CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 958|Reply: 0

[Lain-Lain] ‘Mantera’ papar ritual ‘Bobolian’ kaum Dusun di Sabah, pengarah kongsi kejadian seram ketika penggambaran

[Copy link]
Post time 27-3-2025 08:52 AM | Show all posts |Read mode

KISAH seram yang mempunyai kaitan dengan amalan kuno lebih-lebih lagi di negeri Sabah jarang dipaparkan kepada umum.

Bagaimanapun perkara itu bakal dipaparkan menerusi filem berjudul Mantera yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Mantera merupakan sebuah kisah tentang tradisi lama amalan ritual yang diamalkan oleh ‘Bobolian’ (bomoh) yang begitu sinonim dalam kalangan kaum Dusun.

Menurut pengarah Chester Pang, kisah mengenai kepercayaan kaum Dusun tersebut sangat menarik dan percaya ia sesuai untuk diceritakan melalui filem.


“Boleh dikatakan tidak ramai mengetahui tentang tradisi lama amalan ritual yang dilakukan oleh Bobolian ini sebagai ketua adat serta menjadi perantara dan pengimbang antara dua alam iaitu alam nyata (manusia) dan ‘kinohiringan’ (dewa).

“Jadi, saya merasakan kisah mengenai daripada kaum Dusun ini agak menarik untuk diangkat menjadi sebuah filem," katanya.

Dalam pada itu, Chester mendedahkan terdapat beberapa kejadian mistik berlaku semasa di set penggambaran.

Dedah Chester, terdapat dua pelakon wanita dirasuk serta seorang kru mendakwa dirinya terjatuh ke dalam gaung kerana ditarik sesuatu.

“Pertama ketika babak memanggil roh di sebuah balai raya dua pelakon wanita dirasuk, namun semuanya berjaya dikawal oleh seorang guru silat yang secara kebetulan berada di lokasi penggambaran.

“Insiden yang kedua pula apabila seorang kru terjatuh ke dalam gaung dan mendakwa dirinya seperti ditarik sesuatu.

"Malah, insiden berkenaan turut disaksikan Syafie dan Namron,” ujarnya.


Filem Mantera menceritakan seorang wanita bernama Tana (Jovenia Lim) mempunyai kebolehan spiritual yang diwarisi daripada keturunan Bobolian (bomoh).

Tana harus menghadapi beberapa kejadian apabila roh jahat mula menyerang orang-orang yang rapat dengannya.

Semasa kejadian pelik dan kematian yang menakutkan berlaku, Tana menemui asal-usul roh jahat iaitu Lupiah yang mempunyai kaitan dengan nenek moyangnya, Ondiya juga merupakan seorang Bobolian.

Dengan bantuan Inspektor Zafri (Syafie Naswip), seorang polis muda dengan masa lalu yang gelap, kedua-duanya terpaksa berhadapan dengan roh jahat ‘Rogon Lupiah’ dalam pertarungan epik.

Mantera menampilkan barisan pelakon seperti Syafie Naswip, Namron, Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh.

Filem terbitan syarikat Pro Merge Vision Sdn. Bhd. itu bakal ditayangkan di pawagam mulai 24 April 2025.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 38716 Replies : 84

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044601 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list