CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8620|Reply: 36

Pendatang asing kaya...anda bagaimana pula?

[Copy link]
Post time 23-5-2011 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ironmind at 23-5-2011 13:38

Pendatang asing kaya...anda bagaimana pula? (saje guna tagline mekagan)

Thread ni dibuka untuk tujuan membakar semangat forumer untuk berjuang mencapai kejayaan lebih bagus dalam kerjaya. duit bukan segalanya dalam hidup ni, tapi hampir semuanya perlukan duit. jadi, kita terpaksa bekerja, berusaha dan berniaga saban hari demi meneruskan kelangsungan hidup. aku nak kongsikan bersama pengalaman aku bila melihat kejayaan yang dikecapi oleh pendatang asing ke negara kita ni.

Kes 1
Dulu aku pernah berjiran dengan sorang warga indonesia. rumah aku ni jenis kos rendah la, maklum la baru stat keje.. jiran aku ni kerja sebagai kontraktor. kitorang berkenalan dan dia ni memang nice person, tapi bila berbual dengan aku berkenaan duit, semua ceritanya paling kurang pun dalam belasan ribu. diulang, semua cerita berkaitan dengan duit yang nilainya belasan ribu. payment, claim, projek, rugi dan untung etc...tapi duduk kat rumah yang uzur, pakai keta buruk. very low profile. entah bapa ramai lagi yang mencontohi beliau dalam membangunankan kontraktor pembinaan sendiri. stat keje buruh kasar, then buat projek luar, pastu buat group sendiri sebelum jadi kontraktor yang well establish untuk bidang construction (diorg xleh daftar diri dengan PKK, so amik tender ali baba la). no wonder la dia x pernah cite tentang kesempitan hidup, makan x cukup, harga tol, minyak naik. hidupnya di sini memang senang, klu convert rupiah indonesia, dah tentu harta nya bernilai billion2 rupiah. so, jangan pandang rendah pada buruh kasar indonesia ni. memang ramai x berpelajaran macam forumer semua, tapi ramai dalam kalangan diorg ada vision yang jelas. bukan selamanya diorg akan jadi buruh kasar. ada ke penganggur2 kat malaysia ni sanggup mula dari bawah macam mamat indonesia ni? jwpnnya, jarang2

sekadar gambar hiasan


Kes 2
mat pakistan jual karpet. dlu pikul kat bahu, jual dari rumah ke rumah. ramai je xnak beli kapet, tapi bila dipujuk, boleh bayar bulan2, maka ramai je makcik2 beli...bila jualan dah mantap, pastu ada modal, diorg pakai basikal plak. bila dah agak kuat, pakai moto plak. then tukar kepada van...bila semua dah betul2 ok, diorg buka kedai...bila kedai dah stabil, buka cawangan plak...bila cawangan dah popular, tambah cawangan kat tempat lain...pergi la ke kedai kapet yang korang tau, tengok la siapa yang handle bisnes kapet....tengok la kat keliling korang, ada ke kedai carpet ni dikuasai rakyat malaysia? jwpnnya, kadang2

sekadar gambar hiasan


Kes 3
car wash selalunya dikuasai oleh orang india. namun ada juga car wash dikuasai oleh orang bangladesh. starting jadi kuli dulu. bertungkus lumus kerja cuci kereta. pastu belajar cara nak handle bisnes cuci kereta, then kumpul modal. pastu buat bisnes kecik2 sendiri untuk cuci kereta. masa ni gaji diorg bukan majikan yang bayar, tapi bergantung kepada kerajinan diorg. dengan kaedah ni, diorg bioleh dapakadang2

sekadar gambar hiasan


Kes 4
warga kemboja di kelantan memang dah famous untuk jual kain di kelantan. rumah diorg ni memang hebat. sapa yang stay kat area rumah diorg memang tau la. aku xnak paste gambar rumah diorg, nnt jadi isu plak. tapi apa pun, memang diorg hebat. datang sini, jual2 kain. kembangkan bisnes pastu develop penempatan kat kelantan..ada ke rakyat kelantan/malaysia try follow bisnesman/woman dari kemboja ni? jwpnnya, jarang2.


