CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 727|Reply: 0

Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

[Copy link]
Post time 6-5-2025 10:04 PM | Show all posts |Read mode


KITA semua tahu bahawa menjaga pemakanan di samping menjalani gaya hidup aktif ialah kunci untuk kesihatan tubuh badan.


Seperti yang disarankan oleh pakar, kunci kepada gaya hidup sihat bergantung sebanyak 70 peratus kepada pemakanan seimbang dan 30 peratus kepada aktiviti fizikal atau senaman.


Namun, tahukah anda bahawa makan terlalu sihat juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh? Sebenarnya, ada bahaya tersembunyi di sebalik usaha kita untuk menjaga pemakanan yang kononnya sempurna.


Berikut ialah beberapa sebab mengapa obsesi terhadap pemakanan sihat boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh dan mental.




1. Kekurangan nutrien lain


Banyak orang beranggapan bahawa memilih makanan yang sihat seperti menjadi vegan, memakan makanan rendah kalori atau hanya memilih produk organik adalah cara terbaik untuk menjaga tubuh.


Namun, apabila terlalu fokus pada satu jenis makanan sahaja, kita berisiko untuk mengalami kekurangan nutrien yang penting untuk tubuh.


Sebagai contoh, diet vegan terlalu ketat mungkin menyebabkan kekurangan vitamin B12 dan zat besi iaitu nutrien penting untuk memastikan tubuh berfungsi secara optimum.


Makanan seperti daging, telur dan produk tenusu mengandungi nutrien yang tidak boleh diperoleh sepenuhnya daripada sumber tumbuhan.




2. Ketagihan diet


Terlalu obses dengan pemakanan yang dianggap sihat boleh membawa kepada gangguan pemakanan seperti orthorexia iaitu gangguan obsesif terhadap makanan yang sihat.


Ini bermakna seseorang menjadi terlalu tegas dalam memilih makanan dan cenderung mengelak apa sahaja yang dianggap kurang sihat.


Meskipun niat menjaga kesihatan itu baik, obsesi ini boleh mencetuskan tekanan mental berlebihan. Mereka yang menghidap orthorexia mungkin juga merasa terasing dari kehidupan sosial kerana terlalu takut untuk makan makanan yang tidak termasuk dalam kategori diet.




3. Stres


Dalam masyarakat yang sering memberi tekanan kepada individu untuk menjaga bentuk tubuh dan kesihatan, kebanyakan orang menjadi terlalu berhati-hati dalam memilih makanan mereka.


Keadaan ini membawa kepada perasaan panik atau rasa bersalah jika tersalah memilih makanan tidak bersesuaian dengan diet yang diamalkan.


Jika tidak ditangani dengan baik, stres yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada tubuh. Kesan negatif stres termasuk masalah tidur, sistem imun yang lemah, peningkatan hormon kortisol dan gangguan pencernaan.


Oleh itu, walaupun makan secara sihat adalah penting, kita juga perlu menjaga kesihatan mental dengan cara yang lebih seimbang.




4. Gangguan metabolisme


Pemakanan yang terlalu ketat dan membatasi jenis makanan tertentu boleh menjejaskan sistem metabolisme tubuh.


Makanan yang rendah kalori atau diet ekstrem yang mengelakkan lemak dan karbohidrat mungkin membuat tubuh kita kekurangan tenaga yang diperlukan untuk berfungsi secara efisien. Ia akan menyebabkan tubuh menjadi lemah, mudah letih dan kurang berdaya tahan terhadap penyakit.


Selain itu, apabila tubuh kekurangan nutrien penting, proses metabolisme menjadi lebih lambat dan akhirnya membawa kepada penurunan kadar pembakaran kalori.




5. Menjejaskan kualiti hidup


Salah satu kesan yang sering berlaku apabila seseorang terlalu obses dengan pemakanan yang sihat adalah hilangnya kenikmatan dalam makan.


Makan bukan hanya tentang memenuhi keperluan nutrisi tetapi juga tentang menikmati rasa dan pengalaman bersama keluarga dan rakan-rakan. Apabila terlalu ketat dalam memilih makanan, kita akhirnya mengabaikan kegembiraan makan bersama dan kehilangan peluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan.


Sebagai contoh, makan sepotong kek pada hari ulang tahun atau menikmati makan malam dengan rakan-rakan seharusnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan, bukannya sesuatu yang harus dihukum.


Kehilangan kenikmatan makan ini boleh menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan dan membawa kepada rasa kekosongan dalam kehidupan seharian.


Makan mungkin tidak lagi menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, sebaliknya berubah menjadi satu cabaran kerana perlu sentiasa mematuhi peraturan diet yang ketat dan membebankan.




6. Tabiat makan yang tidak realistik


Diet yang terlalu ketat lazimnya sukar untuk dikekalkan dalam jangka masa panjang. Meskipun kita mungkin bersemangat pada peringkat awal, lama-kelamaan ia boleh terasa terlalu membebankan sehingga mendorong kembali kepada tabiat makan yang lama.


Diet ekstrem sering kali memerlukan disiplin dan pengorbanan yang tinggi sehingga menyebabkan rasa bosan dan tidak puas. Oleh itu, pendekatan pemakanan yang lebih seimbang dan fleksibel lebih mudah diamalkan dan lebih berkesan dalam jangka panjang. – RELEVAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list