la.... ilmu agama korang nampak sangat cetek,..... pegi gok blajor agame lagi tu... jgn jadi bodoh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:10 AM | Show all posts
selalunya yg dok meroyan pasal kawen lebih dari satu ni musti pompuan kan

janganla emosional sangat kawan2 se jantina ku

biar la SY tu dgn isteri2 dia tu. bahagia ke tidak diaorang, siapa kita sebagai orang luar ni yg dok nak lahar, meroyan kat dia

yg penting sapa yg dah kawen tu, jaga suami masing2 jangan sampai kawen lebih
jangan nak pong pang pasal umah tangga artis etc

memang la hak korang nak bagi pendapat kt forum tapi aku bosan tau baca.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:16 AM | Show all posts
emm yang penting SY nih nikah cara halal sume istri3 dia pun tau n x menyorok2
baguslah........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 10# wadiunong


Yep..betul tu..dok pom pang psl SY nk kawin lg satu..Biaq pi la dia...yg penting jaga laki sendiri..isteri2 dia pn takde kecoh2 kuar paper tak puas hati SY nk kawin lagi..bosan betul aku asik ada org condemn je psl ni..mmg le sume org berhak bg pendapat...tp dah2 la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:27 AM | Show all posts
lantak dia la nak kawin 4 pun,bukan dia mintak duit kat org pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:32 AM | Show all posts
jodoh dan sie mampu nk kawin ramai bil die hah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:36 AM | Show all posts
jodoh dan sie mampu nk kawin ramai bil die hah...
khairina07 Post at 28-5-2011 09:32



    tak paham ayat ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:43 AM | Show all posts
kawasan rumah besar bagus la bercucuk tanam jimat sket duitnya plus leh la kuarkan peluh2x untu ...
gujiwa Post at 28-5-2011 00:47


idola la sgt kan.....org lain dah makin tua makin sebok nak tambah ilmu akhirat....asah parang berkebun mcm Datuk YH tu bagi keluar peloh.....pak long nie plak sebok dok asah parang nak berkebun bagi keluar peloh lain kekdahnya.....:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 09:46 AM | Show all posts
Biorla lah SY tu kawen 4, dah memang bini-bini dia yang nak gitu. Depa pun tak kisah. Yang ramai sangat susah hati ni per hal pulak. Kalau dia langgan pelacur china doll tu lain ler citer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:48 AM | Show all posts
idola la sgt kan.....org lain dah makin tua makin sebok nak tambah ilmu akhirat....asah parang b ...
ladida Post at 28-5-2011 09:43



    jeles ke??

   mengikut kajian, aktiviti seks pon salah satu aktiviti yg menyihatkan badan tau, macam bersenam gak kekdahnya. ini bukan aku yg cakap tau tapi fakta. ko cer google mana2 website yg discuz pasal kesihatan ni.

p/s: sudah2 la tu meroyan kt SY. dia takde kena mengena dengan uols pon. takyah pening2 kepala pikir pasal bahagia ke derita ke family dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:52 AM | Show all posts
Biorla lah SY tu kawen 4, dah memang bini-bini dia yang nak gitu. Depa pun tak kisah. Yang ramai san ...
kekekek Post at 28-5-2011 09:46



    betul tu,

   yg SY ni dah tentula terbukti dia ada isteri2 yg sah & menyalurkan nafsunya kepada yg halal. kalo nak dibandingkan dgn laki2 korang atau yg lain yg depan korang alim2 kucing tapi kt belakang korang dok menyondol anak2 hekan, pondan2, pelac*ur kt celah2 lorong tu lagi bahaya. dengan menyebar penyakit plus buat dosa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:54 AM | Show all posts
knp org jeles tgk SY kawin 4? bukan dia buat sesuatu yg haram pun. dah jodoh dia, lantak dia la. dia power ke, tak power ke, tu mslh dia. mungkin setengah orang tercabar melihat kebahagiaan SY.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198408 Replies : 4637
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 6089 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 8260 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 7882 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073430 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list