Kes 5
ramai pak arab dan negro yang x bape kaya datang malaysia. sebahagiannya malas nak buat keje, nak bisnes pun payah. TAPI RAMAI JE YANG PANDAI MENGAYAT DAN MEMUKAU. ni aku xnak komen. tapi some of them buat kekayaan dengan cara mudah, diorg jual dadah. diorg import dadah dari luar, bawa masuk malaysia. diorg jadi tycoon dadah kat sini. no wonder kadang2 tengok diorg ni hidup gaya mewah, stay kat banglo, pakai keta mahal2, dan x nampak pun keje apa diorg buat. yg kita nampak, diorg enjoy je. ada ke rakyat malaysia sanggup buat import dadah ni? jwpnnya, sikit2 (sebab org gila duit dan sanggup berdepan dengan tali gantung je buat benda ni)- sori la bagi contoh negatif, tapi tv3 pun dah banyak cite ttg diorg ni terutama warga iran


pendek cerita, in stead of duk ngeluh kenaikan harga barang, cite bab politik, bergosip tentang artis, bergelut dengan kesempitan hidup, ada je pendatang asing ni duk bz develop bisnes diorg dengan begitu kencang. tapi rakyat malaysia ramai yang enggan mencontohi kegigihan usaha golongan pendatang. selalunya, rakyat hanya mencemburui (dengki) dan enggan berubah. tu je

so, kalau rasa nak ngeluh dalam thread or blog, it means that u r not going anywhere
bak kata org, org berjaya mencipta kekayaan, org bodoh mencipta alasan...
so, lepas baca ni, gandakan usaha korang, try ubah taraf hidup
andai pendatang ni boleh main golf, pakai kete mewah, duk rumah besar, , melancong ke sana sini...kita pun blh
work smart, work hard
tapi gunakan cara yang halal dan berkat
good luck to all

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 02:13 PM | Show all posts
kalau bab mencari rezeki ni mmg aku respeklah kat warga asing tu..
diaorg mmg rajin giler
amik contoh mcm cleaner kt opis aku nie
pg keje cleaner mlm keje restoran..
sampai tak nak balik indonesia..
betapa hebatnya penangan mencari rezeki di malaysia ni

tapi rakyat kita tak naklah wat mcm tue..
lagi2 yg lelaki..geram aku nengok...

aku cuma mampu jual goreng pisang tepi jalan jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:37 PM | Show all posts
cerita 1:

jiran sebelah rumah lama aku di kampong:

orang kemboja yang duduk dan beli dan rumah tuh dah dibesarkan, kalah rumah2 kami kat situ. dulu rumah tuh milik warga tempatan yang ditangkap kerana merogol anak tiri dan dibebaskan. lama2 rumah tuh diduduki oleh polis , dan dengarnya polis tuh pun dah dibuang negeri ( kes dotsdotdot ) dan kini rumah tuh milik org burma yang punya kedai kain baju di sebuah pusat beli belah.
org burma ini selama aku kenal dia sangat baik dan hormati jiran tetangga. selalu bagi mak ayah aku hadiah kalau raya dan selalu jemput kami kalau ada kenduri. anak2 mereka juga sopan santun sahaja pakai tudung tanpa baju ketat2 dan comel2 belaka.

cerita 2:

dulu, kereta aku selalu dicuci oleh abang bangla sebab duduk aprtment kat kl nih. tapi bila ada kedai cuci kereta depan rumah milik india tempatan , bangla ni akan menghilang walau aku belum bayar lagi upah, dan bila kedai india tuh tutup, abang la ni akan muncul lagi dan kembali mencuci kereta aku.
abang la ni aku tengok rajin jer wat kerja siang malam, banyak kereta2 kat situa yg dia cuci. aku kira2 lebih 20 buah sebulan dia cuci. dia ambil upah bulanan (rm30/sebulan). walau tak berapa bersih gak cucian dia dan hanya luaran sahaja kan. kedai cuci kereta india tempatan pun sama sahaja, aku selalu tak puas hati jerk.

bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 3# sitihawa

Sambung lagi sitihawa.....
Cer citer,cer citer......
Cerita yang bagus untuk menaikkan semangat kita yang kekadang pasang surut ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 03:07 PM | Show all posts
aku anta resume nak jadi bibik pun sampai skang takde reply
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 04:03 PM | Show all posts
Minda: Memalukan jika rakyat Malaysia menganggur



BIDANG pekerjaan sangat penting khususnya kepada pencari kerja iaitu lepasan sekolah dan universiti.
Dalam mencari pekerjaan mereka ini tidak seharusnya mengharapkan bekerja dengan kerajaan semata-mata, malah boleh memohon pekerjaan dengan swasta.

Seseorang yang tidak bekerja dianggap menganggur di negara seperti Malaysia adalah sangat memalukan.

Bayangkan pendatang asing dari beberapa negara luar seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina boleh hidup senang-lenang dengan bekerja di sektor pembinaan, perladangan dan pembantu restoran.



Syaratnya adalah kemahuan dan kerajinan, semua bidang di negara ini jika diusahakan secara bersungguh akan mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Sikap memilih pekerjaan yang senang dan berpendapatan tinggi di kalangan segelintir rakyat kita haruslah dibuang.

Jika sikap ini masih ada dalam hati rakyat, negara akan kerugian. Peluang dan ruang sentiasa direbut oleh orang luar khususnya pendatang asing yang ingin mencari kekayaan di Malaysia.

Mereka tidak memilih pekerjaan, asalkan mendapat wang, mereka akan bekerja dengan tekun.

Berita baik untuk pencari kerja mula terbuka luas kerana pada masa ini terdapat lebih 20,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang didaftarkan melalui portal Jobs Malaysia yang dikendalikan Kementerian Sumber Manusia.

Kebanyakan kekosongan membabitkan tenaga profesional serta sokongan dalam industri perhotelan, pelancongan, pembuatan dan perladangan.

Menurut sumber portal Jobs Malaysia terdapat banyak kekosongan dalam bidang pengurusan 1,826, profesional 46,155, juruteknik dan profesional bersekutu 3,869, perkeranian 3,967, perkhidmatan dan jualan 16,884, perhutanan dan perladangan 15,824, pertukangan 4,540, operator loji dan mesin 19,064, pekerja asas 90,868 yang membabitkan 202,997 kekosongan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed pertambahan kerja kosong itu didorong oleh persekitaran ekonomi Malaysia yang semakin baik.

“Contohnya, sektor perhotelan dan perladangan memerlukan ramai pekerja sehingga ada hotel yang mengambil pekerja asing atas alasan kurang mendapat sambutan daripada kalangan rakyat tempatan,” katanya.

Menurutnya, pencari kerja dijemput ke pelbagai program yang membabitkan 50 majikan dengan tawaran 3,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang menawarkan gaji pokok minimum RM650 hingga RM1,000 bagi jawatan rendah, manakala bagi jawatan lebih tinggi pula RM3,000 ke atas.

Graduan dan belia yang masih menganggur digalakkan merebut peluang ini untuk mengisi kekosongan berkenaan. Dalam hal ini, mencari rezeki yang halal sangat digalakkan terutama kepada golongan muda.

Persiapan dalam memohon pekerjaan adalah ilmu dan kemahiran. Tanpa ilmu dan kemahiran seseorang itu sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai pada masa sekarang. Hanya mereka yang berkelayakan, berilmu dan berkemahiran tinggi saja berpeluang mendapat pekerjaan yang ditawarkan.

Berkaitan dengan hal ini, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang bekerja dan berusaha. Barang siapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah ‘azza wajalla.” (Riwayat Ahmad)

Begitulah pentingnya bidang pekerjaan kepada setiap orang. Orang yang bekerja dapat membiayai dirinya, tanpa bergantung pada orang lain dan apabila sudah berumah tangga dapat menanggung keluarga iaitu isteri dan anak-anak yang merupakan ibadah paling besar.

