CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10405|Reply: 0

Persis panorama di Eropah, Bromo dan Bogor jadi destinasi pilihan percutian keluarga, rupiah jatuh buat ramai mahu serbu Indonesia

[Copy link]
Post time 2-5-2025 03:42 PM | Show all posts |Read mode


KEJATUHAN nilai mata wang rupiah di Indonesia sejak kebelakangan ini membuka ruang yang luas untuk pelancong asing khususnya dari Malaysia untuk menikmati percutian impian di negara jiran secara lebih berbaloi.


Tambahan pula, nilai ringgit kini dilaporkan lebih stabil berbanding 2024 sehingga menjadikan percutian ke negara seberang itu bukan sahaja mudah dicapai, malah popular dalam kalangan 'kaki travel' yang gemar melancong bersama keluarga.



Antara yang mengambil peluang itu adalah seorang ibu muda, Alya Amni Nazaruddin yang berkongsi detik-detik indah percutian bersama suami dan dua anak lelakinya di Indonesia, baru-baru ini.


Perjalanannya yang bersifat spontan dengan prinsip You Only Live Once (YOLO) ternyata mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik beberapa gambar memepesona dari dua destinasi iaitu Bogor dan Gunung Bromo.


Menerusi koleksi gambar yang dikongsikan, mereka kelihatan berkelah di tengah-tengah kehijauan alam dengan berlatarbelakangkan panorama gunung yang indah.


Dalam gambar lain, Alya dan suami masing-masing menunggang kuda sambil memegang erat anak kecil mereka dengan ia menjadi satu momen keluarga yang cukup bermakna.


Lebih mencuit hati, anak-anak mereka juga dilihat cuba memasak sambil memakai topi cef ketika berada di sana.




Menurut Alya, walaupun itu bukan kali pertama mereka bercuti ke luar negara, pengalaman di Indonesia itu dianggap paling bermakna walaupun tanpa perancangan rapi.


"Tak sangka, perjalanan keluarga ke Indonesia ini paling seronok berbanding bercuti ke negara lain. Sekarang hari ke lima, nanti saya kongsi itinerari ya” tulisnya dalam kapsyen.


Jelasnya lagi, percutian itu dirancang secara santai tanpa bajet khusus iaitu dengan niat untuk menggembirakan anak-anak.


"Kami habiskan tiga hari di Bogor dan empat hari di Bromo. Tak ikut jadual pun. Janji anak-anak gembira," tambahnya.


Perkongsian itu dibanjiri komen positif warga maya yang turut menyatakan minat untuk mengikuti langkah Alya bercuti ke lokasi yang sama.


"Di Bromo, Malang dan Batu memang best .Dua kali pergi. Sekali (ketika) honeymoon, sekali lagi semasa bawa anak," tulis Hasnidarahman .


"Gambar semua cantik-cantik. Ada yang nampak macam pergi Eropah," tulis Imarahim456 .


"Share itinerari boleh ke sis? Nak pelan bawa anak bercuti," pinta seorang pengguna, Nunbayalamhah.  — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.207624 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list