CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 939|Reply: 0

Ibu perlu sentiasa istighfar, jaga lisan sebelum marah anak, 'kena ingat mulut mak ini masin'

[Copy link]
Post time 3-5-2025 04:39 PM | Show all posts |Read mode


PERKONGSIAN seorang pengguna media sosial di aplikasi Threads yang menyentuh mengenai kepentingan kata-kata seorang ibu terhadap anak-anak, baru-baru ini menarik perhatian ramai.


Pengguna dengan nama @widaddisini berkongsi kisah yang mengajak para ibu agar lebih berhati-hati dengan tutur kata, khususnya ketika memarahi anak.


Menerusi kisah ringkas yang dikongsikannya, beliau mengimbau dua peristiwa yang meninggalkan pengajaran besar menunjukkan betapa 'berkuasanya' kata-kata seorang ibu.




Menurutnya, seorang ibu, sewaktu anaknya kecil dan sering nakal, beliau pernah menghamburkan kata-kata agar anaknya layak dihukum gantung.


"Ada kisah banduan yang kena hukum gantung. Mak banduan ini bawa geran tanah, merayu tak bagi anak kena hukum dan rela tukar dengan tanah tersebut.


"Katanya dulu anak dia nakal, jadi dia selalu marah kemudian cakap nak kena gantung ke? Tengok bila besar kena gantung betul.


"Kisah Ketua Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais pula, semasa kecil beliau nakal juga sampai sekali itu mak beliau marah tapi cakap pergi sana jadi imam Makkah. Tengok-tengok betul bila besar jadi imam Makkah," tulisnya pada Khamis.


“Ini versi pendek, tapi nak cerita yang mulut mak ini masin. Kadang-kadang tak sedar pun cakap, tapi ALLAH SWT makbulkan," tulisnya.




Sementara itu menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, tidak semua yang diucapkan oleh ibu adalah doa secara langsung.


Terdapat beza antara doa yang dimaksudkan, dengan teguran, pesanan atau amaran biasa yang tidak disertai dengan niat memohon kepada ALLAH SWT.


Namun begitu, lidah ibu tetap membawa keberkatan dan pengaruh yang besar dalam kehidupan anak-anak.


Ini sebagaimana yang dinyatakan menerusi sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: "Tiga doa mustajab yang tidak diragukan lagi iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." (Hadis Riwayat Riwayat Ibnu Majah).


Jelas bahawa doa ibu yang diniatkan, khususnya yang baik-baik, termasuk dalam doa sangat mustajab.


Namun, jika kata-kata itu diucapkan dalam keadaan marah atau tanpa sedar, tidak bermaksud ia secara automatik menjadi doa yang dimakbulkan, namun tetap perlu berhati-hati.


"Adakalanya, ada anak yang melakukan kesalahan atau perkara membahayakan diri, tetapi mereka tidak tahu akibatnya.




"Berdasarkan pengalaman seorang ibu, ia boleh dijadikan sebagai ingatan kepada anak tersebut.


"Bukanlah niat ibu untuk menimpakan sesuatu yang buruk kepada anak-anak, hanya peringatan agar setiap anak berwaspada dan berhati-hati," jelasnya menerusi artikel yang pernah disiarkan dalam laman web emusykil.muftiselangor.gov.my..


Menurutnya lagi, sesuatu perkara yang buruk itu tidak akan berlaku melainkan dengan keizinan daripada ALLAH SWT.


"Justeru, ibu sentiasalah beristighfar kepada ALLAH SWT jika tersalah kata dalam ucapannya terhadap anak-anak," ujar beliau — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list