Jika ditinjau bidang pekerjaan yang paling mudah dan mendapat keuntungan adalah bidang perniagaan sama ada berniaga secara kecil-kecilan ataupun secara besar-besaran yang membabitkan penyediaan makanan khususnya dengan membuka gerai, restoran dan warung.

Bekerja dengan tangan dan kudrat sendiri adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang yang kadang-kadang memberi dan kadang-kadang menolak kepada permintaan kita.

Justeru, tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangan sendiri.

Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki dalam satu-satu bidang dan tidak digalakkan bertukar-tukar kerja. Mengusahakan sesuatu bidang yang boleh mendatangkan rezeki mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

Jika di bandar bidang pekerjaan yang membabitkan penjualan makanan adalah terbuka luas dengan syarat seseorang itu rajin berusaha dan tidak ada rasa malu untuk berniaga. Manakala di luar bandar bidang pekerjaan seperti mengusahakan tanah dengan tanaman dan pertanian, penternakan dan juga perikanan dapat memberikan pulangan lumayan.

Justeru, ketika melaksanakan pekerjaan seseorang itu mestilah ada sifat amanah, rajin, dedikasi, tidak mudah putus asa, sabar, gigih dan sentiasa berusaha.

Tiada kemajuan tanpa usaha dan tiada usaha bermakna tiada kerja yang menyebabkan seseorang itu menganggur. Dalam melaksanakan kerja, mesti ada kesabaran untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Barang siapa yang bekerja bukan kerana minat, kemahuan dan keseronokan untuk bekerja, tetapi hanya kerana wang semata-mata, berkemungkinan besar seseorang itu akan bosan dengan pekerjaannya dan menyebabkan dia tidak seronok dalam hidupnya.

Dalam kehidupan, tidak usah bersedih dengan kerja yang tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Pekerjaan yang besar tidak akan ada habisnya.

Sebahagian orang ada yang merasakan bahawa dirinya sama sekali tidak akan hidup bahagia dan puas kecuali jika mereka dapat menyelesaikan tugas-tugasnya.

Seseorang yang bertanggungjawab adalah orang yang dapat melakukan pekerjaan menurut batas kesanggupannya dan merasa senang dengan kerja yang dilakukan.

Jelaslah, bagi mengisi apa juga pekerjaan carilah rezeki di serata muka bumi ini, elakkan daripada menjadi penganggur yang menyebabkan malas berusaha dan dipandang serong oleh masyarakat. Allah sentiasa memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan usahanya serta cita-citanya.

Mata pencarian paling afdal adalah berniaga dengan penuh kebajikan daripada hasil usaha tangan sendiri.

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_MemalukanjikarakyatMalaysiamenganggur/Article/index_html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2011 04:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 23-5-2011 16:21

sambungan...

cerita 3:

kat depan rumah aku ni ada kedai upah baju milik warga tempatan melayu kak m . pekerja dia satu2nya lelaki pakistan bernama h.
mula2 aku pergi just nak upah kecikkan seluar atau baju atau jubah2 jerk.lama2 aku cuba juga tempah baju kurung dan jubah mak aku kat sini.
selalu aku pergi tuan punya jarang ada, tinggal jer mat pakistan tu sorang2 buat kerja. kalau aku nak suruh oter baju, dia suruh aku tunggu sekejab, time tuh juga dia nak buat, aku kata aku tak kisah, tinggalkan dulu pun.

kerap aku pergi, kak m tak ada, aku tanya mana bos? mat pakis tu selalu kata bos mana nak datang kedai. aku tengok kedai tuh mcm tak berapa nak terjga, dari segi susunan dan susun atur. tempahan aku tengok banyak jer.
pernah mat pakis tuh kata dia nak bukak kedai jahit sendiri tapi dia org luar, mana boleh? boleh mamat tuh suruh aku cari awek sebab nak kawin org tempatan. ya lah, senang nak buat apa2 kan. h ni seorang muslim.
pernah juga dia tanya aku kot2 mana ada lagi kedai jahit yg nak guna pekerja luar mcm dia.
aku rasa dia takut kedai dia sekarang kena tutup ke apa ke , sebab bos dia ahkak m mcm tak berapa nak bersungguh2 jerk.

