CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Daisy_81

Mangsa meninggal kerana lemas

[Copy link]
Post time 27-5-2011 11:59 AM | Show all posts
'Bukan kena baham anjing'
Oleh Poliana Ronnie Sidom
bhnews@bharian.com.my
2011/05/27

Mangsa meninggal kerana lemas

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing.
Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya.
Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim, berkata laporan perubatan dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing.

“Keluarga mangsa belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi kita menerima pengesahan laporan perubatannya.
“Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, ada kemungkinan mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam parit, bukan dibaham,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Dalam kejadian itu, Mohd Raqib yang tinggal bersama bapa saudaranya dikatakan bermain dengan anjing itu sambil menuju ke rumah bapanya yang berjarak kira-kira 20 meter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 12:12 PM | Show all posts
tu sebab anjing ni selain najis, tak sesuai utk peliharaan...makan tuan..dh bnyk kes anjing membawa kematian.........baik pelihara kucing aja..binatang kesayangan Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:15 PM | Show all posts
sedih tgk gambar budak tu...kalo 50 jahitan utk badan sekecil itu? Ya Alllah tak bole nak bayangkan macam mana keadaan budak tu masa anjingserang dia ......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:15 PM | Show all posts
stuju


kenapa ditinggalkan budak kecik umur 3 tahun dgn anjing??...cuai + bodoh....
noor2 Post at 26-5-2011 12:00
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:17 PM | Show all posts
statement yang selamat

'Bukan kena baham anjing'
Oleh Poliana Ronnie Sidom

2011/05/27

Mangsa meninggal kerana lemas  ...
amyainsamad Post at 27-5-2011 11:59
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:21 PM | Show all posts
Kesian anjing tu dihanjengkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 12:21 PM | Show all posts
tak kisah la lemas ke, kena gigit anjing ke
the main point is anak kecik tu ditinggalkan keseorangan sampai dia boleh jatuh dlm longkang atau kena baham anjing tu

budak umur 3 tahun with no adult supervision, anything can happen
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:23 PM | Show all posts
oit........ anjing tu cuba nak selamatkan budak tu laa.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 12:26 PM | Show all posts
tak kisah la lemas ke, kena gigit anjing ke
budak umur 3 tahun with no adult supervision, anything can happen
jfq Post at 27-5-2011 05:21

ni ajer point yg sebenarnya.. satu lagi kes kematian kanak2 akibat kecuaian penjaga

kesian anjing tu x pasal2 dikambinghitamkan plak.. mentang2 la anjing x bleh bercakap nk bela diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:28 PM | Show all posts
statement yang selamat
rzman_07 Post at 27-5-2011 12:17



statement yg x dpt terima kenyataan :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 12:29 PM | Show all posts
Reply 67# jfq
aku setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 02:49 PM | Show all posts
sian anjing tu dipitnahh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 02:53 PM | Show all posts
siannye...br 3 thn tu...xde org dgr ke bdk tu menjerit ms anjing serang?huhuhu
bdk ni melayu ke ape?nm cam melayu..konpius jap... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 03:40 AM | Show all posts
hang pa nie tak reti bahasa kaa? drpd korg fitnah binatang yg tak boleh pertahankan diri, baik korg semua gi mampus laa..........!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 03:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by Vokuro at 29-5-2011 03:57
statement yang selamat
rzman_07 Post at 27-5-2011 12:17



   ini bukan statement selamat namun statement berdasarkan bedah siasat pihak hospital.jikalau kamu tidak dapat menerima keputusan bedah siasat, go on spread lies dan fitnah ke merata alam mungkin tuhan allah kamu akan memberi syafaat ke atas ummah nya yg suka kan menyebar fitnah


Behold, you received it on your tongues, and said out of your mouths things which you had no knowledge; and you thought it to be a light matter, while it was most serious in the sight of God (24: 15)

O you who believe! Avoid much suspicion, in deeds some suspicions are sins. And spy not neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear God, verily, God is the one who accepts repentance, Most Merciful. (49: 12)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 1.598040 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list