CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1161|Reply: 1

Sudah bersedia sangkut dalam trafik sesak menjelang Aidilfitri? Ini petua elak kaki bengkak akibat duduk terlalu lama

[Copy link]
Post time 25-3-2025 02:10 PM | Show all posts |Read mode

TIBA sahaja musim perayaan tentunya ramai yang mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman untuk bertemu berkumpul bersama keluarga tercinta.

Ada yang memilih menaiki pengangkutan awam, sementara yang lain lebih selesa menggunakan kenderaan persendirian, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak jauh.

Namun, duduk terlalu lama dalam kenderaan disebabkan jarak perjalanan jauh atau kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan ketidakselesaan dan meningkatkan risiko masalah kesihatan.


Menurut podiatrist Nelya Lobkova, peredaran darah tidak lancar boleh mengakibatkan kaki bengkak terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan saluran darah kaki.

Antara faktornya adalah masalah kekurangan urat kronik, aliran darah lemah dalam urat kaki, gangguan injap urat kaki dan sejarah penyakit urat tersumbat atau Deep Vein Thrombosis (DVT).

"Bagi orang yang duduk lama di dalam kapal terbang, kereta api atau kereta, risiko DVT  atau saluran darah tersumbat akan meningkat," ujarnya.

Tambah Nelya, pergerakan kaki penting untuk mengepam darah ke jantung, namun jika kaki tidak bergerak untuk tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan pengumpulan darah di bahagian bawah kaki.

Apabila darah berkumpul tekanan urat dalam kaki meningkat menyebabkan banyak cecair keluar dari saluran darah ke tisu sekeliling sehingga mengakibatkan bengkak.

"Otot di kaki kita tidak bekerja, dan urat di bahagian bawah badan perlu bekerja lebih keras untuk menghantar darah kembali ke jantung.

"Apabila darah berkumpul di dalam urat, ia menyebabkan pembengkakan atau bahasa mudahnya, pengumpulan cecair di kaki," ujarnya.


Antara tip untuk mencegah kaki bengkak dalam perjalanan jauh:

1. Melukis huruf pada lantai dengan menggerakkan kaki.

2. Silangkan kaki beberapa kali sambil duduk.

3. Angkat dan turunkan tumit kaki beberapa kali.

4. Berhenti memandu seketika dan lakukan aktiviti regangan badan.

5. Mengenakan stoking kompresi untuk membantu peredaran darah.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 10:27 AM | Show all posts
Edited by frazzledsprit at 27-3-2025 10:58 AM

@Geometry Arrow, This is a good idea for feet when sitting for too long. I do follow your tips and it is very effective. thank you very much.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053615 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list