tapi aku kadang bersikap garang pada h ni. kerana? aku rimas kalau dia cam layan aku baik2 sebab aku takut dia ingat aku nak kat dia lak, hahahha... aku bersikap ala2 keras dan garang sebab nak jaga diri , tak per kan.
ps:
terimakasih mod bagi tacang.
kita ikhlas jer citer nih tapi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 04:14 PM | Show all posts
betul pdpt tt.... warga asing mmg kalu yg rajin tu rajin sungguh.... cuma yg jd penjenayah je rasa nk campak dorg dlm laut kalu dpt tangkap bg jerung.....

warga malaysia lak mmg jrg2 nk jumpa yg usaha n rajin mcm warga asing tu sbb nak keja mudah n senang... x penat..... tp ada gak yg rajin cuma kadang2 je leh jumpa kes mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 04:24 PM | Show all posts
cerita 4 :

dekat rumah aku ada surau. salah sorang bilal dia adalah warga bangladesh . masih muda sekitar 20 an umur dia.  aku tak pasti dia dibayar ke apa ke. tapi kalau azan memang kerap sgt la dia yg azan kan walau subuh sekali pun. selama aku dengar, memang dia yg azankan , subuh sekali pun.
walau secara ikhlasnya suara dan gaya azan dia tak sesedap org melayu kita. maaf, aku komen ikhlas ikut pendapat aku lah.

time aku nak pergi kerja, aku mesti lalu depan surau tuh dan pagi2 dia akan menyapu kawasan sekitar surau hingga ke atas jalan. semua sampah2 dan daun dia sapukan.

lepas sapu2 dia selalu lepak kat gerai milik kakak jual makanan pagi dan layan anak kakak tuh.
( aku pernah juga berhenti beli sarapan disini sebab nak sokong akak tuh seorg ibu tunggal)

bulan puasa atau majlis2 apa disurau, dia mesti ada.

ps:
surau ni pernah gempar tahun lepas, siap masuk tv dan paper segala
aku harap tahun ni, dapat solat terawih mcm biasa di surau ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 04:36 PM | Show all posts
ceita 5:

kat opis aku, ahkak cleaner orang indo. dia juga bekalkan kuih2 kat kantin opis. tak pasti dia yg buat atau siapa.
balik kerja cleaner aku rasa ahkak ni akan menjaja kuih pula digerai. sebab aku pernah jumpa ahkak ni menjual kuih lepas waktu dia kerja ( dia balik kerja pukul 3 petang)
dalam bulan puasa pula, dia ada juga menjual kat bazar ramadhan .
( tapi aku antara bukan pembeli kat gerai dia. maaf, aku ada sebab sendiri kenapa tak pernah beli )
dulu dia pakai kereta kancil, aikkk... ahkak ni dah tukar kereta proton saga. pernah aku marah2 bila kereta lari mcm ribut kat pondok gad time nak masuk opis. tgk2, laaaaaaaa akak cleaner ni rupanya. dia gesa2 sebab nak hantar kuih kat kantin opis aku.

aku nampak dia tinggal di flet dan mungkin suami dia org tempatan kot. aku agak jer lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 04:47 PM | Show all posts
tak semua rakyat malaysia yang malas berusaha dan setakat harap keja makan gaji jer....

aku bukan nak bangga diri tapi terus terang aku ngan suami aku sampai sekarang ni dok pulun buat kerja tak kira hari keja ataupun cuti...janji halal.

Macam aku ni dah 6 bulan tak kerja coz kontrak dah abis...tapi masih akan kerja jika ada kontrak baru nanti. Walau tak keja aku tetap buat bisnes aku yang aku jalankan sejak aku keja lagi...jaga kedai aku ni...tapi mungkin nanti aku nak pindahkan kedai aku kat rumah jer...buat opis kat rumah jer sambil jaga anak2...

