CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 538|Reply: 0

Dementia dan alzheimer: Apa yang keluarga perlu tahu

[Copy link]
Post time 29-4-2025 12:02 PM | Show all posts |Read mode


PENYAKIT dementia dan alzheimer sering dikaitkan dengan golongan warga emas.


Ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan individu yang menghidapinya, tetapi turut memberi kesan besar kepada ahli keluarga yang menjaga mereka.


Masyarakat perlu diberi pendedahan lebih luas mengenai penyakit ini agar dapat memberikan sokongan dan penjagaan lebih baik kepada mereka yang terbabit.


Dementia bukanlah satu penyakit tunggal, tetapi merangkumi sekumpulan gejala yang membabitkan kemerosotan fungsi otak, termasuk keupayaan untuk berfikir, mengingat dan membuat keputusan.


Alzheimer pula jenis dementia yang paling biasa. Antara tanda-tanda awal Alzheimer pelupa yang ketara, kesukaran mencari perkataan ketika bercakap, kekeliruan terhadap masa dan tempat, serta perubahan tingkah laku.




Penyakit ini berlaku secara berperingkat dan menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa.


Pada peringkat awal, pesakit mungkin hanya mengalami sedikit masalah memori, tetapi lama kelamaan mereka boleh hilang keupayaan untuk menguruskan diri sendiri, termasuk makan, mandi, atau mengenali ahli keluarga.


Keadaan ini amat mencabar bukan sahaja kepada pesakit, tetapi juga kepada penjaga, terutamanya ahli keluarga terdekat.


Sebagai ahli keluarga, penting untuk memahami pesakit bukan bersikap degil atau sengaja lupa.


Penyakit ini berlaku akibat perubahan fizikal dalam otak yang menjejaskan fungsi kognitif. Oleh itu, kesabaran, empati dan ilmu pengetahuan yang mencukupi amat penting dalam menjaga mereka.




Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh keluarga untuk membantu pesakit dementia atau Alzheimer.


Pertama, menyediakan rutin harian yang tetap untuk mengelakkan kekeliruan.


Kedua, mencipta persekitaran yang selamat di rumah, contohnya dengan memastikan lantai tidak licin dan mengelakkan objek tajam yang boleh mendatangkan bahaya.


Ketiga, sentiasa memberi rangsangan mental seperti membaca, berbual atau memainkan muzik kegemaran pesakit bagi merangsang ingatan.


Keluarga juga perlu mendapatkan sokongan profesional seperti doktor pakar neurologi, kaunselor, atau pertubuhan sokongan pesakit Alzheimer.


Rawatan perubatan tidak dapat menyembuhkan alzheimer, tetapi ada ubat yang boleh membantu melambatkan kemerosotan fungsi otak.




Pada masa sama, penjaga juga perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka kerana menjaga pesakit kronik boleh menyebabkan tekanan yang tinggi.


Penyakit dementia dan alzheimer bukan sekadar isu kesihatan, tetapi juga isu sosial dan kemanusiaan.


Ia memerlukan sokongan menyeluruh daripada keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa kesihatan.


Dengan pemahaman betul dan sokongan berterusan, kita dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada pesakit serta membantu ahli keluarga menghadapi cabaran ini dengan lebih tenang dan teratur. - BH ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.617758 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list