CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1176|Reply: 0

Bekas suami maki dan fitnah di media sosial? Ini tindakan undang-undang boleh diambil yang ramai wanita tidak tahu

[Copy link]
Post time 9-5-2025 11:07 PM | Show all posts |Read mode


MESKIPUN sudah berpisah dan membina kehidupan baharu, masih ramai golongan wanita menghadapi gangguan daripada bekas suami termasuk hinaan, cacian serta pembukaan aib secara terbuka di media sosial.


Gangguan seumpama itu bukan sahaja menjatuhkan maruah, bahkan boleh memberi kesan psikologi dan sosial yang serius kepada mangsa.


Penghinaan secara berterusan, walaupun selepas penceraian tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.




Adalah penting bagi golongan wanita untuk mengetahui hak yang boleh diambil dari sisi undang-undang.


Mengulas lebih lanjut, Peguam Syarie Negeri Selangor merangkap Panel Hakam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Muhammad Amirul Akmal Ismail menjelaskan bahawa wanita yang menjadi mangsa kepada perbuatan memalukan atau memfitnah oleh bekas suami mempunyai hak undang-undang untuk mempertahankan diri.


"Ini termasuk apabila seorang wanita sudah berkahwin semula tetapi masih terus dihina atau difitnah oleh bekas suami melalui media sosial.


"Dalam hal ini, wanita tersebut boleh membuat laporan polis," katanya kepada Majoriti .


Amirul berkata, amat penting untuk menyimpan segala bukti seperti tangkapan layar ( screenshot ) kenyataan fitnah atau mesej berunsur gangguan.


"Bukti-bukti itu boleh digunakan untuk membuat laporan," katanya.




Amirul berkata, terdapat dua saluran undang-undang yang boleh digunakan oleh wanita bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan tersebut iaitu:


1. Tindakan Sivil di Bawah Akta Fitnah 1957


Wanita tersebut boleh memfailkan saman sivil terhadap bekas suami berdasarkan Akta Fitnah 1957.


Ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi sekiranya posting atau kenyataan yang disebarkan di media sosial memberi kesan buruk terhadap imej atau reputasinya.


"Mahkamah akan menilai sejauh mana kenyataan tersebut menjejaskan imej mangsa dan jika terbukti, wanita itu berhak mendapat pampasan atau ganti rugi," jelasnya.


2. Tindakan Jenayah di Bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan


Sekiranya fitnah tersebut dilakukan dengan niat jahat, bekas isteri juga boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda jika sabit kesalahan.


Namun, menurut Muhammad Amirul, tindakan jenayah memerlukan siasatan pihak pendakwaan dan hanya akan dibawa ke mahkamah jika terdapat bukti kukuh.


"Jika pendakwa raya berpendapat kes itu cukup kuat, maka kes boleh dibawa ke mahkamah dan bekas suami berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda," tambah beliau. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.070918 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list