Masa aku tengah keja memang aku buat macam2 bisnes..dari kecik2 bisnes  macam jual ikan bilis (aku kopek perut ikan bilis sampai tercabut kuku aku...banyak sangat..hahaha) , buat mee kuning,kuetiaw dll.gamat ,bengkung (rekaan sendiri dan ada pengedar sendiri,insyaallah nanti nak register hakmilik bengkung aku ni...), makanan nasi campur,ubatan...sampailah besar...macam jadi broker hartanah (sape2 nak cari lawyer,nak jual atau nak sewakan rumah blh ler pm aku...atau nak beli tanah...huhuhu)...

Tapi idola aku adalah my hubby...dulu masa muda2 dia meniaga part time kat opis dia jual pakaian batik dan sutera,ikan masin dll.

walau dok keja makan gaji lagi sekarang ni...tapi hari minggu memang jadual dia padat. My hubby ni macam2 bisnes dia buat...paling cemerlang bisnes dia adalah dalam bidang hartanah dan construction.

dulu2 waktu kurang offer dari bisnes lain...laki aku buat part time  amek upah cat pejabat orang (walau mulanya dia tak pandai...tapi dia cuba juga)....

Sebenarnya macam2 lagi pengalaman bisnes kami...untung rugi dan jatuh bangun tu dah jadi perkara biasa dah...apa yang penting jangan putus ada dan ingat pada ALLAH.

Memang ada rezeki untuk kita....

Jadinya saya  rasa banyak juga rakyat malaysia kita yang lebih rajin dari warga asing ni dan boleh dijadikan contoh untuk sama berusaha.

Matlamat kami memang tinggi dan alhamdulillah setakat ni kami dah dapat hasil atas penat lelah kami...

Banyak lagi rancangan bisnes kami berdua yang akan kami laksanakan sama ada dikampung dn juga di Selangor dan KL ni...yang pasti kalau jadi memang kami akan amek warga tempatan jer untuk jadi pekerja....sebabnya aku memang anti indon

p/s:sorry aku tak boh pasal citer warga asing coz aku rasa banyak lagi motivasi dari rakyat malaysia lain yang lebih bagus lagi..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 04:50 PM | Show all posts
cerita 6:

sedara aku kawin dengan seorg lelaki warga singapura , berdarah pakistan. dulu mamat ni buat biznes kat johor, pastu bengkrap. so, terpaksalah ikut bini dia balik kpg  di pantai timur.
bini pun buka lah bznes depan rumah mak ayah dia, dan laki dia pun bantu sekali . lama2 mamat ni balik juga ke singapura.
mamat ni lagak mcm kaya dan cakap pun speaking jerk, maklumlah org singapura
dengar2 mamat ni dah kembali kerja kat singapura dan bini dia bzness di kampong.
dan dengar2 nya mereka dah nak cerai?
bini dia tuh pun aku dengar terpaksa kembali mencari kerja2 yg dia buat semasa bujang dulu2.

moral dia:
berhati2 juga dengan warga singapura nih sebab dah banyak kes aku jumpa menipu wanita2 tempatan, kononnya bagus dan sebagainya. tapi hakikatnya?

ps:
maaf, bukan semua warga singapura hokey. tapi hati2 lah. kawan blogger aku sorang dah kena. dah nak kawin, tapi rupa2nya mamat tuh nak duit sebab ada hutang dengan along. nasib tak jadi kawin lepas tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 11# matakucing


   
tak semua rakyat malaysia yang malas berusaha dan setakat harap keja makan gaji jer....


mmg betul...tapi kebanyakkan cmtu la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 08:37 PM | Show all posts
good topic....mmg org kita x berapa nak rajin...x reti nak rajin...buat apa nak rajin? dh keje gomen...dh ada kereta saga...nnt bleh beli umah guna skim rumah pertama...bleh simpan RM100/month kt ASB kira ok la tu....nnt ada pencen....buat apa nak rajin....baik layan AF...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 10:06 AM | Show all posts
jap2...daaa kite sedar malaysian esp malays ni kureng kaya..
agak2 nye cemana pendekatan nak menambah kekayaan n semangat tuk deme kaya???

