CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1266|Reply: 2

[SEJARAH] Lantang bersuara sehingga dipenjara. Ini kisah Muhammad Ali, peninju legenda yang menggunakan popularitinya untuk keamanan

[Copy link]
Post time 1-5-2025 06:42 PM | Show all posts |Read mode


Dia pernah disenaraikan sebagai individu ke 16 paling berpengaruh di Amerika Syarikat oleh majalah Times. Juga antara individu Muslim yang teguh pendiriannya dan lantang bersuara di negara Uncle Sam itu.


Nama Muhammad Ali sangat dikenali dalam dunia tinju. Legenda ini suatu ketika dahulu digeruni lawan dan terkenal dengan manteranya ‘float like a butterfly, sting like a bee’. Walaupun sudah meninggalkan arena tinju, dia masih dianggap champion of the world.


Muhammad Ali dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky Amerika Syarikat. Dia diberi nama Cassius Marcellus Clay Jr sehingga dia mengambil keputusan memeluk Islam pada Februari 1964.




Setiap manusia hebat ada jalan cerita tersendiri yang menjadikannya hebat. Apabila saat itu tiba matlamat kehidupan jelas terbentang di hadapan mata maka perjalanan pun bermula. Itulah yang berlaku kepada Muahammad Ali, cerita hebatnya bermula ketika usianya 12 tahun.


Cerita Muhammad Ali bermula dengan seorang kanak-kanak bernama Clay (nama Muhammad Ali sebelum Islam) yang kehilangan basikal kesayangan hadiah Krismas.


Clay berjalan sekeliling bandar sambil terjerit-jerit akan membelasah orang yang mencuri basikalnya jika ditemui. Pekikan Clay didengar oleh seorang anggota polis, Joe Martin yang sedang menjalani latihan tinju di gim berhampiran.  


Joe Martin yang juga jurulatih tinju menegur lalu mencadangkan agar Clay belajar bertinju dahulu sebelum cuba-cuba untuk membelasah orang lain. Cadangan itu disambut Clay sebagai cabaran dan Martin adalah jurulatihnya yang pertama. Dia mula mencipta nama dalam arena tinju hingga menjadi ‘champion of the world’.




Bertinju hanyalah satu pekerjaan. Sama macam rumput tidak berhenti untuk tumbuh, burung fitrahnya terbang, ombak sentiasa memukul pantai. Begitulah, menumbuk orang adalah kerjaya bagi Muhammad Ali.


Dia tidak pernah menyesal atas apa saja yang berlaku di dalam hidupnya. Setiap yang berlaku dalam kehidupan sehari-harian adalah proses pembelajaran. Walau sekecil mana sekalipun hal yang berlaku ada pengajarannya. Dia tidak pernah bertanya mengapa? Setiap yang berlaku ditempohi tanpa ada rasa bimbang. Sering kali dikatakan pada diri …”It is what it is, and I’m going to make the best of it.”


Lonnie Ali, isteri Muhammad Ali menyimpan banyak memori indah ketika legenda itu masih hidup. Baginya juara tinju dunia itu mempunyai kekuatan dalaman yang teguh. Dia tidak pernah lupa siapa dirinya.


Setiap manusia pasti ada ketikanya rasa murung dan rendah diri memikirkan masalah yang  menimpa diri. Namun bagi Muhammad Ali rasa itu tidak pernah hadir dalam dirinya. Because I’m the most famous man on earth.


Muhammad Ali sentiasa berpegang kepada realiti bahawa dirinya hebat kerana orang memandangnya hebat. Bukan untuk meninggi diri tetapi peluang menjadi popular dan terkenal digunakan sepenuhnya. Alang-alang popular biar diingati sepanjang zaman. Dia menggunakan kepopularannya untuk membantu dunia mencapai keamanan.




Dia mahu orang muda jadikan kehidupannya sebagai bukti bahawa perbezaan akan menjadikan kita kuat dan tidak boleh merampas kuasa untuk memiliki impian serta mencapai impian.


Atas kekuatan itu maka Pusat Muhmmad Ali ditubuhkan untuk menyampaikan impian Muhammad Ali. Dia mahu dunia melihat wajah agamanya menerusi Islam sebagai wajah perdamaian dan penuh dengan cinta.


Di gelanggang dia memang serius, setiap tumbukan yang dilepaskan dengan matlamat untuk menumbangkan lawan. Namun ketika jauh dari gelanggang, dia seorang yang suka ketawa dan berjenaka dengan sesiapa saja yang berada di sekelilingnya.


