CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1501|Reply: 19

'Jangan kecam Aiman, benda dah berlaku' - Siti Jamumall

[Copy link]
Post time 18-5-2025 11:36 AM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: "Saya maafkan semua yang dia (Aiman) pernah buat kerana saya pun ada silap juga dan reda apa yang sudah jadi," kata pempengaruh media sosial, Siti Jamumall, 26, yang diceraikan oleh suami, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, ketika sedang bersiaran langsung di TikTok, Rabu lalu.


Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam berkata, dia juga meminta pengikutnya supaya tidak mengecam Aiman atas apa yang berlaku itu.


"Memaafkan itu lebih baik. Saya juga mohon doa yang baik-baik buat saya dan anak-anak serta Aiman juga.


"Jangan kecam dia (Aiman). Benda yang lepas tu sudah berlaku. Dia pun ada kebaikan yang dia buat dan ingatlah sisi baiknya," katanya yang masih lagi tinggal di rumah kelamin bersama dua anaknya.


Siti berkata, dia juga perlu ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai itu.




"Saya pun tidak tahu sama ada kami boleh rujuk semula atau tidak. Menurut peguam syarie, keputusan sama ada boleh rujuk itu bergantung pada niat dan kefahaman Aiman ketika lafaz cerai ketika itu.


"Saya belum ke mahkamah lagi. Belum ada kekuatan. Nak keluar depan pintu rumah pun tak ada mood," katanya yang kini hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman.


Menurut Siti, untuk berbaik semula dengan Aiman, ia akan mengambil masa.


"Kalau kami boleh rujuk semula atau Aiman bercadang untuk kembali semula, saya juga perlu fikirkan kalau perkara itu boleh beri kebaikan pada anak-anak.


"Anak dalam kandungan saya perempuan dan dia juga akan cari bapanya juga bila besar nanti.


"Paling penting, dia perlu dapat restu daripada ayah saya sebagai wali yang masih hidup kerana masa kami kahwin dulu keluarga juga menentang (tidak setuju)



"Tapi jika kami tak boleh rujuk, kita teruskan hidup macam biasa," katanya


Sementara itu, Siti berkata, buat masa ini dia juga berehat seketika dari berniaga dan membuat siaran langsung di TikTok.


"Saya tak berniaga dan buat live buat masa ini kerana mahu berehat dulu dan percaya aturan Allah SWT lebih baik," katanya.


Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pasangan terbabit bertengkar dan saling tuduh-menuduh sehingga emosi masing-masing tidak terkawal.


Kemudian, Aiman atau dikenali sebagai Aiman Tak Kesah dalam nada tersekat-sekat akhirnya menceraikan isterinya.


"Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua," katanya yang mengulangi perkataan terbabit sebanyak tiga kali.


Dia juga memaklumkan tidak mahu terus dipijak isterinya itu dan mahu mengembalikan semula maruahnya sebagai lelaki.


Siti yang mendengar lafaz cerai itu terus terdiam dan menitiskan air mata sehingga terpaksa ditenteramkan dua lelaki lain dipercayai pembantunya untuk siaran langsung ini.


Pasangan terbabit sebelum ini pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.


Namun, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.


Siti turut mempunyai dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4, hasil perkahwinan terdahulu dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai pada Disember 2022.


Perkahwinan Siti dengan Aiman berlangsung di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.


Siti juga dilaporkan mengalami masalah kemurungan dan kegelisahan (anxiety) serta memerlukan sokongan selepas diceraikan suaminya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2025 09:41 AM | Show all posts
hhrrmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 10:39 AM | Show all posts
dia ni jual apa ekkkk....
mmg dia ada produk dia sendiri ker?
aku ini dia nih dulu jual jamu... JAMU MALL gitu...

hahaha.. sorry ler aku tak follow influencer2....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:39 AM | Show all posts
Marketing ke? Sbb ko takde duit nak bayar hutang kan, dok hutang orang tak bayar.. Jenis suka menipu pempuan ni, kalau bukan marketing takde mata ko sibuk2 nak tengok kamera masa live.. Dah end dah live tu, tapi tulah sbb nak orang support ko lah kan, dicerai dalam live ketika mengandung..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 12:10 PM | Show all posts
Mcm nk tagih simpati je dia ni. Dh la gaduh smpai bercerai berai pn kat live. pastu play victim. amende ntah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
blh ye buat content.. xtakut betul diorg ni.. meminta sgt ni.. semoga korg bersama till hell.. iskh kesian aku ngn budk nk lahir tu.. ape lak nasib dia.. haish..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2025 03:09 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 20-5-2025 11:39 AM
Marketing ke? Sbb ko takde duit nak bayar hutang kan, dok hutang orang tak bayar.. Jenis suka menipu ...

masa tengah gah tahun lepas rasanya
dorang sewa 1 building besar corner lot kat setia alam ni
tapi sekarang tkde dah
since siti tu kahwin aiman tu
rasanya dorang punya financial merudum tu cari marketing kotor gini
konon p KK balik jalan kaki la apa la
tipu naw la ko
sapa suruh ko jalan kaki. ambik la grab
sendiri bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 03:11 PM | Show all posts
hummmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2025 03:11 PM | Show all posts
stop live.. settle
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 03:30 PM | Show all posts
cattiecute replied at 20-5-2025 07:09 AM
masa tengah gah tahun lepas rasanya
dorang sewa 1 building besar corner lot kat setia alam ni
tapi ...

Marketing lah kan sekarang musim bini tersakiti dapat job, dia pun nak jugak lah kena cerai masa mengandung.. Mana tahu dapat job kan, masalahnya dia ni mmg selalu sangat buat gini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 03:48 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 20-5-2025 03:30 PM
Marketing lah kan sekarang musim bini tersakiti dapat job, dia pun nak jugak lah kena cerai masa m ...

iols tak pernah percaya taktik2 gini
boleh g mams semua
punya batak likes dan orang dok cite
hujung2 takde pun viral mana2. sehari dua je
tapi cerai dah jatuh. lagipun siti tu pregnant. kena tunggu bersalin dulu
nanti rujuk balik la tu
iols puiii kan sajo kat kapel kepam laki muka rempitz ni.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 05:43 PM | Show all posts
pelik2 je media sosial sekarang ni

harap2 le facebook, twitter, tiktok, instagram bagai ni terkubur cepat

back to basic, membawang di porem cari
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Buhsanggg
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 07:06 PM | Show all posts
benda2 talak pun boleh buat main.desperate betul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ASAL BERLAKI kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bengongnya lah kelaku seiring dengan rupa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 11:17 AM | Show all posts
siti ni complete package ek bangang dia..
dah cerai before this masa suami pertama,
suami kedua boleh pulak ko kawen kat telend ek sbb family reject ke..
pastu cerai rujuk cerai rujuk.. mental kau ni..
kalau camni perangai, susah jantan semenggah nak kat kau..
yg berani dtg semua stock2 matpet, rempit dll yg seangkatan..
muka lawa dah,, tp otak takde..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 11:32 AM | Show all posts
bangang xle bawak bincang si siti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyat2 eh content dia
Macam2 dia buat UTK naikkan view
Gila dunia punya orang
Sebab tu hati tak pernah puas dan tenang
Cari rezeki pun dgn cara terjerit2 dan menipu
Lagi 1 KO dgn first laki dah gagal
Patutnya laki kedua carilah yang semenggah ckit..ni Dahla muda gila pastu rupa pun..alahai..xberbaloi la anak tu nanti rupa Indon macam bapaknya..perangai pun rempit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.397748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list