haku sendiri pon ngaku ar...aku ni MALAS..
rasa cam daa cukup ngn apa yg ade..syukurrr kekdah nye..
TAPI...mmg aku ngaku jgk..balik kije...haku rasa daa penat gile
ngn urusan umahtangga segala...
itu yg membantutkan semangat nak KAYA cam warga pendatang tuh.

tapi ade jgk aku pikir...TAK SUDAH kije mkn gaji..
mau dipikirin BISNES hape laaa yg buleh buat duit...

maslaha satu lg malays ni..deme kuat DENGKI..
aku duk jap je umah metua aku yg bese buat air tawar
ramai acik2 dtg mintak airtawar deme kata bisnes deme diblackmagikkan
oleh kawan seperjuangan sorang...itu laa masalah nye.
ape pon, kalo kite ade hubungan yg kuat ngan Allah, ade harapan mintakdijauhkan
dr BLACKMAGIC ini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 12:43 PM | Show all posts
dulu aku keje kt construction company. so aku punye subkon besi dan kayu org myanmar. sbnrnye pd pendpt aku lah kan, pendatang ni kalau dah perasan kaya, mulalah nk pijak kepala org.

esp si subcon besi tu, stakat tau baca drawing besi pun belagak mengalahkan aku yg belajar eng 4 thn ni.  belagak yarabbi. lagi2 bile die naik motor yamaha rxz, baru naik yamaha rxz hokkay...pdhal die bukan ade lesen or roadtax pun. tu pun masih belagak die ckp kalau kene tahan ngan polis die suap duit kopi je. owh nyampahnye aku....esp bile aku ni keje as site eng, die ckp perempuan melayu kt malaysia ni confirm masuk neraka sebab bekerja. pastu org melayu kt malaysia ni dulu asal nenek moyang keturunan kitorg ni org hindu peluk islam, tak macam die pure islam. mmg tekanan perasaan la aku. even pas aku kuar dr company tu aku mmg tak bertegur la ngan die.

takyahla kagum sgt ngan pendtg asing tu. mmgla diorg ni rajin, tp korg kene ingat gak, diorg tak perlu bayar income tax mcm kite, duk rumah kongsi, api letrik takyah bayar, beli kenderaan pun sec haram. geran nama org, roadtax takde, lesen takyah buat. ape jenis cukai pun takyah bayar. yg meniaga tepi jalan tu suma korg ingat diorg tu ade mintak lesen ngan mp ke? takde....

pastu dah kaya skit, bukan kayalah tp senang skit dah belagak nak mampus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 16# annehuda

ya betul aku setuju ngan ko...

terus terang aku langsung takde rasa kagum kat warga asing.

aku lebih respek org kita coz aku tau tak semuanya malas...tapi sebab ada segelintir melayu yang malas abis dicop semua melayu malaysia malas dan pilih kerja yang hebat jer dalam cari kerja.

Aku dulu masa tunggu spm kerja kemas bilik jer takde hal pun....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 06:35 PM | Show all posts
Datang cara tanpa izin.. subsidi dan hak rakyat Msia dibedalnya..
cukai seposen haram pun xbyr.. itu yg kita nak buat contoh?..


Aku xleh terima la klu spesis langgar undang2 pastu berjaya dikira sebagai contoh..
Permit apa diorang pakai kerja kat Msia?
Dtg tempat org ikut undang2 tempat tu, jgn nak ikut kepala sendiri..

Jenayah, penyakit , masalah sosial  semua duk lambak masuk Msia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 09:58 AM | Show all posts
Reply 16# annehuda
esp bile aku ni keje as site eng, die ckp perempuan melayu kt malaysia ni confirm masuk neraka sebab bekerja.


betol lah
aku takde ar india foreigner tuh ckp kat haku camneh
tapi die ade ckp...pompuan kat negara die tak keje dan die hasut gak aku supaya takyah kije
ye ar..aku pong kije kat site jugek kdg2 turun,
kalopon tak site pon, kiri kanan dpn blkg lelaki sume.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 10:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by arenis at 25-5-2011 10:10

tu ...mcm kenal je tempat cuci keter tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.601574 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list