Seluruh Amerika Syarikat malah dunia sekali pun menyanjung Muhammad Ali bukan hanya kerana kehebatannya menumbangkan lawan di gelanggang tetapi juga pada hatinya. Ungkapan hatinya yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan hingga menjadi sanjungan. Setiap saat dia bangga dengan status selebriti yang dimiliki dan dipergunakan status itu sepenuhnya. Muhammad Ali sentiasa mengambil kesempatan ke atas status selebriti yang dimiliki demi kebaikan.


Dan, amat mengagumkan kerana status selebritinya itulah dia berjaya membebaskan 14 tebusan daripada tawanan tentera Iraq pada 1990 semasa Perang Teluk.


Cerita pembebasan tebusan itu bukan seperti drama perisikan FBI mahupun CIA, Muhammad Ali hanya berkunjung ke Iraq atas jemputan Saddam Hussein yang juga peminat setianya.


Pertemuan yang berlangsung selama 50 minit itu berkesudahan dengan 14 tebusan dibebaskan tanpa syarat. Benar kata pepatah sambil menyelam minum air, dan itulah yang dilakukan oleh Muhammad Ali.




Kita memuja Muhammad Ali bukan sekadar kerana kehebatannya memenangi 56 daripada 61 pertandingan tinju yang disertai. Lelaki itu dipuja kerana usahanya berterusan mahu kekal sebagai juara di hati peminat walaupun setelah bersara dari medan tinju.


Saingannya setelah terkeluar dari gelanggang bukan lagi Joe Frazier atau Larry Holmes mahu pun George Foreman tetapi keamanan sejagat. Atas tiket keamanan, Muhammad Ali menjelajah negara-negara bergolak untuk memperjuangkan pendiriannya terhadap peperangan.


Dia disanjung kerana sanggup ke Afrika Selatan bersama penyokong setia Nelson Mandela ketika pemimpin itu dibebaskan dari penjara. Dengan hati yang tidak pernah berbelah bagi bahawa peperangan bukanlah jalan penyelesaian masalah telah membawa Muhammad Ali terbang ke Afghanistan. Di negara bergolak itu dia menyertai sukarelawan keamanan bersusah payah untuk membangunkan sekolah. Dan, tidak sia-sialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengangkatnya sebagai United Nations Messenger of Peace.




Perjalanan Menuju Islam


Pada 1961, Cassius Marcellus Clay Jr (nama Muhammad Ali sebelum Islam) berkunjung ke salah sebuah masjid Miami. Ternyata pengalaman di masjid tersebut menerbitkan satu rasa baru di dalam dirinya.


Sebaik sahaja melangkah keluar dari masjid, dia mengesan di hatinya terbit satu rasa lain. “Itulah saatnya buat pertama kali dalam hidup saya, ia benar-benar memberi sentuhan jiwa yang mendalam.”


Bermula dari saat itu Muhammad Ali mula menjinakkan diri dengan Islam namun masih belum bersedia untuk memeluk agama itu. Perjalanannya menuju Islam diteruskan dan pada 1962, dia mendengar syarahan yang disampaikan oleh Elijah Muhammad, pemimpin Nation of Islam.


Dari sekadar mendengar syarahan, rupanya ia telah membawa Clay kepada Malcolm X. Ketika itu Malcolm X adalah satu figura Islam yang amat berpengaruh. Daripada pertemuan biasa ia membawa kepada jalinan persahabatan dan akhirnya menjadi penasihat Clay.




Bermula dari saat itu Muhammad Ali mula menjinakkan diri dengan Islam namun masih belum bersedia untuk memeluk agama itu. Perjalanannya menuju Islam diteruskan dan pada 1962, dia mendengar syarahan yang disampaikan oleh Elijah Muhammad, pemimpin Nation of Islam.


Dari sekadar mendengar syarahan, rupanya ia telah membawa Clay kepada Malcolm X. Ketika itu Malcolm X adalah satu figura Islam yang amat berpengaruh. Daripada pertemuan biasa ia membawa kepada jalinan persahabatan dan akhirnya menjadi penasihat Clay.


Setelah dua tahun bersahabat akhirnya Clay menyatakan kerelaannya untuk memeluk Islam. Pengakuan secara terbuka dibuat sebaik sahaja dia berjaya menumbangkan Sonny Liston pada 25 Februari 1964.


Sambutan meraikan kemenangan yang diaturkan oleh penaja utamanya gagal diadakan kerana Clay tidak muncul seperti yang dijanjikan. Rupanya ketika sambutan itu sudah siap menanti kedatangannya, Clay sedang seronok menghabiskan masanya di bilik hotel Malcolm X.


Sehari selepas kemenangan itu Clay membuat pengumuman rasmi di hadapan wartawan bahawa dia kini adalah sebahagian daripada Nation of Islam.


“Saya percaya kepada Allah dan perdamaian… kini saya bukan lagi Kristian… saya bebas untuk menjadi sebagaimana yang saya mahukan… Pengikut Allah adalah umat terbaik di dunia. Mereka tidak membawa senjata… mereka solat lima kali sehari.”


