CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 802|Reply: 0

Jangan ambil mudah, segera dapatkan rawatan pergigian

[Copy link]
Post time 18-5-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode


MASALAH pergigian yang berakhir dengan kematian antara topik sering dibincangkan di laman sosial.


Kes yang bermula dengan gigi berlubang dan dianggap 'remeh' bagi sesetengah orang, memberi kesan signifikan dan membuka mata masyarakat mengenai kepentingan mendapatkan rawatan pergigian dengan segera.


Hal ini juga menimbulkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan sampingan masalah pergigian yang tidak dirawat, bukan hanya menyebabkan kehilangan gigi, lebih serius ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.


Oleh itu, rawatan salur akar atau 'root canal akar' (RCT) salah satu rawatan penting mencegah komplikasi yang berpunca daripada masalah pergigian ini.



Apakah rawatan salur akar gigi?


Rawatan akar gigi, atau RCT, adalah prosedur pergigian yang bertujuan merawat jangkitan atau kerosakan pada pulpa atau saraf gigi.


Ia membabitkan pembuangan pulpa yang dijangkiti, merangkumi pembersihan dan pembasmian kuman saluran akar, serta pengisian serta tamplan saluran tersebut menggunakan bahan pergigian dipanggil 'gutta percha'.




Rawatan ini membantu menyelamatkan gigi daripada dicabut dan mencegah komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan.


Bagaimanakah RCT boleh menyelamatkan nyawa?


RCT adalah rawatan endodontik yang berfungsi mengekalkan gigi asal/gigi natural daripada dicabut disebabkan pelbagai masalah pergigian berpunca daripada jangkitan kuman dalam mulut.


RCT juga satu prosedur rawatan yang membersihkan saluran pulpa mengandungi salur darah dan saraf dengan membekalkan nutrient kepada gigi kita untuk mengekalkan jangka hayat gigi dalam mulut.


Pada masa sama, pulpa turut membekalkan nutrient kepada bakteria atau kuman yang akan menyebabkan jangkitan lebih besar dan teruk seperti bengkak atau bernanah.


Seterusnya, tisu pulpa yang dijangkiti boleh merebak ke bahagian lain jika tidak dirawat di peringkat awal seperti gusi bengkak dan bernanah. Ia akan membesar ke bahagian mulut, rahang dan muka.


Selain itu salur pulpa yang rosak boleh menyebabkan tisu mati atau nekrosis disebabkan pulpa tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrient dari salur akar dijangkiti.


Rawatan awal pada salur akar gigi yang dijangkiti akan menyelamatkan gigi itu daripada dicabut. Ini kerana cabutan gigi kekal akan mendatangkan masalah seperti maloklusi, gigitan tidak sekata, gangguan penghadaman dan tulang gigi mengecut.


Keadaan ini seterusnya mengganggu psikologi dan penampilan remaja dan dewasa.


Selain itu gentian gigi yang dicabut dengan menggunakan gigi palsu atau implan gigi akan menelan kos lebih besar serta penjagaan rumit.


RCT mencegah komplikasi mengancam nyawa


RCT dapat menyelamatkan gigi yang dijangkiti serta mencegah pelbagai komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh.


RCT bukan sahaja dapat menyelamat gigi namun penting dalam melindungi kesihatan keseluruhan.


Jangkitan pergigian yang tidak dirawat boleh merebak di luar rongga mulut, membawa kepada komplikasi serius seperti:


1. Jangkitan muka dan leher: Gigi bernanah boleh menyebabkan pembengkakan dan pengumpulan nanah, membawa kepada selulitis (muka bengak) atau angina Ludwig, yang boleh menghalang saluran pernafasan dan menjadi mengancam nyawa.


2. Sepsis: Jika bakteria daripada jangkitan gigi yang tidak dirawat memasuki aliran darah, ia boleh menyebabkan sepsis, keadaan boleh membawa maut yang memerlukan rawatan perubatan kecemasan segera.


3. Penyakit jantung dan strok: Penyelidikan telah mengaitkan jangkitan pergigian kronik dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk jangkitan jantung seperti endokarditis dan kemungkinan strok lebih tinggi.


4. Komplikasi diabetes: Bagi pesakit diabetes, jangkitan tidak dirawat boleh menyebabkan kesukaran untuk menguruskan paras gula dalam darah, memburukkan lagi keadaan mereka.


Kesimpulannya, rawatan awal karies gigi seperti tampalan serta RCT dapat mengelakkan komplikasi jangkitan yang berpunca daripada gigi rosak.


Oleh itu, kita disarankan segera berjumpa doktor gigi bagi rawatan awal, seterusnya menyelamatkan gigi daripada komplikasi yang boleh mengancam nyawa.




* Penulis adalah Pakar Pergigian Endodontik dan Pensyarah Pergigian, di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.349308 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list