CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 603|Reply: 0

Masalah pendengaran bukan hanya dialami warga emas

[Copy link]
Post time 4-5-2025 08:35 AM | Show all posts |Read mode

MASALAH pendengaran sering kali dikaitkan dengan golongan warga emas.

Hakikatnya, masalah ini bukan lagi sesuatu yang hanya menimpa mereka yang berusia lanjut, tetapi boleh terjadi dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak.

Oleh itu, penting untuk masyarakat memahami, masalah pendengaran adalah isu kesihatan sejagat yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Antara punca utama masalah pendengaran dalam kalangan generasi muda boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kongenital yang berlaku masalah pendengaran sejak lahir dan acquired, berlaku bila-bila masa selepas lahir, contohnya jangkitan kuman, kemalangan, dan trauma.

Selain itu, pendedahan terhadap bunyi yang kuat, terutamanya melalui penggunaan fon telinga dalam jangka masa lama, turut menjadi punca masalah pendengaran.

Ramai remaja gemar mendengar muzik dengan volume tinggi tanpa menyedari kesan buruknya terhadap telinga.


Masalah kesihatan seperti jangkitan telinga, kecederaan pada gegendang telinga, dan keturunan juga boleh menyebabkan masalah pendengaran.

Di sekolah pula, terdapat murid yang mengalami masalah pendengaran sejak kecil tetapi tidak dikesan awal, lalu menjejaskan pencapaian akademik serta perkembangan sosial mereka.

Ini menunjukkan betapa pentingnya saringan awal pendengaran, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Langkah-langkah pencegahan amat penting mengelakkan kerosakan kekal pada pendengaran.

Antaranya ialah mengehadkan masa penggunaan fon telinga, mengurangkan tahap volume semasa mendengar muzik, memakai pelindung telinga ketika berada di kawasan bising.



Dari segi kesihatan pula, penjagaan yang baik mengelakkan jangkitan kuman adalah penting, seperti tidak mengorek telinga dengan kasar sehingga menyebabkan luka dan sering menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pendidikan kesedaran juga perlu diberikan sejak usia muda agar masyarakat lebih prihatin terhadap penjagaan telinga.

Masalah pendengaran boleh dirawat mengikut punca dan tahap gangguan pendengaran yang

dialami seseorang, antara rawatan tersedia ialah:

- Pembuangan tahi telinga

- Alat bantu pendengaran

- Pemasangan implan koklea

- Ubat-ubatan

- Pembedahan


Masalah pendengaran boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan mencegah, mengesan, dan merawat masalah ini sebelum ia menjadi lebih serius.

Kesihatan pendengaran aset berharga yang perlu dijaga sepanjang hayat. - BH ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.322932 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list