Sejak itu dia menggugurkan nama Clay yang mengingatkannya kepada sistem perhambaan. Kemudian menggunakan nama Cassius X namun tidak berapa lama selepas itu namanya ditukar sekali lagi menjadi Muhammad Ali. Nama yang diberikan oleh Elijah Muhammad itu kekal hingga ke akhir hayatnya.


Dia mencabar kerajaan  atas beberapa dasar yang tidak dipersetujui seperti peperangan namun itu tidak bermakna dia membenci negaranya. Kerana pendiriannya itu dia telah menerima anugerah dari PBB.


Rabbi Yahudi menyokongnya


Semangatnya untuk mempertahankan pendirian benar-benar memberi inspirasi kepada Rabbi Michael Lerner – pemimpin komuniti Yahudia Louisville saat memberikan perutusan terakhir hari pengebumian Muhammad Ali.


Bagi Rabbi Micheal, komuniti Yahudi di Amerika tidak pernah bersetuju dengan ahli politik yang membenci umat Islam hanya kerana seorang Muslim yang melakukan keburukan.




Ahli sukan datang dan pergi, begitu juga orang popular datang dan pergi namun satu yang kekal di hati kita tentang Muahamad Ali adalah pendiriannya terhadap peperangan dan perdamaian.


Tidak ada apa yang mampu menggugat pendiriannya untuk menolak menyertai peperangan Vietnam walaupun kerjaya tinjunya menjadi taruhan. Diugut dengan ancaman digantung daripada beraksi di gelanggang selama lima tahun pun tidak dapat untuk memadamkan pendirian Muhammad Ali.


Apa yang difikirkan tidak betul dan tidak mahu  menyertai peperangan maka itu membawa maksud ia tidak mahu. Tidak ada tolak ansur. Berdiri teguh dengan apa yang dipercayai dan pendirian yang dipegang. Peperangan yang melanggar hak moral orang lain adalah tidak betul maka dia mengatakan tidak dan tidak mahu turut serta berperang.


Kata-kata Muhammad Ali masih terkesan hingga hari ini, “Siapa mereka yang boleh mengarahkan saya untuk pergi ke Asia, Afrika atau ke mana saja ceruk dunia untuk memerangi orang yang tidak berdosa. Sedangkan orang itu tidak pernah pun melontar walau seketul batu pun kepada saya apa lagi kepada Amerika.”


Kelantangan itu, perlu dibayar dengan harga yang mahal. Untuk itu Mahummad Ali sedia maklum, lima tahun dihalang menyertai pertandingan tinju, dihukum penjara, denda dan pasportnya ditahan. Namun apabila muncul semula, bintangnya bersinar amat terang. Muhammad Ali mencipta nama sebagai legenda dunia.


Dia menggunakan sanjungan dan kemasyhurannya untuk terus berdiri teguh mempunyai kuasa untuk bercakap tentang kebenaran walaupun kerjayanya menjadi taruhan, itulah moral integrity yang dimiliki Muhamad Ali.




Untuk mengenang dan menyanjung Muhammad Ali kita kena menjadi Muhammad Ali pada hari ini.  Inilah masanya bagi kita untuk bercakap benar menerusi kuasa yang dimiliki dan itulah yang dilakukan oleh Muhammad Ali.


Tidak ada satu pun yang mampu menggugat pendiriannya walaupun di penjara lima tahun, dihalang menyertai sebarang pertandingan tinju dan didenda. Kata hatinya mengatakan peperangan itu tidak perlu maka kerana ia mencampuri urusan dalaman negara luar.


Pada saat akhirnya, Muhammad Ali dengan kesukaran untuk bergerak dan bertutur dengan baik akibat parkinson masih juga lantang menyuarakan pendapatnya. Pada Disember 2015, secara terbuka Muhammad Ali membantah provokasi yang dilakukan oleh Donald Trump terhadap Muslim.


Dengan lantang dia mengatakan bahawa seorang Muslim sejati amat mengetahui bahawa tindakan membunuh orang yang tidak berdosa di Paris, San Bernardino atau sesiapa sahaja di dunia bertentangan dengan prinsip Islam.


Sangkalnya, pemimpin politik seharusnya menggunakan kedudukan mereka untuk menjernihkan kekeliruan rakyat terhadap agama Islam dan bukannya mengambil kesempatan menakut-nakutkan rakyat untuk meraih sokongan. Seharusnya pemimpin memberi penjelasan bahawa tindakan membunuh yang dilakukan oleh pengganas bertentangan dengan persepsi Islam.


Itulah Muhammad Ali Champion of the world!




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagend
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Al Fatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.066974 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list