CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: attokz

** Serambi Pantun - Sireh Bertepuk Pinang Menari **

[Copy link]
Post time 6-2-2013 05:00 PM | Show all posts
iDputera posted on 7-1-2013 10:52 PM
masam sekali limau purut
buat limau ais sedap sekali
macam mana kata hati yg diturut


Bersulam kasih ikhlas di hati
Duduk berdua melayar mimpi
Bersyukur kita pada Ilahi
Dapat bersua di petang ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 09:24 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 6-2-2013 05:00 PM
Bersulam kasih ikhlas di hati
Duduk berdua melayar mimpi
Bersyukur kita pada Ilahi


terbang rendah burung kenari
hinggap bertenggek didahan pelam
sudah lama tidak masuk kemari
untuk sanaa selamat malam...

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:11 PM | Show all posts
iDputera posted on 7-1-2013 10:52 PM
masam sekali limau purut
buat limau ais sedap sekali
macam mana kata hati yg diturut

hanyut rumpai di bawah titi
tepi sungai banyak buaya
usah diturut katanya hati
gunakan akal fikir sebaik-baiknya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 07:34 AM | Show all posts
iDputera posted on 20-3-2013 09:24 PM
terbang rendah burung kenari
hinggap bertenggek didahan pelam
sudah lama tidak masuk kemari

Terbang rendah si burung kenari
Terima kasih ucapan ku beri
Lalu dibalas dengan selamat pagi
Semoga hari mu indah dah berseri

Selamat berhujung minggu daku ucapkan
Kepada teman rakan seperjuangan
Bersama keluarga rakan dan taulan
Jagalah diri juga kesihatan


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 03:58 PM | Show all posts
cmf_sweetLove posted on 21-3-2013 09:11 PM
hanyut rumpai di bawah titi
tepi sungai banyak buaya
usah diturut katanya hati


bunga cantik dipagi hari
hisap madu burung kedidi
nasihat dari  teman kita hargai
penyuluh jalan yg kekal abadi......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 04:00 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 22-3-2013 07:34 AM
Terbang rendah si burung kenari
Terima kasih ucapan ku beri
Lalu dibalas dengan selamat pagi


esok hendak pergi Melaka
rumah sedara ada kenduri
belum terlambat kita nak kata
cuti hujung minggu jagalah diri….  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2013 04:32 PM | Show all posts
iDputera posted on 22-3-2013 03:58 PM
bunga cantik dipagi hari
hisap madu burung kedidi
nasihat dari  teman kita hargai


jalan jalan ke bukit gambang
bukit gambang di negeri pahang..
sekejap lagi dah nak pulang
sekejapnya hari dah petang...





Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 01:03 PM | Show all posts
cmf_sweetLove posted on 22-3-2013 04:32 PM
jalan jalan ke bukit gambang
bukit gambang di negeri pahang..
sekejap lagi dah nak pulang


awan petang cepat menghilang
hidup subur bunga ditaman
menghitung detiki bila nak pulang
tahulah awak nak bercuti bersama teman…  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 02:27 PM | Show all posts
iDputera posted on 24-3-2013 01:03 PM
awan petang cepat menghilang
hidup subur bunga ditaman
menghitung detiki bila nak pulang

Melihat ombak di pantai desaru
Angin bertiup kencang sekali
Biasala aktiviti di hujung minggu
Penuhi undangan bersama famili..


'Detiki...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 03:38 PM | Show all posts
cmf_sweetLove posted on 24-3-2013 02:27 PM
Melihat ombak di pantai desaru
Angin bertiup kencang sekali
Biasala aktiviti di hujung minggu


ambil galah nak jolok guli
tapi galah tu nak jolok kelapa
tiada salahnya bersama famili
dengan si dia jangan dilupa......   

`apa tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 04:27 PM | Show all posts
iDputera posted on 25-3-2013 03:38 PM
ambil galah nak jolok guli
tapi galah tu nak jolok kelapa
tiada salahnya bersama famili



ambil galah jolokkan kelapa
kelapa gading manis rasanya
dengan dia tak pernah dilupa
bawa bersama ke mana sahaja


`...entahhhhh tak tauuuuu...


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:41 PM | Show all posts
cmf_sweetLove posted on 25-3-2013 04:27 PM
ambil galah jolokkan kelapa
kelapa gading manis rasanya
dengan dia tak pernah dilupa


air kelapa dihidang cik dara
minum bersama dengan cik kakak
tidak dilupa kenangan mesra
sekilas pandang buat2 tak nampak....


`nk kena....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:46 PM | Show all posts
Peminat pantun. Jemput hadir.


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:52 AM | Show all posts
luka jari terkena kaca
dicuci zaitun dengan kapas
hari ini baru terbaca
pesta pantun sudahpun lepas!



berapa tahun umur mustapa
pakaian dipakai tidak sesuai
lepas pun tidak mengapa
berpantun bagai bukannya pandai! Last edited by awanjingga on 29-4-2013 11:59 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 10:22 AM | Show all posts
Sumpah Setia kepada Raja & Negara..
Kalimah Tunggal ALLAH yg Maha Esa...
Bukan Niat Jebat Hendak Membara..
Cuma Mencerla Mimpi Yang Ingin Berkuasa...
#marapetaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:20 PM | Show all posts
anak tiong tiong juga
mana  sama anak kedidi
asyik termenung duduk ditangga
hingga terlupa belum mandi!

anak tiong tiong juga
mana  sama anak kedidi
lama termenung menahan hiba
impian dicita tidak menjadi!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2013 08:58 AM | Show all posts
awanjingga posted on 13-6-2013 02:20 PM
anak tiong tiong juga
mana  sama anak kedidi
asyik termenung duduk ditangga

siapa suruh terlupa mandi..
nanti masam satu rumah
jangan diturut rasanya hati
makan tak lalu, mandi tak basah..



jangan termenung menahan hiba
impian dicita tidak menjadi..
terimalah segala ketentuanNYA
insyaALLAH ada rahmatnya nanti..



berhati-hati meniti titi
takut nanti ditimpa malang
telah kupujuk hati ku ini
kenapa masih bersedih walang

kalau pergi kepekan kuah
jangan lupa belikan jambu
cerita hati tak mampu terluah
namun mata tak pernah menipu



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:02 AM | Show all posts
merenung sidara tak sudah-sudah
melihat ibu menyusun pasu
ketawa sudah, menangis pun sudah
rahsia hati tak siapa tahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 04:09 PM | Show all posts
mrsT posted on 14-6-2013 08:58 AM
siapa suruh terlupa mandi..
nanti masam satu rumah
jangan diturut rasanya hati

berhati-hati meniti titi
takut nanti ditimpa malang
telah kupujuk hati ku ini
kenapa masih bersedih walang

kain buruk asalnya putih
lama diguna lalu dibuang
hati dipujuk masih bersedih
mungkinkah kecewa belumpun hilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 04:13 PM | Show all posts
mrsT posted on 14-6-2013 09:02 AM
merenung sidara tak sudah-sudah
melihat ibu menyusun pasu
ketawa sudah, menangis pun sudah

cik yati menuai di sawah
sebelum pulang mandi dikali
rahsia hati andai diluah
adakah orang ambil peduli?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.581376 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list