|
View: 696|Reply: 1
|
‘Sasaeng’ ceroboh kediaman 2 kali, Leeteuk mahu ambil tindakan undang-undang
[Copy link]
|
|
|
ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminat yang cuba mengganggu kehidupan peribadinya.
Malah kata Leeteuk, dia juga akan mendedahkan maklumat peminat atau dikenali sebagai sasaeng kepada umum sebagai pengajaran.
"Sekiranya perkara sama berlaku lagi saya akan dedahkan maklumat peribadi individu itu dan buat laporan polis," katanya.
Leeteuk memberi amaran itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.
Lebih membimbangkan lagi, kejadian peminat menceroboh ke kawasan perumahannya sudah berulang sebanyak dua kali.
Malah dia berasa pelik bagaimana mereka boleh masuk ke kawasan tersebut yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.
Leeteuk juga kesal perkara sama masih berlaku sedangkan sudah ramai rakan artis menyuarakan kebimbangan sama.
"Ceroboh rumah tanpa izin. Saya terkejut masih ada pemiant yang gila sekarang.
"Ini sudah dua kali berlaku," jelasnya.
Sumber :– mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sasaeng kat malaysia pun ada...lebih kepada samseng..kalau tak berkenan dgn sesorg retis tu habis cerita zaman purba dikoreknya |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|