CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

Doktor kongsi 5 ciri wanita subur, mudah hamil... Rasa sakit ketika ‘bersama’ suami mungkin petanda tak baik

[Copy link]
Post time 24-4-2025 10:56 PM | Show all posts |Read mode



TAHAP kesuburan seseorang wanita antara kunci utama untuk mendapatkan zuriat.


Justeru, kebanyakan wanita dinasihatkan untuk sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dalaman apabila mempunyai masalah kitaran haid.


Menerusi hantaran di TikTok, Pakar Sakit Puan (O&G), Dr Faizan Irdawaty berkongsi lima kriteria wanita subur dan mudah hamil.


Perkongsian ini sekali gus dapat membantu para wanita untuk menangani masalah kesihatan dalaman lebih awal seterusnya berjaya mendapatkan cahaya mata selepas berkahwin.


1. Kitaran haid


Wanita yang subur lazimnya mempunyai kitaran haid yang biasa sama dalam tempoh yang singkat iaitu 21 hari atau maksima 35 hari.


Sekiranya kitaran haid datang secara berkala, ia menunjukkan hormon berada dalam keadaan stabil.


2. Isipadu darah haid


Mereka yang subur dan mudah hamil kebiasaannya memiliki isipadu darah haid yang normal iaitu 'keluar' dalam tempoh tujuh hari dan paling lama pun sekitar 10 hari.


Darah yang keluar juga tidak banyak atau berketul-ketul.


Menurut Dr Faizan, selalunya haid keluar dalam jumlah yang sedikit dahulu dan bertambah banyak pada hari kedua hingga keempat seterusnya kembali sedikit.


Wanita yang mempunyai darah haid banyak dan berketul-ketul, berkemungkinan mengalami masalah fibroid atau dinding rahim tebal dan tidak normal kerana ia menunjukkan ciri-ciri hormon tidak stabil.



3. Tidak mempunyai masalah ketika bersama


Wanita yang mengalami kesakitan semasa melakukan hubungan seksual atau diistilahkan sebagai dyspareunia, cenderung tidak subur.


Ini kerana, rasa senak dan mencucuk terutamanya semasa deep penetration mempunyai kaitan dengan masalah endometrosis atau adenomyosis yang bermaksud rahim bengkak atau mempunyai cyst pada rahim.


4. Tiada masalah keputihan


Terdapat segelintir wanita yang mengalami masalah keputihan banyak sehingga mengakibatkan kegatalan.


Keputihan yang tidak normal keluar dalam kuantiti yang banyak dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan serta boleh bertukar warna.


Jika seseorang itu subur, dia tidak mempunyai masalah keputihan yang banyak dan tidak normal kerana kebiasaannya keputihan berlaku mengikut kitaran haid.


Sebagai contoh, apabila wanita habis haid, discharge akan berwarna krim manakala lebih cerah apabila menghampiri waktu subur.


Apabila hampir haid pula, keputihan akan berwarna lebih pekat.


5. Tiada masalah senggugut teruk


Jika mempunyai masalah senggugut teruk yang berlaku sebelum, semasa dan selepas haid sehingga perlu mendapatkan sijil cuti sakit (MC), anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.720856 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list