CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1103|Reply: 0

Kongsi lokasi semasa, perasaan sunyi di media sosial mampu jadi punca ramai wanita terjebak 'love scam'

[Copy link]
Post time 26-4-2025 07:14 PM | Show all posts |Read mode


SIKAP terlalu terbuka berkongsi dan lokasi semasa di media sosial boleh membuka ruang kepada penjenayah siber untuk menangkap mangsa terutamanya dalam penipuan perasaan cinta atau lebih dikenali sebagai love scam.


Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Nalini Munusamy berkata, mangsa penipuan boleh terdiri daripada lelaki mahupun wanita, namun statistik menunjukkan golongan wanita lebih berisiko tinggi.


“Perempuan cenderung untuk menceritakan isu peribadi seperti perasaan sunyi di media sosial atau ketika berada di lokasi tertentu.


"Perkara seperti ini memberi ruang kepada scammer untuk menjadikan mereka sasaran," katanya kepada Majoriti.




Love scam selalunya bermula apabila suspek menghampiri mangsa dengan identiti palsu yang sering kali menyamar sebagai individu kelihatan sempurna di mata mangsa.


Hubungan maya yang terjalin akhirnya membawa permintaan wang atas pelbagai alasan atau ugutan.


Selain penipuan cinta , Nalini turut mendedahkan beberapa lagi bentuk penipuan yang kini aktif di Malaysia termasuk:


- Panggilan palsu:  Panggilan palsu daripada individu menyamar sebagai pegawai bank, polis atau LHDN.


- Penipuan e-dagang:  Penipuan jual beli dalam talian.


- Pancingan data:  Cubaan mencuri maklumat peribadi melalui laman palsu atau emel.


- Pinjaman dan pelaburan tidak wujud:  Tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi tidak sah.


Modus operandi terbaharu juga melibatkan penggunaan mule account atau akaun keldai apabila pemilik akaun bank menyerahkan kad ATM dan nombor PIN kepada individu lain untuk tujuan transaksi yang mencurigakan.


Malah, terdapat juga sindiket yang menawarkan pekerjaan kononnya untuk menguruskan transaksi kewangan dan membayar komisen, manakala hakikatnya mereka memperalatkan akaun bank tersebut untuk aktiviti haram.


Nalini berkata, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika terjebak dalam sebarang bentuk penipuan.


Talian itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam pada setiap hari.


Maklumat penting yang perlu disediakan seperti kronologi kejadian, bukti perbualan dengan scammer dan maklumat transaksi kewangan.


Pengguna Android juga digalakkan memuat turun aplikasi Check Scammers CCID atau semak status nombor akaun mencurigakan melalui portal rasmi: semakmule.rmp.gov.my . — Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45158 Replies : 1
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 8922 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 5703 Replies : 2
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14531 Replies : 292
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365163 Replies : 3557
PENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG SERIOUS LAA......
akido_kidoPENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG S
Views : 14273 Replies : 1
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22221 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066900 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list